Insya Allah Sempurna
Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011
Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim
“Amal jariah pahala terus mengalir”"
Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja
Sebaik baik sedekah adalah sedekah air
Projek Wakaf Air di Bangladesh
“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja kini dalam pembinaan
“Jom! Rebut saham wakaf”"
Agihan Beras Fidyah
Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.
Kristal Tasnim menguruskan Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Makkah
“8 Tahun Pengalaman. Insya Allah Sempurna ”"
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"
Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
“Akaun Bank Islam 14069010024005”"
Perspektif Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja - Kini dalam pembinaan
“Mengurus Saham Akhirat ”"
Wakaf Lampu Solar dan Bateri
“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"
Projek Wakaf Panel Solar
“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"
Khamis, 4 Oktober 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
Makkah 2 Oktober 2012 - Imam Sudais memimpin solat Maghrib
Hari ini sudah memasuki pertengahan bulan Zulkaedah. Jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia mula berhimpun di kota suci Makkah. Bilangan jemaah akan terus bertambah dari hari ke sehari. Saksikan suasana solat Maghrib petang semalam. Jemaah mula padat dalam masjid.
Imam Sudais mengepalai solat Maghrib. Suaranya tak berubah, syahdu menusuk kalbu.
Saksikan kota Makkah semakin padat hari demi hari. Klik sini! Live dari Makkah di sini
Fenomena Matahari Halo berlaku semalam - Video
Semalam penduduk sekitar Lembah Kelang berpeluang menyaksikan satu lagi fenomena indah kejadian alam. Fenomena Halo Matahari. Anda boleh melihat lingkaran seperti pelangi mengelilingi matahari. :)
Dalam Fizik , istilah HALO digunakan untuk
banyak hal. Cincin pada suatu planet kadang-kadang juga disebut HALO. Yang
paling mudah kita amati adalah HALO yang terbentuk di sekeliling Matahari atau
Bulan jika dilihat dari Bumi. Dengan adanya HALO, Matahari atau Bulan akan
tampak memiliki cincin di sekelilingnya sehingga tampak unik dan indah.
Subhanallah Maha suci Allah! Hebatnya Allah Taala!
SHAH ALAM: Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Lembah Klang tidak perlu bimbang dengan satu fenomena dengan lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari, semalam kerana ia Fenomena Halo iaitu satu kejadian biasa yang secara saintifiknya digelar 22 Darjah Matahari Halo.
Pegawai Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd Zamri Shah Mastur berkata, Halo adalah fenomena semula jadi iaitu satu lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan, malah boleh berlaku dari sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
“Terdapat pelbagai jenis Halo, secara umumnya ia muncul disebabkan kristal ais pada awan Cirrus yang sejuk dan berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera,” katanya.
Beliau berkata, fenomena itu berkemungkinan boleh dilihat 100 hari setiap tahun.
Fenomena Halo yang muncul selama dua jam bermula 1 tengah hari semalam menarik ramai penduduk keluar untuk melihatnya dan mengambil gambar.
Selasa, 2 Oktober 2012
Pantai merah menyala di China
BANDAR RAYA PANJIN, China - Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe dekat sini terkenal dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah. Fenomena itu berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata di bahagian dasar pantai berkenaan.
Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau Mei lalu dan berwarna hijau sepanjang musim panas. Namun, apabila tiba musim luruh, warna tumbuhan maritim itu mula bertukar kepada merah bara, sekali gus menjadikan permukaan pantai itu kelihatan seolah-olah sebuah hamparan permaidani merah yang besar. Dikenali sebagai Pantai Merah, sebahagian besar pantai itu ditutup kepada orang ramai. Cuma satu bahagian yang agak terpencil dibuka kepada pelancong. - Agensi
Isnin, 1 Oktober 2012
Selesai Mesyuarat Agung Kali ke 10
Pakar forensik akaun Bank Negara turun padang membuat semakan terakhir akaun tahunan utk AGM ke 10
SK ucapkan tahniah kepada semua Team Urusetia Persiapan Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah ke 10 malam tadi. Mesyuarat malam tadi dihadiri seramai 58 orang ahli jemaah surau. Bagaimanapun bilangan ahli mesyuarat berkurangan seorang di penghujung mesyuarat, kerana salah seorang ahli terpaksa pulang awal kerana masalah kesihatan. Jumlah ini bagaimanpun mencukupi bilangan korum yang ditetapkan oleh jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Jumlah kehadiran minimum adalah 40 orang
Majlis berjalan penuh ceria dan meriah ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Haji Zainal Abidin Bin Darudin Nazir Masjid Sungai Tua.
Berikut adalah tayangan multimedia yang sempat SK siapkan sepanjang minggu lepas. Saksikan rakaman aktiviti sepanjang tahun 2011.
Ahad, 30 September 2012
Jadual Kuliah Bulan Oktober 2012
Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di
Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi
Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.
Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.
MINGGU PERTAMA
04.10.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
04.10.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
05.10.12 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Unwanul Falah)
06.10.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
06.10.12 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40) Menguruskan urusan Haji
06.10.12 Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin (Tafsir)
MINGGU KEDUA
06.10.12 Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin (Tafsir)
MINGGU KEDUA
09.10.12 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
10.10.12 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Kitab Al Islam
11.10.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
13.10.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
13.10.12 - Sabtu - Ustaz Syed Amni Bin Syed Mohamed Al- Yahya
MINGGU KETIGA
17.10.12 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
18.10.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
18.10.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
19.10.12 - Jumaat - CERAMAH KHAS - WAKAF - PEGAWAI DARI MAIS
19.10.12 - Jumaat - CERAMAH KHAS - WAKAF - PEGAWAI DARI MAIS
20.10.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
20.10.12 - Sabtu- Ustaz Nurul Khalil (Kitab Riyadus Solihin)
MINGGU KEEMPAT
28.10.12 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar
25.10.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
26.10.12 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
27.10.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
28.10.12 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
Anda boleh download jadual ini di sini
Langgan:
Catatan (Atom)






























