Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 23 Julai 2010

Golongan yang terlepas dari Azab Kubur


1. Bersuci daripada hadas (wuduk).



Nabi s.a.w bersabda:

“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (Hr Tobrani)

2. Syahid fi sabilillah.

Nabi s.a.w bersabda:

“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara

Diampunkan dosa - dosanya ketika mula - muka  terpancut darahnya. serta melihat kedudukannya di syurga, Selamat daripada azab kubur, Selamat dari huru hara hari kiamat. Dipakaikan di kepalanya dengan mahkota ketenangan. Batu yaqut yg ada padanya lebih baik daripada dunia dan seisinya, Dikahwinkan dgn 72 bidadari, Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”(Hr Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah di bunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dalam kuburnya selama - lamanya.”(Hr Hakim)
3. Ribat fi Sabilillah.

Ribat adalah menjaga tempat - tempat yg dilalui musuh untuk masuk ke Negara Islam.
Nabi s.a.w bersabda:

“Ribat sehari semalam lebih baik daripada puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yang sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezeki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(Hr Muslim)

4. Membaca surah al-Mulk

Ibnu Abbas menceritakan:
“Seorang Sahabat Nabi membina khemah di atas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba - tiba dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahabat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda

“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yg menyelamatkan orang yang membaca serta menjaganya dari azab kubur.”(Hr Tirmizi)

5. Mati disebabkan sakit perut.

Nabi s.a.w bersabda:
"Siapa yg mati disebabkan penyakit dalam perutnya maka tidak diazab dalam kubur."(Hr Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Mati malam jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:
"Tidak ada org Islam yg mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dari azab kubur."(Hr Tirmizi-Doif)"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah".


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Rabu, 21 Julai 2010

Pernah Tengok Hujan Batu?

 
Langit mendung sebelum Hujan di Padang Pasir
 
Subhanallah! Maha Suci Allah yang menjadikan pelbagai fenomena Alam. Di Malaysia kita jarang mendengar tentang Hujan Batu. Kalau ada pun mungkin saiz batunya kecil. Mungkin sebesar manik tasbih atau lebih kecil dari itu. Itupun jarang sangat berlaku.

Dulu kat kampung masa kecil - kecil, kalau hujan batu turun, siap pergi tadah.Seronok bukan main.

Gambar ni ialah gambar hujan batu ni tengah - tengah padang pasir di Arab Saudi. Tengok saiznya tu. Kalau kena kepala....


Hujan tengah turun dengan lebat
Sebesar bola tenis tu. Tengok kat tanah tu!!
 


 
Habis pecah cermin kereta.. kalau kena kepala..
 
Air Batu atas kereta
Sejukk

p/s: Teringat satu ketika dulu, masa kecik - kecik, tengah duduk lepak dengan kawan - kawan di bawah pokok mempelam di tepi Sungai Pahang. Tetiba sebiji buah mempelam masak gugur atas bahu. Bedebuk!!! adusssss. Sakit tak yah cerita la. Buah pelam tu hampir sama besar ngan air batu tu la....












Selasa, 20 Julai 2010

Kejohanan Bowling UPZ BBS Selatan Meriah

Kejohanan kali ini yang melibatkan remaja dan para ibubapa memeriahkan suasana. Macam-macam stail balingan dapat disaksikan. Tahniah kepada para pemenang. Tahun depan kita jumpa lagi.

Berikut sebahagian gambar yang dapat disnap untuk tontonan:











S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com




Isnin, 19 Julai 2010

Jangan Tinggal solat!!



Solat adalah kewajipan ibadah yang telah difardukan sejak zaman umat terdahulu lagi. Ini jelas disebutkan dalam al-Quran yang menceritakan bagaimana Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya untuk sembahyang:
قال تعالى:
وكان يأمر أهله بالصلاة والزكاة وكان عند ربه مرضيا (سورة مريم: الأية 55

Maksudnya: Nabi Ismail menyuruh ahli keluarganya dengan solat dan berzakat. Beliau diredai disisi tuhannya.(Maryam: 55)

Mereka yang meninggalkan solat akan dihukum bunuh dan diperangi sekiranya mereka dalam kelompok yang ramai. Ini jelas daripada hadis yang berikut:
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة، فإذا فعلوا ذلك عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحق الإسلام، وحسابهم على الله.

Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat dan mengeluarkan zakat. Sekiranya mereka telah melakukan yang sedemikian maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka melainkan dengan hak-hak Islam (seperti mereka telah membunuh yang tidak dibenarkan). Perkiraan hati akan dinilai oleh Allah. HR Bukhari dan Muslim

Hukuman ini dilaksanakan apabila mereka tidak mahu bertaubat setelah diminta sedemikian.
Amalan pertama yang dihisab

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:


إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته, فإن صلحت، فقد أفلح وأنجح، وإن فسدت فقد خاب وخسر، فإن اتقص من فريضته شيء، قال الرب عز وجل: انظروا هل لعبدي من تطوع؟ فيكمل بها ما انتقص من الفريضة، ثم يكون سائر عمله على ذلك.

Maksudnya:

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

Di antara hadis - hadis yang mengancam manusia yang tidak menunaikan sembahyang adalah seperti berikut:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
من فاتته الصلاة، فكأنما وتر أهله وماله

Maksudnya:

Siapa yang telah meninggalkan solat maka seumpama telah binasa keluarga dan hartanya.

(HR Ahmad)

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الذي تفوته صلاة العصر كأنما وتر أهله وماله
Maksudnya: Nabi bersabda: Orang yang tertinggal solat asar seumpama dimusnahkan keluarga dan hartanya.(HR Muslim)
Firman Allah S.W.T:
((فويل للمصلين.الذين عن صلاتهم ساهون))(الماعون: 4,5)

Maksudnya:

Maka celakalah (atau lubang dalam neraka) bagi bagi orang yang sembahyang; i aitu orang yang meninggalkan sembahyangnya.

Ibnu Abbas berkata: Mereka adalah orang - orang yang melewatkan solatnya dari waktunya.

Abul 'Aliah berkata: Mereka adalah yang menunaikan solat diluar waktunya dan tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya.

Orang yang tidak mengakui kewajipan solat adalah kafir. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya dan mengatakan ianya fardu.Ini jelas daripada hadis:


العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر

Maksudnya:

Perjanjian diantara orang Islam dengan orang kafir adalah solat; sesiapa yang meninggalkannya maka kafirlah dia.(HR Tirmizi).

Ahad, 18 Julai 2010

Gotong Royong Pra Ramadhan 2010 / 1431


Tarikh : 1 Ogos 2010
Hari : Ahad
Jam : 8.00 - 12.00 Tengahari
Gotong royong bersama Muslimin dan Muslimat
Sarapan disediakan
Jemput datang dengan membawa peralatan yang sesuai
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jadual Kuliah Ramadhan

Salam, berikut adalah jadual Tazkirah dan Kuliah Subuh (KS) Sepanjang Ramadhan
Tarikh Penceramah
10 Ogos Selasa Ustaz Fauzan Bin Mazlan.
11 Ogos Rabu Ustaz Ahmad Bin Awang
12 Ogos Khamis Ustaz Dasuki Bin Abdul Rani
13 Ogos Jumaat Ustaz Azhari Ibrahim
14 Ogos Sabtu Ustaz Mohd Zaki Madzar Atham
14 Ogos Sabtu Ustaz Sobri Mat (KS)
15 Ogos Ahad Ustaz Yusri Abdul Karim
15 Ogos Ahad Ustaz Ridhuan Mohd Noor (KS)
16 Ogos Isnin Ustaz Sidek Noor
17 Ogos Selasa Ustaz Imran Yamani
18 Ogos Rabu Ustaz Norazli Musa
19 Ogos Khamis Ustaz Dr Rahmat Abdullah
20 Ogos Jumaat Ustaz Shihabudin AMP
21 Ogos Sabtu FORUM PERDANA SUBUH
Ahli Panel:
  • Ustaz Ridhuan Mohd Nor
  • Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
  • YB. Mohd Nor Hamzah
21 Ogos Sabtu Ustaz Zamri Zainuldin
22 Ogos Ahad Ustaz Haji Ropi Bin Mohd Nor
22 Ogos Ahad Ustaz Mustafa Mat Desa (KS) (Maaf tidak hadir)
23 Ogos Isnin Ustaz Nazmi Abdul Karim
24 Ogos Selasa Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
25 Ogos Rabu Ustaz Yusaini Yahya (Ganti Ustaz Fadli Ibrahim)
26 Ogos Khamis Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
27 Ogos Jumaat Ustaz Zulkifli Ahmad
28 Ogos Sabtu Ustaz Hamzah Ngah
28 Ogos Sabtu Kuliah Subuh Ustaz Idris Ahmad
29 Ogos Ahad Ustaz Fauzi Hussin
30 Ogos Isnin Ustaz Zainuddin Hashim
31 Ogos Selasa YB. Salehuddin Ayub
31 Ogos Selasa Ustaz Solihin Muhyi (KS)
1 Sept Rabu Ustaz Nasaruddin Tantawi
2 Sept Khamis Ustaz Dr. Rahmat
3 Sept Jumaat Ustaz Nurul Khalil
4 Sept Sabtu Ustaz Muda Bin Abdullah
5 Sept Ahad Ustaz Nasruddin Haji Ahmad
6 Sept. Isnin Ustaz Ismail Abbas
7 Sept Selasa Ustaz Ramli Wahab

Ingin menyumbang (bayaran kepada Ustaz) klik sini http://suraukini.blogspot.com/2010/07/ingin-menyumbang-untuk-penceramah.html

Jumaat, 16 Julai 2010

Khemah Moreh Sepanjang Ramadhan di Surau



Kebiasaannya pada setiap tahun, Jawatankuasa Surau atau Masjid akan memasang khemah tambahan di perkarangan masjid atau surau ketika kedatangan Ramadhan. Ada masjid dan surau yang memasang khemah ini untuk tujuan menambah ruang tempat solat. Ada juga yang memasang khemah untuk ruangan jamuan Moreh. Maklumlah Ramadhan memang begitu. Jemaah akan datang dari setiap pelusuk arah. Ramai dan padat. Alhamdulillah surau kita padat hingga ke akhir Ramadhan pada tahun lepas.

Alhamdulillah dan Insyaallah pada tahun ini ada hamba Allah yang sudi untuk meminjamkan 4 buah khemah untuk kegunaan sepanjang Ramadhan. Khemah ini nanti akan digunakan untuk ruangan jamuan Moreh. Syukur kepada Allah dan terimakasih kepada hamba Allah ! Mudah - mudahan perniagaan hamba Allah bertambah maju tahun depan.

Jemput datang ke surau nanti .

p/s : Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk. Sekadar gambar hiasan saja. Itu gambar khemah kat mina bukan khemah untuk moreh... agak - agak la yeop kalau nak moreh pun.....he he he!

SK


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 









Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Syaaban masa perbaiki diri bagi menghadapi Ramadhan



DARIPADA Aisyah, katanya: Rasulullah S.A.W sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa Baginda akan berpuasa seterusnya. Dan Baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya pada Syaaban. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai - berai. Ia dinamakan demikian kerana orang Arab pada bulan itu akan berhijrah ke tempat lain untuk mencari air sehingga ke gua - gua. Ada mengatakan, Sya'aban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadhan.

Dapat disimpulkan, pengertian Sya'aban adalah masa untuk manusia berebut - rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan memasuki Ramadan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan, sesungguhnya Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, Sya'aban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan membersihkan jiwa.

Antara amalan digalakkan pada Sya'aban adalah memperbanyakkan puasa sunat. Kitab Durratun Nasihin ada menyebut Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang mengagungkan Sya'aban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit. (Dipetik daripada kitab Zubdatul Waizhin)

Bertaubat dan meraikan malam 15 Sya'aban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Sya'aban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan al-Quran kerana malam itu adalah malam yang amat mustajab dan penuh dengan rahmat.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja 










Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 15 Julai 2010

500 Muslim Berpengaruh Di Dunia 2009

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi kondisi kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan banyak orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politisi, cendikiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal luas di dunia internasional, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

 Dalam daftar 500 Muslim yang dianggap paling berpengaruh di dunia, terdapat sejumlah nama tokoh Muslim dari Indonesia, antara lain Profesor Doktor Din Syamsuddin, pimpinan Muhammadyah, dai kondang Abdullah “AA Gym” Gymnastiar dan Dr KH Ahcmad Hasyim Muzadi, pimpinan Nahdlatul Ulama.

Ketiga tokoh Muslim Indonesia itu bahkan masuk dalam jajaran 50 tokoh peringkat teratas diantara 500 tokoh yang paling berpengaruh di dunia. Dua tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam buku “The 500 Most Influential Muslim 2009″adalah penulis dan tokoh sastra Indonesia, Helvy Tiana Rosa, pengusaha Muslim Haidar Bagir-pendiri dan direktur penerbitan buku Mizan, Ustadzah kondang Tutty Alawiyah bahkan Abdurahman Wahid (Gus Dur), Susilo Bambang Yudhoyono dan sejumlah tokoh Muslim yang di Indonesia justeru kerap menimbulkan kontroversi dan pengusung Islam liberal, misalnya tokoh feminis Musdah Mulia yang juga masuk dalam daftar di buku tersebut.

Berikut adalah Daftar 50 Tokoh dari Daftar 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia :
  • His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
  • His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
  • His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
  • His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan
  • His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey
  • His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
  • His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf
  • His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque
  • Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars
  • His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt
  • His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
  • Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  • Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
  • Amr Khaled, Preacher and Social Activist
  • Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, Pakistan
  • His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
  • Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
  • Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia
  • Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
  • His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims
  • His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
  • His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces
  • Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria
  • His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
  • His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University
  • His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
  • His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
  • His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey
  • Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
  • His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars
  • Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement
  • His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order
  • Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen
  • Khaled Mashaal, Leader of Hamas
  • Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia
  • Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
  • Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE
  • Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
  • His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina
  • His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference
  • General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran
  • Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
  • Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh
  • Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide
  • His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
  • Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
  • Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
  • Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
  • Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
  • His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Rabu, 14 Julai 2010

Menaja Majlis berbuka puasa Ramadhan 2010 / 1431


Rasulullah bersabda:"Orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran sebanyak mana orang yang diberi makan itu berpuasa" (Maksud hadis )
 
Mesyuarat Jawatankuasa surau yang diadakan beberapa minggu lepas telah memutuskan untuk menganjurkan Majlis berbuka Puasa pada tarikh dan hari berikut
  •  14 Ogos 2010 Sabtu
  • 21 Ogos 2010 Sabtu
  • 28 Ogos 2010 Sabtu

 Anggaran kehadiran jamaah pada tarikh tersebut ialah sekitar 250 - 280 orang. Tuan - tuan dan puan - puan yang ingin menyumbang untuk majlis tersebut amatlah dialu - alukan. Anda juga boleh menyumbang untuk juadah berbuka puasa harian.

Anda boleh memberi sumbangan sekadar termampu

Hubungi atau SMS kepada Setiausaha Surau 013-2791608 atau Bendahari 013-3320300
atau terus meyumbang ke akaun Tetuan AJK Surau Ad Diniah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A No akaun BIMB 14069010001875
(SMS jumlah sumbangan, resit rasmi dikeluarkan.)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com