Kisah ibu menikam bayi sendiri dalam akhbar metro semalam amat menyentuh jiwa. Tiada lagi nilai kemanusiaan. Setiap hari ada saja kes - buang anak, bunuh anak terpampang di dada akhbar. Lihatlah dalam video ini. Seekor anjing yang penuh sifat kemanusiaan sanggup bertarung nyawa mempertahankan nyawa rakannya. Belajarlah sesuatu dari anjing ini.
Ibu yang menikam anaknya sendiri patut belajar sesuatu dari anjing ini.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu. Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.
Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.
"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam."Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.
Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.
SEJUMLAH orang menaiki bukit dan merakamkan gambar corak unik yang dipercayai dihasilkan objek terbang tidak dikenali di kawasan sawah padi di Sleman, Yogyakarta semalam.
Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.
"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom. Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.
"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.
Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui."Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.
Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu. Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani. - Agensi
Iklim dunia semakin bercelaru. Minggu lepas berita mengenai salji turun di Arab Saudi. Salji memutih turun ditengah padang pasir. Minggu ini lain pula ceritanya. Sejuk melampau di New York. Kereta pun beku di jalan raya. Tengok Video ini.
DUBAI: Deretan pulau buatan manusia yang membentuk corak seperti peta dunia - dikenali sebagai projek mewah The World - kini dilaporkan berdepan dengan ancaman kemusnahan.
Berdasarkan keterangan saksi di sebuah tribunal hartanah, pulau buatan manusia terletak empat kilometer di luar pantai Dubai itu dikatakan mula tenggelam ke dalam laut.Pulau itu dibangunkan untuk menempatkan villa mewah dan kompleks hotel khusus untuk golongan jutawan.Ia hanya boleh dimasuki menggunakan perahu layar atau bot.
Peguam Britain yang mewakili syarikat Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, berkata pasir yang dijadikan pulau itu semakin terhakis, manakala terusan di antaranya semakin berkeladak.“Pulau itu mendap perlahan-lahan akibat hakisan,” katanya di depan hakim.Penguin Marine mengemukakan saman ke atas konglomerat milik kerajaan Dubai, Nakheel, terpaksa diselamatkan akibat bebanan hutang melampau - dianggarkan bernilai RM76.5 bilion pada akhir 2009.
Ekoran penstrukturan semula syarikat itu, sebuah tribunal ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang kes berkaitan dengannya. Sebelum masalah kewangan muncul, hanya satu daripada pulau buatan manusia itu belum lagi dibangunkan dengan sebarang projek. Bagaimanapun, ketika ini kebanyakan projek pembangunan terbengkalai akibat krisis kewangan.
Kebanyakan pelabur yang membeli pulau itu akhirnya enggan atau tidak mampu meneruskan pembangunan apabila harga hartanah Dubai menjunam ekoran masalah berkenaan. Seorang daripada pemiliknya, John O’Dolan, membunuh diri kerana kerugian, manakala seorang lagi dipenjara tujuh tahun kerana mengeluarkan cek tendang. -
RIYADH: Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Tabuk, utara Arab Saudi berikutan salji turun sejak Isnin lalu di wilayah itu. Pengarah jabatan itu di Tabuk, Sulaiman Al-Huwaiti, berkata rondaan keselamatan sudah dikerahkan di wilayah utara itu untuk memeriksa ketebalan salji. Beliau menggesa pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Bulan Sabit Merah Arab Saudi juga sudah mengerahkan pasukannya ke kawasan bukit Allouz dan Alqan di wilayah itu yang jarang sekali ditimpa salji tebal. Tabuk mempunyai iklim padang pasir dengan musim panas yang bersuhu tinggi (27-46 celsius) dan musim sejuk yang bersuhu sederhana (4-18 celsius).
Salji bukanlah asing di wilayah itu yang menyaksikannya turun setiap tiga atau empat tahun. Ketua Alam Sekitar dan Meteorologi berkata, suhu minimum di Tabuk diramal di bawah 0 darjah celsius. Sementara itu, di Riyadh, Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengumumkan penutupan sekolah di ibu kota itu kelmarin berikutan hujan lebat sejak Selasa.
Penduduk terus terkurung di dalam rumah masing-masing di ibu negara Riyadh, terutama di wilayah Timur, Tabuk, Assir dan Baha. Keadaan cuaca turut menjejaskan bekalan elektrik di beberapa kawasan. Syarikat elektrik terpaksa menutup bekalan kuasa untuk mengelakkan kemalangan maut.
Pengarah kawalan di Jabatan Lalu lintas Riyadh, Mejar Hassan Al Hassan, berkata jabatan terbabit mencatatkan sejumlah 402 laporan kemalangan berikutan hujan lebat dan keadaan jarak pandangan yang rendah. Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Al Hassan berkata, bilik operasi jabatan terbabit menerima sejumlah 1,373 laporan meminta bantuan lalu lintas dan 613 panggilan untuk perkhidmatan umum.
Beliau berkata, pengawal lalu lintas mendapati banjir di 60 lokasi sambil menambah bahawa pihak berkuasa perbandaran dimaklumkan untuk mengepam air keluar. – Agensi
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Manusia dijadikan Allah amat kerdil. Mahasuci Allah yang menjadikan manusia dan Alam. Terlalu kerdil kejadian manusia jika dibandingkan kejadian alam semesta. Dunia amat luas. Masih ada tempat - tempat di dunia ini mempunyai misteri yang belum terbongkar.
Penemuan simbol - simbol garisan aneh dipermukaan bumi Negara Peru oleh para saintis menimbul satu tanda tanya, adakah wujud satu kehidupan lain di sebalik garisan - garisan aneh tersebut?
Marilah kita lihat sebahagian gambar - gambar garisan aneh dipermukaan Bumi Negara Peru ini. Apa pun yang anda lihat dan tonton adalah satu perkara yang tidak mustahil di sisi Allah. Semoga penemuan begini akan mempertingkatkan lagi keimanan terhadapNya.
Binatang apa ni?
Macam burung
Lokasi berhampiran Sungai Nazca Peru
Macam E.T
Spongebob??? :)
kita saksi kan video ini untuk visual lebih jelas dari udara
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
SK mengambil kesempatan mengucapkan terimakasih atas kesudian semua sahabat mengunjungi blog ini. Terimakasih juga atas keprihatinan sahabat - sahabat membuat sumbangan untuk Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Ada penambahan amaun dalam akaun Tahfiz pada bulan ini. Syukran atas sumbangan. Moga ianya menjadi bekalan terbaik di alam sana nanti.
Kepada semua penyumbang dan pengunjung blog, jemputlah datang ke Pusat Tahfiz ini. Lihat sendiri dengan mata kepala suasana anak - anak tahfiz belajar di sini.
Mereka adalah pewaris generasi Al Quran.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna
013-2791608 - layari www.suraukini.com
LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam. Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan. Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.
Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk. Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford. - Agensi
SK: Khazanah umat Islam perlu dikembalikan kepada Kerajaan Islam.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Upah Haji RM1,500.00
Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com
Tiada apa yang mustahil pada Allah SWT. KekuasaanNya melebihi segala - segalanya. Hujan batu adalah salah satu fenomena alam ciptaan Allah. Hujan batu kadang - kadang menyeronokkan. Kalau saiznya besar biji manik, pasti menyeronokkan. Tapi kalau saiznya sudah sebesar bola tenis, pandai - pandailah bawak diri.