GUATEMALA CITY: Ini sesuatu yuang anda tidak mahu dengar: “Bunyi kuat datang dari rumah anda!” Itu yang dipelajari Inocenta Hernades dari Guatemala City selepas satu letupan kuat menyebabkan dia meluru ke luar rumahnya dengan menyangka satu letupan berlaku berhampiran.
Apabila menyedari masalah itu datang dari dalam rumahnya, dia kembali dan mendapati sebuah lubang besar, semeter lebar, 19 meter dalam di bawah katilnya.
Inocenta, 65, bagaimanapun lega kerana cucunya yang bermain berhampiran katil itu selamat.
Meskipun kejadian itu berlaku di dalam rumahnya, ia bagaimanapun tidak mengejutkannya kerana tanah jerlus sering berlaku di Guatemala City, berpunca daripada hujan lebat tropika. - Agensi
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna
013-2791608 - layari www.suraukini.com
TELEFON hologram akan memancarkan imej video 3D untuk membolehkan anda melakukan sidang video.
PERNAH menonton siri televisyen Star Strek? Jika ya, anda mungkin pernah melihat adegan bagaimana krew kapal angkasa tersebut boleh berkomunikasi dengan rakan melalui alat yang membolehkan mereka seakan - akan berada di tempat yang sama. Teknologi yang dikenali sebagai hologram itu akan memudahkan anda berbual mesra kerana imej video rakan anda akan dipancarkan melalui telefon bimbit anda melalui projektor.
Teknologi ini semakin menghampiri realiti memandangkan kini anda telah boleh melakukan persidangan video di telefon bimbit 3G dan teknologi tiga dimensi (3D) juga semakin maju sehingga begitu banyak digunakan di televisyen rumah. Sehubungan itu, di masa depan, teknologi skrin boleh dianggap lapuk kerana kebanyakan alat komunikasi akan mempunyai kemampuan memancarkan imej video bergerak berbentuk hologram.
Seorang pereka bentuk, Mac Funamizu misalnya telah mereka reka bentuk konsep Telefon Bimbit Hologram Trou yang menggunakan hologram 3D yang boleh dipancarkan ke kawasan yang kosong.
Projektor kecil yang terdapat pada telefon itu akan memancarkan imej video maya apabila anda menerima panggilan telefon seperti melakukan persidangan video melalui telefon 3G. Rekaan Funamizu ini juga sangat fleksibel kerana telefon itu boleh diletakkan di pergelangan tangan seperti jam tangan dan panggilan boleh dibuat atau diterima tanpa perlu anda membukanya.
Funamizu juga telah mencipta telefon boleh dipakai Dew yang akan memaparkan teks dalam bentuk 3D. Telefon itu boleh memaparkan maklumat teks digital seperti waktu, SMS, e-mel dan sebagainya yang dipancarkan daripada telefon dalam bentuk 3D di atas telefon walaupun telefon anda itu tidak mempunyai skrin biasa.
Pengguna yang menggunakan Dew di pergelangan tangan boleh menyimpan segala maklumat mereka dengan mudah untuk digunakan apabila diperlukan seperti SMS, e-mel, nota dan sebagainya. Sebuah lagi telefon konsep menggunakan teknologi hologram ialah Cobalto yang menunjukkan ciri-ciri futuristik kerana mempunyai paparan imej 3D secara nyata di hadapan anda.Seperti anda melihat filem 3D, imej di telefon bimbit ini boleh dilihat dari pelbagai sudut yang mana seolah-olah anda di kawasan tersebut.
Sekali lagi pereka untuk telefon hologram ini ialah Funamizu yang yakin prototaip telefon ini boleh dibangunkan dalam masa beberapa tahun sahaja lagi kerana perkembangan teknologi 3D yang semakin canggih masa kini. Selain itu, sebuah telefon konsep hologram dikenali sebagai Black Hole juga telah direka untuk menjadi salah satu produk keluaran Apple menjelang 2020.
Telefon itu mempunyai bola tetikus di tengah-tengahnya yang membolehkan pengguna mengawal fungsi telefon dan aplikasi dengan hanya menyentuh bayangan di udara.Telefon kecil itu boleh diletakkan di atas tapak tangan anda atau di atas meja untuk membolehkan ia memancarkan butang-butang aplikasi di udara.
Kejayaan syarikat dari India, Infosys mendaftarkan paten untuk pemancaran 3D resolusi tinggi bagi filem, barangan dan imej melalui peranti bergerak baru-baru ini membuktikan teknologi hologram dan 3D maya sememangnya hampir. Penganalisis teknologi meramalkan, sebanyak lapan juta unit skrin 3D akan dipasarkan tahun ini terutama yang digunakan di televisyen, panggung wayang dan sebagainya.
lihat video - bagaimana hologram berfungsi. Teknologi yang menuju realiti?
SK: Masih banyak rahsia ilmu Allah yang manusia masih belum mampu bongkar.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Tidak sampai 2 minggu selepas dilanda ribut pasir, Phoenix sekali lagi dilanda ribut yang sama untuk kali yang kedua semalam. Kepulan debu besar melanda Phoniex menyebabkan langit bertukar kepada coklat sehingga menyebabkan merbahaya kepada pemanduan dan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhakn
Ribut debu ini dikenali Haboob dalam bahasa arab melanda sekitar Arizona terbentuk di Daerah Pinal dan menuju ke arah timur laut Phoniex
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Kedatangan Ramadhan kian terasa. Lebih kurang dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Bulan beribadah, pesta amal kebajikan, pahala digandakan, bulan penuh rahmat, bulan yang dirindu.
Rebutlah peluang beribadah.
Untuk makluman semua, Ad Diniyyah mempunyai 2 akaun yang berasingan. Satu akaun Surau dan satu lagi adalah akaun Pusat Tahfiz. Untuk memudahkan urusan sumbangan SK paparkan sekali lagi nama akaun dan nombor akaun
AKAUN SURAU
Nama akaun surau : SURAU AD-DINIYYAH
Nombor akaun : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 14069010001875.
AKAUN PUSAT TAHFIZ
Nama akaun Pusat Tahfiz : PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
Nombor akaun : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) 14069010024005
Sila hubungi 0132791608 untuk pertanyaan berkenaan sumbangan Ramadhan. Resit Rasmi akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”
Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.
Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.
Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya
SK: Masih banyak makanan yang Allah halalkan. Kalau tak makan sosej pun , insyaallah tak mati. Perkataan sosej ni pun sebenarnya dah meremangkan tekak..
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
SK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kaum keluarga allahyarham. Satu kehilangan yang amat besar kepada ummat Islam. Semoga keluarga beliau diberi kesabaran dan ketabahan di saat ini.
Semoga Allah menempatkan allahyarham bersama para solihin.
Kami pihak keluarga Dr Lo’lo’ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan beliau. Untuk makluman, Dr Lo’lo’ sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser dan sebarang lawatan adalah tidak digalakkan buat masa ini. Kami mengharapkan doa daripada semua agar beliau diberikan kekuatan dan ketenangan serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Salam , seperti yang telah di war - warkan, esok insyallah akan diadakan program Gotong Royong Perdana Persiapan Menyambut Ramadhan di surau Ad Diniyyah. Program bermula jam 8.30 Pagi. Sila bawa perlatan yang sesuai.
bawa barangan perlu
Sarapan pagi disediakan
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Sms yang diterima sebentar tadi memaklumkan YB. Dr. Lo' Lo' Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa kini kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru - paru.
SAO PAULO: Kemampuan seorang budak meletakkan besi ke badannya menarik perhatian orang ramai di Mossoro, timur laut Brazil.Laporan Globo TV menyatakan, Paulo David Amorim, 11, seolah-olah manusia magnet apabila pelbagai objek, termasuk garfu, pisau, gunting, kuali dan kamera melekat ke badannya.
Bapa Amorim berkata, dia mula menguji kebolehan anaknya selepas mengetahui ada budak lain di Croatia memiliki kemampuan sama.Katanya, dia terkejut apabila mendapati garfu dan pisau melekat ke tubuh Amorim.
Disebabkan kelebihannya itu, Amorim mendapat gelaran “budak magnet” di sekolahnya. - AP