Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh - tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.
✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".
Sedikit sejarah mengenainya...
✔ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
✔ Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.
Rakaman video ini menunjukkan koleksi puluhan bangunan hotel di sekitar Masjidil Haram yang dirobohkan secara berperingkat - peringkat sejak beberapa tahun lepas. Makkah sedang melalui proses perubahan. Sebahagian hotel ini pernah menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari Malaysia. Hotel - hotel ini, kini sudah menjadi kenang - kenangan.
Saksikan kerja - kerja perobohan!
SK : Saksikan pada minit ke 1.03 . Apalah gamaknya nasib orang tu?
Pertengahan bulan Januari 2010. Selepas 2 tahun SK menulis artikel ini, kini Alhamdulillah sudah ada tanda - tanda hajat ini bakal tercapai. Terima kasih kepada yang terlibat dalam merealisasikan hasrat ini.
Kuala Terengganu: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.
Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan. Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.
“Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.
sumber metro
Kisah 2
Dengarkan juga cerita tentang motosikal dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus ni!! Lawak tapi ilmiah
Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq / sedekahkan dengan ikhlas, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda!!
SK rakamkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog Suraukini yang membuat sumbangan kepada Pusat Tahfiz Ad Diniyyah secara online. SK baru menerima salinan penyata Bank terkini. Antara nama yang menyumbang
Ms Alwiyah Masbah
Shahrizal Ahmad
Mr Asri Junin
Abdul Karim Sainuddin
Roslina Binti Md Nasir
Hairwani binti Md Hairi
Farah Kausar Binti Mohamad
Mdm Mahfuzah Kulop
Norazlina Binti Bachik
Mazrah Binti Ahmad
Norazlina Binti Mohd Jami
Irwandy Bin Md Sarip
Mohamad Faizal Mohamad Tahir
Jusup Bin Junus
Mungkin ada lagi ada penderma lain yang tidak meletakkan nama. Jazakumullah Khairal Jaza'.
SK: Jauh di mata dekat di internet! Ikhlas tapi jauh! terima kasih semua ye.
Muhammad Zulhusni - Naib Juara Pertandingan Hafazan 1-20 Juzuk
SK mengucapkan tahniah! kepada semua pelajar Tahfiz Ad Diniyyah yang berani menyahut cabaran menghafaz Al Quran di Majlis Pertandingan Hafazan Al Quran anjuran Jabatan Agama Islam Selangor Daerah Gombak semalam. Majlis diadakan di Masjid Al Ansar Keramat AU2 selama 2 hari (19 dan 20 Januari 2013)
Kemenangan bukanlah sasaran utama.
Ingat!
Beza antara orang yang menghafaz banyak ayat Al Quran dengan orang yang kurang menghafaz, adalah martabatnya di dalam syurga! Lagi banyak ayat yang dihafaz lagi tinggi martabatnya di syurga Allah S.W.T!
Listen! listen! listen!
Martabat orang yang menghafaz Al Quran tetap di tempat yang tinggi di dalam syurga, berbanding dengan orang yang tidak menghafaz Al Quran, walaupun anda mendapat tempat terakhir dalam pertandingan ini!
Tahniah kepada Zulhusni kerana berjaya merangkul tempat ke - 2 (kategori hafazan 1 - 20 Juzuk)
Tahniah atas keberanian anda semua! Tahniah Amru, Harraz, Husni, Aqil dan Fahmi.
Rakaman video terkini kerja - kerja melebarkan tempat tawaf sedang giat dilakukan. Sebahagian binaan dalam masjid terpaksa dirobohkan untuk melebarkan kawasan tawaf ini. Saksikan rakaman 19 Januari 2013 suasana kerja pembinaan.
Usaha meluaskan kawasan tawaf itu adalah sebahagian projek pembangunan besar-besaran yang terbaru bagi meluaskan Masjidil Haram. Lebih 10,000 pekerja binaan terbabit dalam melaksanakan lapan projek baru di kawasan itu.
Pejabat Hal Ehwal Dua Masjid Suci bertanggungjawab memantau projek berkenaan bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi yang menugaskan sekumpulan pakar akademik bagi meninjau projek itu.
Ia dilaksanakan syarikat Bin Laden. Komander tentera yang mengawal keadaan Masjidil Haram, Kolonel Massad Al-Zahrani, berkata kepada media, kerja pembinaan tidak menjejaskan ibadah jemaah dalam tempoh 75 hari akan datang. Kerja pembinaan akan dihentikan pada pertengahan Sya’ban itu pada minggu pertama Julai.
Peluasan keseluruhan Masjidil Haram menelan perbelanjaan 40 bilion riyal (RM32.6 bilion) dan dijangka menambah kapasiti hingga dua juta jemaah.