Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 13 Oktober 2010

Misteri : Ada kelibat wanita kendong anak di lokasi kemalangan 101010. Bagaimana mengatasinya?


KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.

Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.

"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas."Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

BERIKUT ADALAH BEBERAPA PANDUAN PERJALANAN DARI DATO DR.HARUN DIN

klik sini http://suraukini.blogspot.com/2010/08/ayat-penggerak-yang-molek-diamalkan.html

Selasa, 12 Oktober 2010

Video rakaman tempat kemalangan 101010

Takziah kepada semua waris keluarga

Isnin, 11 Oktober 2010

Kereta mewah hanyut macam sampah



Biarpun peristiwa ini sudah hampir setahun berlalu, mungkin masih ada di antara kita belum pernah menonton video ini. Mungkin juga ada yang tidak mengetahui bagaimana teruknya banjir yang melanda Jeddah pada 27 November tahun lalu.

Rakaman ini boleh menceritakan segalanya. Ujian Allah boleh datang pada bila - bila masa dan di mana juga. Semoga ada sedetik keinsafan di hati kita.

Mesyuarat Persiapan Eidul Adha

Satu Mesyuarat Khas persiapan Eidul Adha akan diadakan di surau

Hari : Jumaat
Tarikh : 15 Oktober 2010
Jam : 9.00 Malam (selepas Solat Isyak)
Tempat : Surau Ad Diniyyah

Semua AJK diminta hadir

Kemalangan Maut 101010 - Berhjati hati lah di jalan raya

 
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.

Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.

Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala.-BERNAMA
 
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 4 Oktober 2010

AL-FATIHAH - HJ MOKHTAR BIN MAT SAMAN


Tn Hj Mokhtar bin Mat Saman S/U Kerja PAS Kawasan Selayang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 4 Oktober 2010 jam 10.45 pagi dan telah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Selayang Baru selepas solat Asar. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru pada jam 5.00 petang.


YB. Dr. Hassan Ali memimpin solat jenazah





Dedikasi dari HabibAbdulSamad


"Hanya pejuang Islam tulen sahaja yang dipilih oleh Allah untuk kembali kepadaNYA di saat sedang tekun, gigih, istiqamah & iltizam dalam melaksanakan pelbagai tugasan Harakah Islamiyyah. Saat menatap wajahnya buat kali terakhir, tika bertemankan linangan air mata, terdetik hatiku, apakah mampu untukku mengecap detik akhir sehebat apa yang dikecapi arwah".


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


Keretapi Metro Makkah



Berita baik untuk bakal haji.

JEDDAH: Kereta Api Mashair juga dikenali sebagai Metro Makkah yang menghubungkan kawasan tanah suci Mina, Arafah dan Muzdalifa dengan Makkah akan menjalani ujian selama 30 hari sebelum ia digunakan untuk mengangkut jemaah tempatan dan negara Teluk pada musim haji akan datang.

Menteri Hal Ehwal Majlis Tempatan dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb akan memeriksanya esok untuk memastikan kemudahan itu sudah bersedia untuk mengangkut tetamu Allah. Kewujudan Metro Makkah akan membawa perubahan dramatik dalam pengangkutan jemaah antara kawasan tanah suci di Makkah.

Pembinaannya yang menelan belanja SR6.5 bilion (RM5.3 bilion) mampu mengangkut 72,000 jemaah sejam. Sembilan stesen dibina di Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Ia adalah projek kedua terbesar dilaksanakan oleh kementerian berkenaan selepas Jambatan Jamrah di Mina, yang berharga SR4.5 bilion (RM3.7 bilion). Timbalan Menteri kementerian terbabit, Habib Zain Al-Abidine berkata, untuk fasa pertama, ia akan mempunyai 10 kereta api dengan setiap satu sepanjang 300 meter.

‘Setiap kereta api itu boleh membawa 3,000 penumpang.” Menurutnya, pihak berkuasa akan mengumumkan tambang kereta api itu selepas Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Naif membuat keputusan mengenainya. Fasa kedua projek itu akan menghubungkannya dengan Masjidil Haram di Makkah dengan sebuah stesen di Jalan Umm Al-Qura. Ia juga akan dihubungkan dengan Kereta Api Haramain yang menghubungkan Makkah dengan Madinah dan Jeddah. - Agensi


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Khamis, 30 September 2010

Masjid Babri : Keputusan Mahkamah hari ini. Kerajaan India berjaga - jaga


Penganut Hindu memusnahkan Masjid Babri

Masih ingatkah anda peristiwa yang menyedihkan berlaku ke atas umat Islam di India pada 6 Disember 1992? Umat Islam di bunuh, dan Masjid Babri, yang merupakan masjid yang tertua di India telah  dibakar dan dimusnahkan?

Hari ini, mahkamah akan memutuskan hak pemilik sebenar tapak tanah tempat masjid didirikan . Marilah kita sama - sama berdoa semoga hak umat Islam dikembalikan.

Video ini ialah rakaman yang menunjukkan bagaimana Masjid ini dimusnahkan oleh penganut Hindu



Berita

NEW DELHI: India mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan tentera udara nya berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan keganasan apabila sebuah mahkamah memberikan keputusan mengenai kes perebutan tapak masjid di Ayodhya hari ini. Isu itu menghantui Parti Kongres yang memerintah India kerana keputusan berkenaan pasti akan mengecewakan satu daripada blok penyokong terbesarnya.

“Saya merayu supaya semua pihak menghormati keputusan mahkamah, kata Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi yang juga tokoh politik paling berpengaruh negara itu.

Kerajaan merayu penduduk bertenang sebaik saja mahkamah di utara India itu memutuskan hak terhadap tanah yang menempatkan sebuah masjid yang dibina sejak abad ke-16.Perebutan terhadap tapak masjid itu mencetuskan keganasan agama pada 1992 hingga menyebabkan lebih 2,000 orang terbunuh.

Keputusan mengenai perebutan itu, yang dianggap oleh Perdana Menteri, Manmohan Singh sebagai cabaran keselamatan terbesar negara berkenaan akan diumum sejurus sebelum Sukan Komanwel bermula di New Delhi pada 3 Oktober depan.

Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Raja Tuhan mereka, Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan. Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.

Mahkamah, dalam keputusannya esok akan memutuskan tiga isu penting - siapa pemilik tanah berkenaan, sama ada tapak itu benar menjadi tempat kelahiran Rama, dan sama ada Masjid Babri dibina selepas sebuah kuil Hindu dirobohkan dan sama ada ia dibina menurut rukun Islam.

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja









 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 27 September 2010

Kepanasan Matahari mencetuskan huru hara di dunia




Sebagai umat Islam kita wajib meyakini kiamat pasti berlaku, Tarikh dan waktu yang tepat hanya Dia yang mengetahui. Sememangnya kita sudah berada di penghujung usia dunia. Di dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah telah menggambarkan kepada kita tentang usia dunia. Dunia digambarkan dengan seorang perempuan tua yang sudah bongkok benar pada ketika itu. Wallahu a'lam. Semoga berita ini menguatkan keimanan kita kepadaNya. 

LONDON – Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. – Agensi

Surah As Shams - Surah Matahari

S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 26 September 2010

Video biadab - Al Quran dibakar di Utara England



LONDON - Satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada enam orang ditangkap selepas satu rakaman di YouTube menunjukkan mereka membakar satu kitab al-Quran di pekarangan sebuah pub di bandar Gateshead, utara England, pada ulang tahun serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), kata polis semalam.

Polis Northumbria menyatakan kumpulan lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin yang jumlahnya tidak didedahkan.Enam lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah untuk dibicarakan kerana melakukan perbuatan tersebut.

Berita tangkapan itu didedahkan untuk pengetahuan orang ramai semalam.Menurut polis, dua daripada enam lelaki itu ditangkap pada 15 September lalu manakala bakinya diberkas pada 22 September lepas.

Menurut sebuah akhbar semalam, dalam klip video YouTube itu, enam lelaki tersebut mengelilingi sebuah kitab al-Quran di pekarangan The Bugle Pun di Leam Lana, Felling di bandar Gateshead.Klip video itu menunjukkan wajah semua lelaki itu ditutup dengan sehelai kain. Keenam-enam lelaki itu menunjukkan kitab tersebut ke arah kamera.

Mereka kemudian mencurahkan minyak dari sebuah tin berwarna merah ke kitab berkenaan dan membakarnya. Seorang lelaki yang memakai seluar Adidas membuat beberapa isyarat kurang ajar ke arah kitab berkenaan sebelum ia dibakar.

Semua lelaki itu ditangkap selepas satu kontroversi melanda di AS apabila seorang paderi di Florida, Terry Jones menyatakan dia akan membakar al-Quran pada ulang tahun memperingati serangan pengganas 11 September 2001 di AS yang menyebabkan lebih 3,000 orang terbunuh. - Agensi

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com