Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 14 Julai 2010

Imam Hafiz Jemputan Sepanjang Ramadhan 1431


Alhamdulillah, Sepanjang bulan Ramadhan 1431 yang bakal menjelang tidak lama lagi para jemaah akan menunaikan solat sunat Tarawikh dengan berimamkan seorang imam Hafiz jemputan dari Kemboja. Maklumat terperinci tentang imam ini akan dimaklumkan kemudian.

Para jemaah yang berhajat untuk menaja imam berkenaan boleh maklumkan kepada SK.

Mudah - mudahan rezeki tuan puan diberkati Allah

Anda boleh memberi sumbangan sekadar termampu


Hubungi atau SMS kepada SK 013-2791608 atau Bendahari 013-3320300
atau terus meyumbang ke akaun Surau Ad Diniyyah BIMB 14069010001875

(SMS jumlah sumbangan. Resit rasmi dikeluarkan.)


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar



Ziarah Kubur Nabi adalah salah satu ibadat yg sangat besar

Dalil - dalil  disunatkan menziarahi kubur Nabi SAW.
1. Firman Allah:
 
((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما))

Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka dengan membuat dosa; mereka datang berjumpa denganmu(Muhammad) lalu mereka meminta ampun kepada Allah; serta Rasul meminta ampun untuk dosa - dosa mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu maha menerima taubat dan maha pengasih.(An-Nisa: 64)

2. Hadis Nabi:
(من زار قبري وجبت له شفاعتي)

Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)
3. Hadis Nabi:
(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)

Maksudnya: Sesiapa yg menziarahiku di madinah dgn mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untk membelanya pd hari kiamat.(HR Baihaqi).
4. Hadis Nabi:
(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)

Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)
5. Ijmak ulama.

Qadi 'Iyad berkata: Ziarah kubur Nabi SAW adalah satu sunat dari perkara yg sunat pada orang Islam yg telah disepakati oleh para ulama.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 








 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 13 Julai 2010

Hukum membaca Al Quran Untuk Minta Sedekah


Membaca quran dengan tujuan untuk meminta sedekah adalah diharamkan dan juga haram memberi wang kepadanya. Ini berdasarkan dua hadis berikut:

1. Imran bin Husain r.a lalu pada orang yang sedang membaca al-quran dan meminta wang daripada orang ramai; lalu beliau mengucapkan Istirja' (إنا لله وإنا إنا إليه راجعون)dan berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
من قرأ القرآن فليسأل الله به فإنه سيجيء أقوام يقرأون القرآن يسألون به الناس

Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran hendaklah dia minta ganjaran daripada Allah; Maka sesungguhnya akan datang sekelompok manusia yg membaca al-Quran untuk meminta duit kepada manusia. (HR Tirmizi).

2.Nabi bersabda:
من قرأ القرآن يتأكل به الناس جاء يوم القيامة ووجهه عظم ليس عليه لحم


"Sesiapa yg membaca al-Quran dgn tujuan utk meminta habuan dunia dari manusia ; maka dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan mukanya hanya tinggal tulang tak berdaging."(HR Baihaqi)








Khasiat Dari Al Quran yang perlu anda tahu


1. Khasiat Al-Quran:
 
عليكم بشفاءين: العسل والقرآن

Maksudnya: Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit iaitu Madu dan Al-Quran.(HR Ibnu Majah)

2. Khasiat Fatihah:

في فا تحة الكتاب شفاء من كل داء

Maksudnya: Pada surah Al-Fatihah terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi).

Di dalam hadis sahih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kepada seorang yang dipatuk ular, lalu sembuh penyakitnya.

3. Khasiat Surah Al-Baqarah:

إن البيت الذي تقرأ فيه البقرة لا يدخله شيطان

Maksudnya: "Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan".(HR Muslim).

4. Khasiat Ayat kursi.

Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a:

إذا أويت فراشك فاقرأ آية الكرسي فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم:


(أما إنه صدقك وهو كذوب)

Maksudnya: "Apabila kamu berada di tilam kamu (untuk tidur) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a: Syaitan bercakap benar kepadamu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong".(HR Bukhari)

5. Menghilangkan was- was dalam tauhid.

Nabi bersabda:

إذا وجدت في نفسك شيئا –يعني الوسوسة- فقل: (هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شيء عليم).

Maksudnya: "Apabila kamu merasa was-was (tentang ketuhanan) maka hendaklah berkata: (Ayat 3 Surah Hadid)".(HR Abu Daud).

6. Doa Nabi Yunus. Nabi bersabda:
دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت: (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) ولم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجيب له.

Maksudnya: "Doa Nabi Yunus a.s ketika berada didalam perut ikan adalah (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Setiap muslim berdoa dgn ayat ini akan diperkenankan doanya".(HR Tirmizi)

7. Menjauhkan gangguan Jin dan Syaitan

Ibnu Masud berkata: "Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar".(HR Darimi dgn sanad yg sohih)

Imam Qurtubi berkata:

Harus menjampi dengan ayat - ayat Allah dan Nama - namaNya. Kalau ianya diambil dari Hadis maka hukumnya sunat.









Isnin, 12 Julai 2010

Fadhilat Amalan wiris selepas solat

Daripada Abdurrahman bin Ghonm r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


من قال قبل أن ينصرف وثني رجله من صلاة المغرب والصبح: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ل الملكوله الحمد بيده الخير، يحيىويميت، وهو على كل شيء قدير، عشر مرات، كتب له بكل واحدة عشر حسنات، ومحيت عنه عشر سيئآت، ورفع له عشر درجات، وكانت حرزا من كل مكروه، وحرزا من الشيطان الرجيم، ولم يحل لذنب يدركه إلا الشرك، فكان أفضل الناس عملا إلا رجلا يفضله، يقول أفضل مما قال

Maksudnya: Sesiapa yg berkata sebelum dia beredar dr tempat sembahyangnya dan sebelum dia mengubah posisi duduknya(duduk tahiyat akhirnya) pada solat magrib dan subuh:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد بيده الخير يحيى ويميت وهو على كل شيء قدير

 Maka dia mendapat keistimewaan yg berikut:
1. Mendapat seratus pahala kebaikan.

2. Dihapuskan sepuluh kejahatan yg telah dilakukan.

3. Diangkat sepuluh darjat kedudukannya oleh Allah.

4. Dilindungi dari segala perkara yg tidak diingini.(dijauhkan dr bencana, malapetaka dan seumpamanya)

5. Dilindungi dr gangguan syaitan yg direjam.(dijauhkan dr gangguan mahkluk halus)

6. Tidak akan rosak amalannya melainkan dgn perbuatan syirik.

7. Org yg paling baik amalannya melainkan org yg berzikir lebih banyak dan lebih baik darinya.

Hadis riwayat Imam Ahmad, Thabrani, Tirmizi dan Nasaie.Kedudukan sanad hadis: Hasan.

Pengajaran: Marilah kita sama2 beramal hadis ini dgn Istiqomah yg hanya amalan yg ringan tetapi ganjaran yg sangat besar. Berzikirlah dgn penuh khusyuk dan menghadirkan hati. Cubalah sembunyikan amalan anda dr pengetahuan org lain.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Kenali 9 Syuhada Mavi Marmara


Allah SWT berfirman :

"Dan jangan sekali - kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Allah. Dan sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran (3) : 168-171)


31 May 2010 - 9 sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam  perjalanan menghantar bantuan kepada saudara seagama di Palestin. Mereka  dibunuh oleh tentera israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar. Berikut  merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut :

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turkey, berkahwin dan mempunyai 6 orang anak.

Ibrahim Bilgen

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir . Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata.
Ali Haydar Bengi

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri , Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera.

Cevdet Kiliçlar

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana , Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata
Çetin Topçuoglu

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya , Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 3 tahun.
Necdet Yildirim

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Fahri Yaldiz

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir , Turki. Berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.
Cengiz Songür

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun , Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

Cengiz Akyüz

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School . Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University . Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai 2 adik beradik.
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 11 Julai 2010

Kalendar di blog


Ada pembaca blog yang memberi cadangan supaya SK meletakkan kalendar dalam blog?

SK memang agak kurang berminat untuk meletak banyak sangat widget dalam ruangan sidebar. Sebab widget widget percuma ini kadang - kadang mengganggu kelajuan internet. Yang keduanya widget ini juga kadang - kadang mengeluarkan pop up iklan. Dan kadang - kadang iklan - iklan yang keluar melalui pop up ini, iklan yang tak sesuai untuk tontonan umum. Sebab itu SK tak letak. hihihih.

Walaubagaimanapun terimakasih atas cadangan tersebut. Untuk meraikan pandangan pembaca berkenaan , SK telah memilih widget yang paling selamat. (lihat kat sidebar) Harap - harap takde berlaku kelembaban internet dan pop up yang bukan - bukan.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 







Pemasangan pendingin hawa di Surau Ad Diniyyah sebelum Ramadhan 1430

Aircond boleh menjadi sebahagian amal jariah

 Salam Ukhuwwah!

Pejam celik , pejam celik . Hari ini dah pun masuk 29 Rejab.  Rejab sudah sampai ke penghujungnya, Sya'ban pun dah nak kunjung tiba. Memang pantas masa berlalu. Ramadhan yang ditunggu- tunggu, mudah - mudahan sempat kita bertemunya.

Sejak beberapa bulan yang lalu, (kalau perasan) SK ada mengiklankan di sidebar blog ini, hasrat jawatankuasa surau untuk memasang aircond sebelum kedatangan Ramadhan. Sejak dari itu pelbagai usaha sudah dibuat untuk mencapai hasrat itu. Kalau dilihat dari kewangan yang ada, mungkin tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan. Jumlah agak besar kerana mencecah anggaran 15 ribu. SK amat yakin Allah sentiasa akan menolong.

Sehari dua ini nampak ada tanda - tanda hasrat itu akan tercapai. Sudah ada individu - individu yang bertemu saya melahirkan hasrat untuk menyumbang,. Alhamdulillah. Mungkin jumlahnya masih belum mencukupi tetapi sekurang - kurangnya ada juga pertambahan. 

Jawatankuasa surau masih membuka peluang untuk tuan - tuan mengambil bahagian dalam merebut peluang ini. Sama - samalah kita menyumbang. Seorang sedikit. Jika dikumpul banyak jua. Jumlah 15 ribu itu mungkin tidak menjadi masalah kalau semua ambil bahagian.

Firman Allah yang bermaksud:

إِن تُبۡدُواْ ٱلصَّدَقَـٰتِ فَنِعِمَّا هِىَ‌ۖ وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۚ وَيُكَفِّرُ عَنڪُم مِّن سَيِّـَٔاتِڪُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬ (٢٧١

"Jika kamu menampakkan sedekah (mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada kaum fakir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapus dari kamu sebahagian kesalahan - kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 271)

Semoga hajat ini tercapai.
Hubungi AJK Surau jika berminat beramal jariah
SK


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 












Test Mata Anda - 20 saat je


Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.


Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja












Melahirkan rasa kesyukuran melalui Majlis Aqiqah

Malam tadi Abe Zul mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan Aqiqah dirumahnya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan sepanjang petang. Makanan pun sedap - sedap. Tahniah Abe Zul, bertambah ahli keluarga.

 
 Tahniah juga pada Abe Zul kerana berjaya melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W. Di bawah ini adalah sedikit catatan berkaitan hukum hakam berkaitan Aqiqah. Mudah - mudahan bermanfaat kepada kepada mereka yang bakal menyambut kelahiran baru
Gambar : Doa Selamat & Kesyukuran
AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara' ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

 
 Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

 
Daging Aqiqah
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan. Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

 
Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

 
Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah - pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang - tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

 
Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)

 
Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

 
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

 
Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

 
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Hakim)

 
Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran
Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.
 
Syarat Sah Aqiqah
  • Syarat sah aqiqah ialah:
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
  • Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
  • Biri-biri -1 tahun atau lebih
  • Kambing 2 tahun atau lebih
  • Lembu / kenbau 2 tahun atau lebih
  • Unta 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran 
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi) 
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan 
  • Memberi nama yang baik kepada bayi 
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri
Hikmah Aqiqah
 
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak 

  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka 
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah. 
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat. 
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik 
  • Membiasakan berkorban bagi orang tua

Terimakasih dari Abe Zul