Insya Allah Sempurna
Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011
Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim
“Amal jariah pahala terus mengalir”"
Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja
Sebaik baik sedekah adalah sedekah air
Projek Wakaf Air di Bangladesh
“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja kini dalam pembinaan
“Jom! Rebut saham wakaf”"
Agihan Beras Fidyah
Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.
Kristal Tasnim menguruskan Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Makkah
“8 Tahun Pengalaman. Insya Allah Sempurna ”"
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"
Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
“Akaun Bank Islam 14069010024005”"
Perspektif Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja - Kini dalam pembinaan
“Mengurus Saham Akhirat ”"
Wakaf Lampu Solar dan Bateri
“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"
Projek Wakaf Panel Solar
“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"
Selasa, 1 Oktober 2013
Isnin, 30 September 2013
Apa rahsia lelaki ini? Umurnya mencecah 124 Tahun!
Masih sihat meskipun berumur 124 tahun
Alor Setar - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.
Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.
Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.
Ahmad berkata, dengan usia yang seperti itu, ayahnya masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa, termasuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat.
Menurutnya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit meskipun penyakit yang dipanggil ‘tiga serangkai’ iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
“Ayah mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam al-Quran.
“Berbanding dengan orang lain seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Rahsia membaca al-Quran
Jelasnya, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan ayahnya masih tajam dan tidak memerlukan pemakaian cermin mata untuk membaca.
“Ayah baca al-Quran tidak pakai cermin mata, penglihatan dia masih tajam. Baca surat khabar dan menonton televisyen pun tidak pakai cermin mata. Malah dia masih kenal setiap gambar yang dipaparkan, khususnya tokoh-tokoh politik,” katanya.
Ahmad berkata, keajaiban yang dimiliki oleh ayahnya sehingga mampu bertahan pada usia lebih 100 tahun itu juga turut dikagumi oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.
“Ramai juga jiran-jiran selalu datang rumah melawat ayah. Tambahan pula, ayah seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang ramai. Sehinggakan pada suatu hari, ayah berani ke bandar seorang diri menaiki bas tanpa pengetahuan kami sekeluarga.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga tidak membenarkan ayah keluar rumah seorang diri kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kalau nak keluar pun, kami akan keluar bersama,” katanya.
Mengulas mengenai pengambilan makanan setiap hari, Ahmad berkata, ayahnya tidak mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
“Kalau bab makan itu sama saja seperti kita, semuanya dia makan. Dengan keadaan gusinya yang tiada gigi itu pun masih mampu makan makanan yang rapuh. Tapi ayah tidak mengambil makan yang tidak sihat.
“Bagaimanapun, nasi lemak mesti menjadi hidangan wajib pada setiap pagi,” katanya.
Masih ingat zaman penjajah
Dalam pada itu, Husain ketika ditemui berkata, dalam fikirannya masih segar beberapa peristiwa semasa zaman jajahan British dan Jepun di tanah air. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah keterpaksaan untuk mengingati dan menyanyikan lagu Jepun padas setiap kali berjumpa dengan anggota tentera tersebut.
“Saya ingat lagi, masa itu kami (penduduk tanah air) kena paksa nyanyi dan hafal lagu Jepun. Siapa yang tidak boleh nyanyi nanti kena pukul dengan tentera Jepun,” katanya.
Membuktikan perkara itu, beliau turut menyanyikan sebuah lagu Jepun yang dihafalnya sejak zaman tersebut yang berdurasi selama tiga minit kepada Sinar Harian.
Diselitkan pula mengenai peristiwa sejarah di Kedah, beliau mengakui telah hidup semasa tiga keturunan Sultan Kedah.
“Saya pernah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah di sekitar negeri ini pada suatu ketika dulu.
“Kemudiannya, pemerintahan Sultan Kedah bertukar kepada Sultan Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan isteri, Che Som Yakob juga telah dikurniakan enam orang cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan.
Difahamkan, beliau yang tidak lagi membuat kerja-kerja bendang sejak kebelakangan ini turut dikurniakan lebih 20 orang cucu, 10 orang cicit dan bakal menimbang seorang pipit dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Gagal rekod tahun kelahiran
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, Jainisah Mohd Noor berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan umur sebenar Husain selepas didapati terdapat tanda bintang kecil pada hujung sebelah kanan MyKad beliau.
“Selalunya orang yang ada tanda bintang pada MyKad ini adalah orang yang telah hidup dari zaman jajahan tentera British ataupun Jepun. Tetapi kita tidak dapat sahkan berapa umur beliau yang sebenar pada ketika ini.
“Cumanya nombor kad pengenalan yang ada pada mykad beliau itu adalah kita ambil sempena tarikh beliau mula daftar untuk buat kad pengenalan,” katanya. -SH

Video luar biasa - Harimau serang buaya
Situasi luar biasa. Luar tabi'e. Harimau ini menyerang hendap buaya. Menariknya, harimau ini mengatur serangan dari dalam air.
Harimau dari arah sungai menyerang buaya di darat.
Dunia dah terbalik..
Jom Saksikan video menarik ini
Sabtu, 28 September 2013
Sila Download Borang Korban Anjuran Surau Ad Diniyyah di sini.
Anda yang berminat untuk menyertai program ibadah korban anjuran Surau Ad Diniyyah pada tahun ini boleh muat turun borang penyertaan di sini.
Klik Sini untuk DOWNLOAD
Info Korban anjuran Surau Ad Diniyyah di sini
Jadual Kuliah Bulan Oktober 2013 Di Ad Diniyyah
"Barang siapa melalui satu jalan untuk menuntut ilmu , nescaya Allah pemudahkan baginya jalan menuju ke Syurga "- Al Hadith
Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di
Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi kuliah
Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.
Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Rajin - rajinlah melayari blog ini.
MINGGU PERTAMA
03.10.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
03.10.13 Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
05.10.13 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah (Hadith 40)
06.10.13 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohamad Amin (You Are The Best)
07.10.13 - Isnin - Ustaz Nur Aidil Fitri - Tafsir Surah Al Baqarah
MINGGU KEDUA
08.10.13 - Selasa - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (BAB SOLAT - Kitab Minyatul Musolli)
09.10.13 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - (Isu Semasa)
10.10.13- 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki dewasa sahaja
10.10.13- 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki dewasa sahaja
10.10.13- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
MINGGU KETIGA
15.10.13 - INFO AIDIL ADHA DI SINI
16.10.13 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- (Kitab Minhajul Abidin)
17.10.13 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah CUTI USTAZ KE KEMBOJA)
18.10.13 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli (Kitab Unwanul Falah)
18.10.13 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham Bin Zulkifli (Kitab Unwanul Falah)
MINGGU KEEMPAT
21.10.13 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim
24.10.13 - Khamis 8.30 Pagi Khamis - Ustaz Ahmad Shukri Badarudin (Tarannum Al Quran) Untuk Pelajar Tahfiz & Lelaki Dewasa sahaja
25.10.13 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan Anak - Anak Dalam Islam)
27.10.13 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Kitab Minyatul Musolli)
<
Jumaat, 27 September 2013
Aktiviti Mahabbah Idul Adha 1434 / 2013 Surau Ad Diniyyah
27 September 2013
Kepada
Semua Penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
PER:
Program Korban / AQIQAH dan JALINAN
MAHABBAH idul adha surau ad diniyyah 1434
/2013
4. Untuk
makluman gotong royong bagi persediaaan menyambut Hari Raya Idul Adha 1434H
akan diadakan pada hari Ahad, 13 Oktober
2013 jam 8.00 pagi. Tuan - tuan dan puan - puan di jemput hadir bagi
bersama-sama menjayakan program gotong royong ini.
5 Jadual
Program ziarah Idul adha rumah ke rumah sambil bertakbir adalah seperti
berikut:
14 / 10 /2013 (ISNIN)
Jalan
2A / 3, 2A / 4 , 2A / 5 ,
15 / 10 / 2013 (SELASA)
Jalan
2A / 7 dan 2A / 6
16 / 10 / 2013 (RABU)
Jalan
2A / 1, 2A / 2
17 / 10 / 2013 (KHAMIS)
SA
& SB
Sekian Terima kasih
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah
Surat edaran dan kupon agihan daging akan diedarkan dalam waktu terdekat. Tuan - tuan puan puan yang ingin menyertai korban dan aqiqah sila hubungi 013 2791608 atau 013-3320300. satu bahagian RM430.00
Khamis, 26 September 2013
Antara alunan azan yang enak untuk didengari
Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakan solat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).
Ini antara suara muazzin yang enak didengar. Lunak. Tersendiri. Hayati kelunakannya.
Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah - Al Fatihah
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.
Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.
sumber harakahdaily
Rabu, 25 September 2013
Seminar Sekolah Sejahtera di Masjid Negeri Shah Alam
Sebahagian Pengurus Sekolah Swasta yang hadir!
SK ucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor JAIS kerana berjaya mengadakan Seminar Sekolah Sejahtera. Sekolah Persendirian / swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Alhamdulillah SK berkesempatan hadir ke seminar yang penuh manfaat ini.
Seminar diadakan semalam bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.20 Tengahari di Masjid Negeri Shah Alam.
Pengisian seminar yang mantap bertujuan mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan untuk semua sekolah yang berdaftar dengan JAIS. Insyallah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan mematuhi dan mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelajar dan persekitarannya.
SK : Tahniah!! JAIS. Pengisian mantap dan bermanfaat.
Ahad, 22 September 2013
Tips menjelang 1 Zulhijjah 1434 - kepada yang ingin berkorban tahun ini.
1 Zulhijjah 1434 bersamaan 6 Oktober 2013
Bagi sesiapa yang ingin menyertai ibadah korban, terdapat satu amalan sunnah yang jarang diamalkan. Ini terjadi mungkin kerana kurang arif mengenainya atau pun tahu tetapi tidak di beri perhatian yang berat tentangnya untuk diamalkan.
Sunnah ini disebut didalam hadith riwayat Muslim
(Hadith 39 hingga 42 dalam KITAB AL-ADHAA-HI)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Apabila salah seorang dari kamu telah melihat anak bulan Zul Hijjah (yakni masuk 1 Zul Hijjah) dan salah salah seorang dari kamu ingin menyembelih qurban maka hendaklah ia menahan rambut dan kukunya. Pada riwayat lain oleh Imam Muslim juga: Hingga ia menyembelih qurbannya.
Maksud “menahan rambut dan kuku” dalam hadith di atas ialah tidah memotong, mematah atau selainnya (bagi kuku) dan tidak mencabut, cukur, gunting atau sebaginya (bagi segala jenis rambut/bulu di badan) bermula dari 1 Zul Hijjah hingga selesai sembelihan qurbannya.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ". أخرجه مسلم (3/1565 ، رقم 1977) ، والنسائي (7/212 ، رقم 4364) وابن ماجه (2/1052 ، رقم 3149) . وأخرجه أيضًا : الشافعي (1/175) ، والحميدي (1/140 ، رقم 293) ، والدارمي (2/104 ، رقم 1948) ، وأبو عوانة (5/61 ، رقم 7787) ، والبيهقي (9/266 ، رقم 18820) .
Daripada Umm Salamah (radiyallahu ‘anha), isteri nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam): Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wasallam) bersabda:
“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali - kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”.
[Hadis Riwayat Muslim (3/1565 no. 1977), an-Nasaa’I, Ibn Majah dan lain-lain]
Menurut Imam as-Syaa-fie, meninggalkan perkara di atas bagi sesiapa yang hendak menyembelih qurban adalah sunat. Adapun dari sudut hikmahnya pula, kata Imam an-Nawawi (yang menaqalkan pandangan ulamak dalam mazhab as-Syaa-fie) ialah supaya kekal sempurna juzuknanggota badan (hingga selesai qurban) mudah - mudahan ianya menjadi pembebasan dari api neraka.
Langgan:
Catatan (Atom)