Sabtu, 29 September 2012

Makluman Program Korban dan Aqiqah 1433 & Download Borang

 
 
 
29 September 2012
Kepada
Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Program Korban / Aqiqah dan Sambutan Idul Adha  1433H
Perkara di atas adalah dirujuk
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Raya Idul Adha pada tahun ini dijangka jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012. InsyaAllah tahun ini pihak Surau Ad Diniyyah bercadang untuk menguruskan 5 ekor lembu korban / aqiqah. Tuan – tuan dan puan – puan yang berminat untuk melakukan ibadah korban atau aqiqah bolehlah mengisi borang yang dilampirkan mulai sekarang.
 
3.  Bayaran yang dikenakan untuk satu bahagian lembu ialah sebanyak RM400.00 dan bayaran serta borang penyertaan korban / aqiqah boleh diserahkan kepada Pengerusi Surau Ad Diniyyah atau kepada Bendahari Surau Ad Diniyyah, Tuan Haji Sapuan Bin Daman (013-3320300).
Sekian Terima kasih
 
 




 

0 ulasan: