Jumaat, 27 September 2013

Aktiviti Mahabbah Idul Adha 1434 / 2013 Surau Ad Diniyyah



27  September  2013

Kepada
Semua Penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PER: Program Korban / AQIQAH  dan JALINAN MAHABBAH idul adha  surau ad diniyyah 1434 /2013

 Perkara di atas adalah dirujuk

 2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh  Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka akan jatuh pada hari Selasa, 15 Oktober 2013. InsyaAllah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 6 ekor lembu korban / aqiqah. Aktiviti Sembelihan Korban akan di adakan di Padang Permainan TBBS 2A pada jam 9.30 Pagi Hari Selasa 15 Oktober 2013. (Selepas solat Idul Adha)

 3.            Dilampirkan di sini, aturcara program Jalinan Mahabbah Idul Adha 1434H dan kupon agihan korban. Diharapkan tuan - tuan dan puan - puan dapat turut serta dalam menjayakan program sambutan Hari Raya Idul Adha pada tahun ini.

4.            Untuk makluman gotong royong bagi persediaaan menyambut Hari Raya Idul Adha 1434H akan diadakan pada hari Ahad, 13 Oktober 2013 jam 8.00 pagi. Tuan - tuan dan puan - puan di jemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program gotong royong ini.

5              Jadual Program ziarah Idul adha rumah ke rumah sambil bertakbir adalah seperti berikut:


14 / 10 /2013 (ISNIN)
Jalan 2A / 3, 2A / 4 , 2A / 5 ,


15 / 10 / 2013 (SELASA)
Jalan 2A / 7 dan 2A / 6

16 / 10 / 2013 (RABU)
Jalan 2A / 1, 2A / 2


17 / 10 / 2013 (KHAMIS)
SA & SB

Sekian Terima kasih
SK
Setiausaha Surau Ad Diniyyah

Surat edaran dan kupon agihan daging akan diedarkan dalam waktu terdekat. Tuan - tuan puan puan yang ingin menyertai korban dan aqiqah sila hubungi 013 2791608 atau 013-3320300. satu bahagian RM430.00












0 ulasan: