Khamis, 7 Februari 2013

Doa dimakbul, hasrat tercapai - Van jatuh dari Langit!!

 
 
Malam tadi, Majlis Penyerahan Van Wakaf kepada Pusat Tahfiz Ad Diniyyah berjalan dengan santai dan ceria. Syukur kepada Allah, kerana benar janjiNya seperti yang disebut di dalam Al Quran

"Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Az Zikr (Al Quran) dan sesungguhnya Kami juga lah yang memeliharanya"
 
Alhamdulillah hajat termakbul. Doa diterima. Allah utuskan Srikandi84 untuk membenarkan firmanNya itu. Akhirnya van jatuh dari langit!
 
SK mengucapkan tahniah kepada semua urusetia yang terlibat malam tadi. Terima kasih tak terhingga kepada Srikandi84 kerana memilih untuk menginfaqkan harta, masa dan tenaga di jalan ini!!
 
Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan!
 
Yang Kamu semai, itulah yang kamu tuai.
 
SK: Gambar majlis malam tadi akan menyusul. Insyallah!!







0 ulasan: