Jumaat, 8 Ogos 2014

Syeikh Yusof Qaradawi bagi peringatan kepada pembesar Arab Saudi yang menyokong Yahudi Zionis

Al Qaradawi


Sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah Arab Saudi terhadap pembunuhan oleh Yahudi terhadap penduduk Gaza adalah ganjil. Sebagai penguasa yang diberi amanah menjaga dua tempat suci Islam di Mekah dan Madinah mereka sepatutnya membantu perjuangan Hamas. Tetapi sebaliknya yang berlaku, seolah-olah Saudi berpihak kepada Yahudi dan menunjukan permusuhan terhadap Hamas menjadi persoalan seperti di utarakan oleh Syeikh Yusof al Qaradawi.

Al Qaradawi dalam satu rancangan di Aljazeera menyatakan, sikap yang ditunjukan oleh pemerintah Arab Saudi adalah ganjil, menjadikan musuhnya sebagai kawan, memusuhi seluruh arab dengan pendirian tersebut kerana menjadikan Yahudi sebagai kawan dan Hamas sebagai musuh.

Pesanan beliau kepada penguasa Arab, al Qaradawi mengatakan,kamu bertanggung jawab di hadapan Allah terhadap ummah ini dan Allah akan menghitung segala perbuatan kamu terhadap berjuta orang yang dizalimi akibat permainan kamu. Qaradawi mengatakan lagi terdapat pemerintah negara Arab yang membayar berbilion dolar bagi membunuh beribu-ribu rakyat Mesir, seruan beliau kepada pemerintah ini, kembalilah kepada Allah, kamu semua juga akan mati, kebanyakan kamu sudah berada dihujung usia, takutlah kamu akan Allah dan bertaubatlah kamu kepada Allah, mintalah pertolongan Allah agar diberi kemenangan atas syaitan-syaitan itu dan terhadap diri kamu dan dunia kamu.

Qaradawi soal lagi; bagaimanakah berlakunya masalah di Mesir? Jelasnya, demokrasi Mesir telah terhalang selama 60 tahun, lalu datanglah ketentuan Allah mengembalikan pemimpin yang adil kemudiannya datanglah as Sisi memusnahkan segala kebaikan yang berlaku itu.

Beliau mengecam penutupan sempadan oleh Mesir, mengatakan adalah menjadi kewajipan terhadap Mesir untuk membuka sempadan itu jika sekiranya mereka Arab, apatah lagi jika mereka muslim, beliau persoalkan, apakah Mesir bukan golongan ini?

Qaradawi persoalkan; apakah Mesir bersikap berkecuali? Beliau berkata, Mesir dalam keadaan sekarang adalah sebuah negara yang bermusuh dengan Hamas dan segolongan pejuang menolak usaha damai Mesir. Tambah beliau lagi, jika Mesir ingin menjadi perantara yang adil, ia hendaklah mengembalikan pemerintah yang diculik dan disingkirkan dengan paksa dan menyerahkan kembali mandat yang diberikan oleh rakyat Mesir terhadapnya.

Adakah dijangka berlaku lagi kebangkitan di Mesir yang akan menjatuhkan penguasa sekarang dan mengembalikan kepada keadaan sebelum ini? Qardawi mengatakan, tidak mungkin akan berlaku perubahan dalam keadaan suasana di Mesir sekarang ini, segala urusan adalah dikawal sepenuhnya oleh tentera samada dalam ekonomi atau politik. Sindir beliau, hinggakan tentera Mesir sekarang ini pun terlibat dalam indutri pasta, beliau menyatakan pihak Israel sekarang amat gembira terhadap penguasa Mesir yang berminat dalam hal remeh tersebut, tidak lagi lagi berminat meningkatkan keupayaan senjata dan pertahanan.



S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: