Sebahagian Pengurus Sekolah Swasta yang hadir!
SK ucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor JAIS kerana berjaya mengadakan Seminar Sekolah Sejahtera. Sekolah Persendirian / swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Alhamdulillah SK berkesempatan hadir ke seminar yang penuh manfaat ini.
Seminar diadakan semalam bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.20 Tengahari di Masjid Negeri Shah Alam.
Pengisian seminar yang mantap bertujuan mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan untuk semua sekolah yang berdaftar dengan JAIS. Insyallah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah akan mematuhi dan mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pelajar dan persekitarannya.
SK : Tahniah!! JAIS. Pengisian mantap dan bermanfaat.
0 ulasan:
Catat Ulasan