Ahad, 3 Ogos 2014

Politikus Israel akui kehebatan Hamas




Politikus Israel dan pengkaji bidang sejarah Timur Tengah, Gershon Baskin menegaskan, gerakan pejuang Hamas tidak akan menyerah dan tidak akan mengibarkan bendera putih meskipun hanya berbaki seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.





Justeru, pertarungan dengan pejuang Hamas sesuatu yang sangat sukar, mereka adalah tentera yang sangat berdedikasi, jurutempur yang tidak takut mati,” demikian dikutip laman theblaze.com, Jumaat (01/08/2014).



Baskin yang pernah menjadi mediator bagi pihak Israel dalam perjanjian pertukaran tentera Gilad Shalit yang ditawan Hamas suatu masa dulu menegaskan Hamas kini memiliki 3000 pasukan yang siap mati membela agamanya.



Mereka sangat yakin dengan perjuangan yang mereka hadapi.



Mereka berjuang membela kampung halaman mereka, siap berkorban agar generasi masa depan hidup bebas, tegas Baskin.



Baskin menambahkan, tidak ada seorang pun di dunia ini yang mengingkari bahawa masalah Palestin memerlukan penyelesaian adil, kecuali Israel sendiri.



Yang diminta oleh Hamas saat ini tidak lebih dari pembebasan sekatan ekonomi dari Jalur Gaza, dan memperluas jangkauan laut untuk nelayan Palestin, membebaskan tawanan dan membuka sekatan perpindahan gaji pegawai Palestin dan mengakui pemerintah terpilih, semua tuntutan Hamas tidak ada yang tidak logik untuk diikuti.



“Saya melihat kemenangan di mata Hamas. Ya benar, mereka mengorbankan sangat banyak. Tidak perlu dibandingkan antara kekuatan kita dan kekuatan mereka.



Mereka tidak memiliki bom bertan-tan. Namun mereka melihat kerugian yang diderita oleh Israel kerana serangan roket yang memaksa warga Israel harus lari ke tempat persembunyian, dan meninggalkan rumah mereka.”



Peneliti Israel itu mengkritik kedustaan yang dipromosikan di media massa melalui jurucakap tentera Israel tentang Hamas dan masa depan perang di Gaza yang dituding oleh Baskin sebagai pembohongan awam.



Dia mengaku apa yang diketahuinya tentang Hamas berbeza dengan yang disiarkan melalui media massa Israel.



Sistem pertahanan Hamas melalui terowongan telah membuat Israel ketakutan, ditambah roket yang menggempur tanpa henti.



Hamas juga dilihat mempunyai sokongan yang besar pada mata masyarakat dunia.



Gambaran kehancuran akibat serangan Israel, pembunuhan anak-anak wanita telah memaksa dunia melihat Israel dan tenteranya sebagai penjahat.



(Hidayatullah.com)

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja




Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com


0 ulasan: