Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Selasa, 12 Mei 2015

Gegar lagi!! Nepal Dilanda Gempa Bumi kedua - Video cemas gegaran 7.3 Skala Richter



Katmandu – Satu lagi gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter melanda Nepal pada Selasa, menyebabkan penduduk bertempiaran lari ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
 
Gempa bumi itu berlaku pada 12:35 waktu tempatan di 76 kilometer (47 batu) Timur Kathmandu selepas dua minggu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang mengorbankan lebih 8,000 nyawa.
 
Gegaran di Kathmandu itu dirasai selama hampir satu minit di sekitar kawasan bandar. Setakat ini, belum ada kecederaan dan kematian dilaporkan.
 
Gempa bumi itu turut dirasai sehingga New Delhi, ibu negara India, yang jaraknya 1,000 kilometer dari Kathmandu.
 
Dilaporkan bangunan di New Delhi bergegar dan pekerja-pekerja diarahkan mengosongkan bangunan.
 
Bandar-bandar lain di utara India juga mengalami gegaran itu termasuk di Bihar di mana rakaman televisyen menunjukkan penduduk bergegas berkumpul di jalan.
 
Satu lagi gegaran berukuran 5.6 skala Richter dikesan seminit kemudian.
 
Gempa bumi pada 25 April lalu menyebabkan Kathmandu dan beberapa perkampungan musnah, meninggalkan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal.
 
Pasukan bantuan dari seluruh dunia masih berusaha untuk menyediakan air, makanan dan bantuan perubatan kepada mangsa.
 
 

 
 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja












<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 8 Mei 2015

Mana lebih baik?? Sedekah atau wakaf?? - Ustaz Azhar Idrus


 
 
Mana lebih baik?? Sedekah atau wakaf?? - Ustaz Azhar Idrus

 

 
 JOM! WAKAF UNTUK PEMBINAAN ASRAMA TAHFIZ AD DINIYYAH!!
 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
 

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 6 Mei 2015

Ajaib !!!! Tiada masjid yang rosak akibat gempa kuat 7.8 skala richter di Nepal



KATHMANDU – Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.8 skala Richter pada 25 April lalu, Masjid Jamik Nepal di ibu kota Kathmandu masih berdiri tegak, walaupun banyak bangunan lain runtuh ‘mencium’ bumi.
Malah paling ajaib, tiada dinding yang terkupas atau retak di masjid tersebut manakala kegiatan ekonomi di sekitar kawasan rumah Allah itu masih sibuk dengan kedai-kedai sudah mula dibuka dibanjiri orang ramai.
Seorang anggota jawatankuasa masjid, Mohammad Rizwan berkata: “Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.” Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu.
 
 
Lebih aneh kira-kira 600 meter dari Masjid Jamik Nepal, berdiri Masjid Khasmiri Taqiya dan bangunan tersebut juga didapati tidak mengalami sebarang kerosakan di sebalik gempa terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun.
 
Paling pelik, ia berusia lebih 500 tahun, iaitu dibangunkan pada 1524 dan Rizwan menceritakan lagi: “Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besarnya berumur lebih 100 tahun tetapi tiada yang rosak.”
 
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Arkeologi Nepal, Bhesh Narayan Dahal yang dipetik laporan media tempatan, hampir 200 buah tapak warisan di negara itu rosak teruk akibat gempa dan kini meragut lebih 7,000 nyawa.
 
 
Ini temasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti tiga Durbar Square di Kathmandu, Bhaktapur dan Patan. Di Durbar Square, sebilangan khazanah kuil purba Buddha dan Hindu dilaporkan hancur musnah sama sekali.
 
Dahal menambah: “Saya boleh mengatakan 90% daripada tapak warisan sejarah rosak. Ada yang sebahagiannya retak, ada runtuh sepenuhnya. Ada yang kami perlu merobohkannya kerana bahaya sudah tidak lagi selamat.”
 
Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban.
 
 
Hasilnya ujar Rizwan, agak luar biasa apabila hanya dua yang ditemui maut dan beberapa orang lain disahkan cedera. Sebahagian besar daripada keluarga Muslim di pusat bandar raya Kathmandu juga terselamat.
 
Kini, Masjid Jami Nepal dijadikan sebagai pusat penghantaran bantuan logistik untuk mangsa gempa bumi dengan kebanyakannya merupakan bantuan makanan seperti beras, air bersih dan makanan segera.
 
Rizwan memberitahu: “Bantuan kemanusiaan ini diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat Muslim Nepal. Kami kemudian akan mengagih-agihkan penghantaran ke mana-mana penduduk yang lebih memerlukan.”
 
Dianggarkan terdapat 1.1 juta penganut Islam di Nepal, menjadikannya agama ketiga terbesar selepas Hindu dan Buddha. Angka itu merangkumi kira-kira 10% jumlah keseluruhan penduduk Nepal. – Agensi/H.A.AMREE

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja
 






<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 5 Mei 2015

Video dan Gambar Perspektif Bangunan Asrama - Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah mula dibina 1 Mei 2015


 Design terkini Asrama Pusat Tahfiz Ad Dinyyah!!!


JOM! Bantu kami untuk merealisasikannya!!

Alhamdulillah, Projek Pembesaran Asrama Pusat Tahfiz Ad Diniyyah kini bakal menjadi realiti. Bangunan setinggi 3 tingkat ini dijangka menelan belanja mencecah RM888,000.00.

Kami mengalu - alukan sumbangan dalam bentuk wang dan bahan binaan seperti simen, batu bata, pasir dan besi

Tuan / Puan yang berhasrat untuk menyumbang bahan binaan boleh menghubungi 013 7557011.

Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalur terus ke akaun Maybank Islamic5647-6230-7417 atau Bank Islam 140-69204-23698 atas nama PUSAT TAHFIZ AD DINIYAH

Insyaallah gambar pembinaan akan dikemaskini di website ini. Doakan pembinaan berjalan lancar.

JOM! Bersama kami berkongsi saham
Mengurus Akhirat

Keterangan lanjut hubungi

Ustaz Faizal 013 7557011
Ustaz Zaki 0193415535
Haji Zulkifli 0192518771
Haji Amin 0192777956
Ahmad Alias 0192439495

Yang Kamu Semai, itulah yang kamu tuai.

Ustaz Faizal Haizad Bin Mohamad Norawi 0137557011
Setiausaha Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Jalan 2A/5 Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Batu Caves







K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Jumaat, 24 April 2015

Video: Gempar puluhan telur dinosaurs ditemui di China!!

 
 
BEIJING — Sekumpulan pekerja China yang sibuk memperbaiki sebatang jalan rosak di bandar raya Heyuan, wilayah Guangdong, terkejut apabila menemui puluhan telur dinosaur, lapor media tempatan pada Rabu.

Penemuan sebanyak 43 butir telur haiwan prasejarah itu, termasuk 19 daripadanya masih kukuh, kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa wilayah di samping pakar purba yang kemudian bergegas ke lokasi tersebut.

Setelah diteliti, kesemua telur itu dianggarkan berusia antara 65 juta hingga 230 juta tahun, atau secara tepat ketika zaman Mesozoic; tempoh haiwan dinosaur besar seperti Tyrannosaurus menguasai planet Bumi.

 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 12 April 2015

Video kemunculan 'lubang neraka' di China


 
Beijing: Kemunculan sebuah lubang misteri yang mengeluarkan api dan haba di lereng bukit di pinggir bandar Urumqi menarik perhatian ahli geologi dan media sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laman People’ Daily, suhu haba dari lingkaran api di gunung yang terpencil itu setinggi 792 darjah Celcius yang boleh dirasai dari jarak dua kilometer, malah pakar tidak dapat menganggarkan kedalamannya disebabkan suhu yang panas melampau.

Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan menyalakan ranting pokok dan rumput dengan api daripada lubang selebar satu meter itu yang turut digelar ‘pintu masuk neraka’ oleh pengguna Internet tempatan.

Penduduk tempatan memberitahu media bahawa mereka mendapati tanah kawasan perumahan mereka panas sejak akhir-akhir ini.
 
 

 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 10 April 2015

Umat Islam Yang Tolak Hudud Perlu Jawab Di Hadapan Allah - Haron Din

 
 
"Kalau mereka sokong alhamdulillah (maka) kita akan dapat majoriti mudah (di Parlimen) tapi kalau tak sokong mereka akan jawab di hadapan Allah tentang mengapa mereka tidak menyokong ataupun menentang hukum Islam," demikian kata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, Haron berharap tiada umat Islam yang menolak serta mempertikaikan hukum Allah termasuk melalui pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

"Atas itulah saya mengharapkan tidak ada orang Islam yang sanggup menentang hukum Islam kerana akidah dan kepercayaan berpegang kepada hukum Allah," katanya.

Tegas beliau, meskipun pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Pindaan 2015) atau hukum hudud berdepan halangan namun usaha keras PAS akan BERJAYA dengan berpegang kepada Allah.

Ujar Haron lagi, umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut.

"Kerana itu saya melihat hukum hudud itu ada sedikit sebanyak permasalahan perlaksanaan antara yang menyokong, menentang dan sebagainya.

"Tapi biasalah di mana-mana pun tidak ada kejayaan tanpa kita menempuh onak dan duri maka kita harungi insya-Allah dengan meletakkan Allah akan tolong kita untuk dapat kejayaan," katanya.

Pada 18 Mac lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud.

Rang undang-undang itu adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Beberapa pihak termasuk pemimpin PKR-DAP mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Tambah Haron, isu hudud berkenaan akan menjadi ujian kepada wakil rakyat Islam yang disifatkan tidak sewajarnya menolak usul pelaksanaan undang-undang Islam itu yang akan dibawa Abdul Hadi pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Presiden PAS akan membawa cadangan dipanggil dengan rang undang-undang persendirian meminta Parlimen meluluskan Kelantan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II.

"Telah ada perkiraan sekarang ini yang boleh kita bawa dan dapat majoriti mudah," katanya.

Jelas pengamal perubatan Islam ini, PAS hanya memerlukan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat menambah menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli Parlimen untuk memutuskan sama ada Kelantan layak ataupun tidak untuk melaksanakan undang-undang persendirian berkaitan hudud.

"Ia menguji sebenarnya ahli Parlimen Islam khasnya sama ada mereka nak sokong atau tidak undang-undang syariah ini," katanya.
 
K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jukaing Kemboja

<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 9 April 2015

Kisah Sahabat bertemu Raja Rome dan melihat koleksi gambar 14 Nabi dan Rasul - Ustaz Nazmi Abdul Karim


Kisah Sahabat bertemu Raja Rome dan melihat koleksi gambar 14 Nabi dan Rasul - Ustaz Nazmi Abdul Karim 





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A


Selasa, 7 April 2015

30 tahun kaji agama, Sami Budha masuk Islam


MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.
Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.
Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.
Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.
"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.
“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.
"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.
Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.



“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.



Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun


Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.



“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.



“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia

Ahad, 29 Mac 2015

Jawatan bukan satu kemuliaan - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Jawatan bukan satu kemuliaan - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja
Masjid Nurul Iman, Daerah Snoul , Wilayah Keracheh Cambodia