Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 25 Ogos 2010

Haramkan Minuman ringan Beralkohol

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan. Presidennya SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

"Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar di Georgetown.

Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan. "Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun," katanya.

Idris berkata, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.








Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya



Anjuran Bersama Surau Ad Diniyyah, Unit Pengurusan Zon BBS Selatan
Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Templer

Tarikh : 28 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Jam : 7.00 Petang
Tempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sungai Tua, Batu Caves
Sumbangan akan disampaikan oleh Haji Mohamad Abdul Rahman, Penyelaras DUN Taman Templer

Muslimin muslimat dijemput hadir
 


Isnin, 23 Ogos 2010

Video Malaikat Di Malam Lailatul Qadr?

Salam ramadhan

Kita berada di malam - malam pertengahan Ramadhan. Kita semakin hampir ke malam Al Qadr yang dijanjikan. Allah merakamkan di dalam Al Quran tentang keistimewaan Malam Al Qadr. Mudah - mudahan Allah SWT mengurniakan kita malam yang penuh keistimewaan ini.

Terjemahan Surah Al Qadr.

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).


97-1: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Al Qadr.
97-2: Dan tahukah engkau apakah malam Al Qadr itu?
97-3: Malam Al Qadr itu lebih utama daripada 1,000 bulan.
97-4: Turun malaikat dan Roh pada malam itu, dengan izin Rab (Tuhan) mereka, membawa segala urusan.
97-5: Sejahtera ia (malam itu) hingga terbit fajar.
 
Wallahu a'lam. Khabarnya video ini dirakam ketika malam - malam terakhir Ramadhan 2008. Apa komen sahabat? Nampak macam imbasan cahaya lampu sahaja kan?

Mudahan Allah kurniakan malam yang mulia ini kepada kita. Insyaaallah

 

 





Ahad, 22 Ogos 2010

Kembali Ke rahmatullah!

Sebentar tadi, suraukini menerima panggilan dari lajnah muslimat memaklumkan tentang pemergian Allahyarham Rosni Bt. Ahmad (isteri kepada En. Hamdan Flat SB). En. Hamdan Bin Hashim seorang ahli jemaah yang konsisten berjemaah di surau  

Allahyarhamha meninggal di Bagan Datoh Perak, dan jenazah telah dikebumikan di negeri kelahiran Kedah Darul Aman.

Insyaallah satu Majlis tahlil akan diadakan malam ini selepas solat Witir. Tabung derma kilat juga akan diedarkan 

Al Fatihah

Gambar sekitar Majlis berbuka Puasa

 
Gambar sekitar Majlis berbuka puasa Bersama Ustaz Zamri Zainuldin (TV9)
Persiapan Majlis

Anak - anak mengambil bahagian

Anak - anak pewaris Generasi

Mencari Dana Pendidikan Anak2 PASTI

Alas Meja Baru. Program berlangsung di ruang Solat

Hampir waktu berbuka. AJK berbaju Kuning

Berbaris panjang mengambil juadah
Ramadhan mengeratkan silaturahim

Sabtu, 21 Ogos 2010

Majlis berbuka Puasa Bersama Ustaz Zamri Zainuddin (TV9)

Tarikh : 21 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Jam: 5.30 Petang - Mari Bercerita
Sesi Fotografi
7.29 - Berbuka Puasa
Tempat : Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Membantu mengumpul Dana Pendidikan anak - anak PASTI
Semua dijemput hadir

Jumaat, 20 Ogos 2010

Khasiat Minyak Zaitun

Salah satu buah yang disebut secara khusus di dalam Al Quran ialah buah zaitun. Allah S.W.T telah merakamkannya di dalam surah At Tin


Saidina Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

 ” ائِتَدموا بالزَّيت و ادَّهنوا به فإنه يخرج من شجرة مباركة “,

 “Jadikan minyak zaitun sebagai kuah dan minyakilah dirimu dengannya kerana sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati.”

Dalam riwayat yang lain oleh Ibnu Sa’id RA bahawa Nabi bersabda:

” كُلُوا الزيت و ادَّهنوا به فإنه من شجرة مباركة

Makanlah dan minyaki dirimu dengan minyak zaitun, kerana sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati.”‘ Disahihkan di dalam Bab At-Taiemah oleh Ibnu Majah dengan sanad perawi yang percayai dan Abdul Razaq dalam Al-Musanaf dan disahihkan oleh Al-Hakim.

Selaras dengan Hadith di atas, kajian saintifik baru - baru ini mengesahkan bahawa minyak zaitun ini memiliki banyak khasiat pelindung dari penyakit arteriosclerosis (atau ateroma), iaitu penebalan pada saluran darah atau arteri. Ini menunjukkan Nabi SAW, Rasul bagi semua umat manusia telah menasihatkan umatnya supaya memakan minyak zaitun pada empat belas abad yang lalu.

Mengapa Nabi SAW melakukannya? Jawapannya adalah bahawa minyak zaitun seperti yang telah baru-baru ini disahkan secara saintifik mengandungi bahan kimia, yang mencegah terjadinya pembekuan darah di dalam saluran darah atau arteri (thrombosis koronari). Sementara bahan kimia ini meningkatkan lebih banyak nisbah kolesterol yang dikehendaki yang berkepadatan tinggi iaitu HDL, ia juga mencegah jenis kolesterol berbahaya iaitu LDL, dari membeku di dalam darah.

Bahkan doktor - doktor di hospital di Milan, Itali, menggunakankan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada rawatan perubatan yang diberikan kepada pesakit yang menjalani pembedahan jantung di arteri. Pesakit bermasalah arteri diberikan empat hingga lima sudu sehari.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh American Medical Magazine, 1986, Dr Girandy, seorang profesor di Universiti Texas, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa minyak zaitun menurunkan kolesterol sebanyak 13% dan lemak protein sebanyak 21%. Oleh kerana itu, beliau menyarankan penduduk Amerika untuk menggunakan minyak zaitun berbanding dengan minyak yang lain untuk mencegah dan mengelakkan diri dari penyakit arteri. (Cabutan daripada Perubatan Secara Sunnah)


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 




















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Mari kita doakan untuk ulama' ini



KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din akan menjalani pembedahan berkaitan jantung, 'off-pump surgery' di Hospital Stanford, California pada 30 Ogos akan datang.Beliau yang dijadual bertolak pada 28 Ogos mengharapkan agar para penyokong, ahli serta kenalan dapat mendoakan rawatan tersebut berjaya.

"Saya hanya mengharapkan doa daripada kawan-kawan dan semua yang mengenali serta mengiringi pemergian saya dengan doa agar saya dikurniakan kejayaan oleh Allah sebagai usaha untuk mengubati penyakit jantung ini," katanya kepada Harakah ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Menurutnya, dalam tempoh 23 tahun menderitai penyakit tersebut beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1987 di Hospital St.Vincent, Australia, serta 1998 dan 2000 di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, masalah pada jantungnya berulang kembali meskipun pihaknya telah menjalani semua rawatan yang dikenakan ke atasnya.

Di samping mengambil ubat yang telah diberikan, beliau turut menjalani proses rawatan telium scan, MRI scan dan CT scan.

"Tapi masalah ini tidak selesai malah bertambah serius dan baru-baru ini pihak IJN merujuk masalah jantung saya kepada Hospital Stanford di California," ujarnya lagi.

Jelasnya, seorang pakar jantung dari hospital pakar berkenaan yang kebetulan berada di Malaysia kerana menghadiri seminar berkesempatan memeriksa beliau baru-baru ini sebelum mengesyorkan agar mendapatkan rawatan lanjutan di sana.

Ditanya mengenai tempoh rawatan beliau menjangkakan berada selama tiga minggu dan menyambut Aidilfitri di sana


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 










 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 19 Ogos 2010

Hukum menggunakan Inhaler di bulan Puasa

SOALAN :Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 18 Ogos 2010

Video Miracle Of Kaaba