Jumaat, 22 Julai 2011

Tanah jerlus bawah katil nenek



GUATEMALA CITY: Ini sesuatu yuang anda tidak mahu dengar: “Bunyi kuat datang dari rumah anda!” Itu yang dipelajari Inocenta Hernades dari Guatemala City selepas satu letupan kuat menyebabkan dia meluru ke luar rumahnya dengan menyangka satu letupan berlaku berhampiran.

Apabila menyedari masalah itu datang dari dalam rumahnya, dia kembali dan mendapati sebuah lubang besar, semeter lebar, 19 meter dalam di bawah katilnya.
Inocenta, 65, bagaimanapun lega kerana cucunya yang bermain berhampiran katil itu selamat.

Meskipun kejadian itu berlaku di dalam rumahnya, ia bagaimanapun tidak mengejutkannya kerana tanah jerlus sering berlaku di Guatemala City, berpunca daripada hujan lebat tropika. - Agensi

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: