Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 15 November 2012

Kitab Tajwid - Al Mubtadi Fi Ilmi Tajwid - Ustaz Mohamad Hazli Bin Ismail - Siri 1


Pengarang Kitab Mubtadi' Fi Ilmi Tajwid Quran

Namanya Hj Muhammad bin Ahmad al-Kalantani. Lebih dikenali dengan Pak Cu Hj Mat. Seorang ulamak dan ahli dalam ilmu Tajwid. Menanda Qiraat 7 dalam al-Qur'an kegunaannya. Lahir pada 1889 di Kg Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu. Ibunya berasal dari Patani. Bapanya dari Kelantan tetapi meninggal di Makkah sewaktu beliau masih kecil.

Mempelajari al-Qur'an, Ilmu Feqh, Nahu, ilmu usul dan lain - lain dengan Tuan Guru Hj Idris Pasir Kota, Kota Bharu. Seterusnya meyambung pelajaran di Makkah selama 5 tahun. Kembali dan membuka pondok di Pintu Geng tahun 1920. Di pondok ini, beliau mengajar kitab - kitab dan al-Qur'an sekaligus.Mengajar al-Qur'an selama 40 tahun dan mengarang : Muqaddimah al-Mubtadi fi Ilmi al-Tajwid. Beliau Mempunyai murid yg ramai.

Rabu, 14 November 2012

Doa Akhir & Awal Tahun! Jom Baca Bersama



Jom! sama berdoa di akhir Tahun 1433.... Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas! 



Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah! - Perutusan Khas Maal Hijrah


Hayati kisah Hijrah Rasul dalam lagu ini.

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya

Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Inilah sebuah hijrah yang agung
Debaran, debaran, debaran

Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah



PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1434



Sabtu, 10 November 2012

Kalendar Ad Diniyyah 2013 Bakal Terbit!! Membeli Sambil Menderma



AKAN TERBIT DALAM WAKTU TERDEKAT!!

Membeli sambil menderma. Dapatkan Kalendar Islamik keluaran Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Tahun 2013 / 1434H. Insyallah Kalendar yang cantik dan lengkap dengan tarikh - tarikh penting dan tarikh cuti sekolah tahun 2013.

Sokonglah Pusat Tahfiz ini!! Membeli sambil menderma.

Yang Kamu Semai, itulah yang Kamu Tuai!!

Ikuti perkembangan di blog. jangan beli kalendar lain dulu ye. Sabar!!

Jumaat, 9 November 2012

Pengertian Iman, Islam dan Ehsan dalam lagu



Bersaksi dua kalimah
Lafazkan dengan sepenuh keyakinan
Tiada Tuhan selain ALLAH
Nabi Muhammad pesuruh ALLAH

Berikrar dengan syahadah
Iktikad dengan seluruh kebulatan
Bersandar pada Al-Quran
Sunnah RasululLah itulah panduan
Iman, Islam jua ehsan

Kesatuan rumpun Islam
Aqidah, Syariat, Hakikat
Jangan terpisah

Tidak sempurna keimanan tanpa keIslaman
KeIslaman tanpa Iman kan jadi rapuh
Ehsan itu penghayatan
Rasa takut dan kehambaan
Beribadah bagai melihat ALLAH
Sungguh indah kehidupan dengan bersyariat
Rukun Iman, Rukun Islam asas ajarannya
Amalan hati dizahirkan
Dengan budi dan kemuliaan
Islam itu rahmat seluruh alam


Rabu, 7 November 2012

Gambar sekitar gotong royong bakar lemang anjuran Ad Diniyah


Lemang Ad Diniyyah

Ini adalah gambar - gambar yang dirakam dari lensa Dino Alhamd. Gambar program bakar lemang Perdana anjuran Ad Diniyyah. Gotong royong bakar lemang di perkarangan perumahan Flat pada Khamis 25 Oktober yang lalu. Sehari sebelum Idul Adha 1433

TQ Dino.


Master Chef Lomang

Lomang yang Bersih!




SK : Insyallah sedikit masa lagi akan diadakan gotong royong masak bubur asyura di lokasi yang sama!! 
Anak - anak turut membantu

Suasana kampung di tengah bandar

Santai

Nak masukkan daun pisang dalam buluh kena ada skill tersendiri










Selasa, 6 November 2012

1434 Bakal menjelang tiba! Ada apa dengan Bulan Muharram?



Minggu depan Insyallah minggu depan kita akan menyambut tahun baru Islam 1434 Hijrah. Selamat menyambut Tahun Baru Islam!!



Pendaftaran untuk Badal Haji 1433 dibuka sekarang

Kem Hafazan Al Quran Tahunan - Program Cuti Sekolah (KHAT) 2012



MUSIM CUTI SEKOLAH DATANG LAGI!!

JUMLAH PENYERTAAN TERKINI

Jom ! Merancang cuti anak - anak

Cuti sekolah muncul lagi, sudahkan anda merancang program cuti anak anda? Kajian menunjukkan bahawa cuti sekolah yang panjang merupakan salah satu penyumbang kepada gejala sosial di negara kita.

Cuti yang panjang dan tiada perancangan akan menyebabkan anak—anak anda membazirkan waktu dengan menonton tv, bermain games dan melepak dan melakukan pelbagai aktiviti tidak berfaedah.

Al Quran di dada Anak—anak

Jiwa kosong , tiada Al Quran di dada akan menambah parah jiwa anak—anak . Al quran sememangnya diturunkan untuk memberi keberkatan dan ketenangan. Mudah—mudahan dengan adanya program ini akan dapat mengisi minda anak—anak kita dengan Al Quran.

Mudah—mudahan jiwa anak—anak lebih tenang dan anak—anak mudah mendengar kata. Semoga Al Quran menjadi pendiding untuk anak kita dari melakukan keburukan

Mendisiplinkan anak - anak

Program ini akan dipantau oleh 5 orang Guru, 3 Orang Ustaz dan 2 orang Ustazah. Pelajar akan dibahagikan mengikut kumpulan mengikut tahap penguasaan bacaan Al Quran. Jika anak—anak belum boleh membaca dengan baik , guru akan mengelokkan bacaan anak—anak terlebih dahulu.

Anak—anak diwajibkan berada di kawasan premis Pusat Tahfiz dan surau sahaja mulai jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 Petang. Ibu bapa perlu memberi kerjasama ini dengan menghalang anak—anak dari pulang ke rumah ketika waktu rehat (kecuali kecemasan)


Tarikh tutup pendaftaran pada 30 November 2012. Siapa cepat dia dapat.

Tempat Program :

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg. Tua.

Pendaftaran :

Bayaran Pendaftaran : RM30.00
Bayaran Yuran : RM170.00
Had Umur—7 - 14 Tahun Sahaja
Bilangan Peserta : Terhad 30 peserta Lelaki / 20 peserta Perempuan

Tarikh Program

10 Disember 2012 — 20 Disember 201 Setiap Isnin, Selasa, Rabu & Khamis
Mulai Jam 8.30 Pagi - 5.00 Petang

08 HARI SAHAJA

Target Hafazan

Surah Al Mulk, Surah Sajadah dan Al Waqiah (Dan beberapa surah pilihan yang lain mengikut tahap hafazan pelajar).

Bayaran termasuk

Makan Pagi Jam 10.00 (Waktu rehat), Makan Tengahari Jam 2.00 ptg. dan Minum Petang Jam 4.30 ptg
(sila sarapan pagi di rumah)

Tarikh tutup Pendaftaran
30 NOVEMBER 2012

Sumbangan diperlukan
Program ini telah disusun atur dengan kadar bayaran yang paling minimum bagi mempastikan semua ibu bapa dapat menghantar anak — anak mengikuti program ini. Kadar bayaran yang dikenakan sekadar cukup — cukup untuk membayar gaji guru dan makan minum peserta dan guru.

Jika ada sumbangan dari ibu bapa pastinya jawatankuasa Surau dan Pusat Tahfiz akan merancang pelbagai aktiviti tambahan yang mungkin menambah minat anak — anak untuk mendekati surau, bergaul dan bermasyarakat

SUMBANGAN UNTUK PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH & AKTIVITI INI

Dapatkan borang di surau atau hubungi 013-2791608

Sebahagian wajah anak - anak yang menyertai KHAT 2010 dalam video ini


Sabtu, 3 November 2012

Gambar sekitar Program Korban 1433 Ad Diniyyah

Ustaz Mohamad Zaki Pengarah Program

Lokasi Padang Permainan Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A.

Tarikh : 27 Oktober 2012
Hari : Sabtu

Koleksi rakaman Cinagambar dan Dino Alhamd








Cinagambar memberi arahan

Sama melapah!

Rabu, 31 Oktober 2012

Superstorm! Jom! saksikan lintas langsung Taufan Mega "Sandy" Di New York

 
 
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan bencana besar di New York ekoran taufan Sandy yang menyebabkan banyak kemusnahan. Obama mengisytiharkan bencana besar itu di negeri New York dan New Jersey.
 
Taufan itu melanda kelmarin sebelum ia meninggalkan New York semalam. Pengisytiharan itu akan menyebabkan pinjaman dan geran akan dikeluarkan bagi membantu mangsa-mangsa untuk membaiki dan memperoleh rumah buat sementara.
 
Taufan itu membawa ombak gergasi yang melanda kawasan Pantai Timur AS. Bursa Saham New York dan Nasdaq turut ditutup semalam. Sementara itu, sebanyak 50 buah rumah terbakar di kawasan kediaman di bandar raya ini akibat taufan tersebut.
 
Hanya dua orang dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut. Menurut laporan media, seramai 25 orang dilaporkan terperangkap di tingkat atas sebuah apartmen dalam kejadian tersebut. Anggota-anggota bomba menggunakan bot untuk tiba di lokasi tersebut kerana jalan dipenuhi air.
 
Dua buah loji nuklear AS juga ditutup iaitu di New Jersey dan di tepi Sungai Delaware.Menurut firma Eqecat, kerugian akibat taufan itu dianggarkan AS$20 bilion (RM61.04 bilion). - Agensi


Video Rakaman Amatur ketika Sandy melanda NY