Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Sabtu, 6 Ogos 2011

Haron Din dibenar keluar IJN


KUALA LUMPUR, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang telah dirawat beberapa hari di hospital kerana mengalami masalah jantung, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurutnya, selama ditahan di wad unit rawatan rapi (CCU) IJN, beliau telah melalui tiga prosedur rawatan iaitu angiogram, ultrasound angiogram dan MRI. Katanya, berdasarkan laporan pemeriksaan, beliau masih berada di bawah penelitian doktor dan beliau dibenarkan pulang untuk berehat serta akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN.

"Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari," jelas beliau dalam laman facebooknya semalam dan turut dimuat naik dalam facebook Darussyifa', hari ini. Menurut beliau, pulang dari IJN dan berehat di rumah, beliau sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa’ serta membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa’.

"Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan dan puan-puan."Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya," katanya ringkas sebaik pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor yang merawatnya.

Dalam laman facebook terutama facebook kepunyaan Darussyifa', orang ramai tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar beliau segera sembuh serta pulih seperti biasa.

Kemasukan beliau ke hospital, khususnya IJN, mencemaskan orang ramai, sehingga menyebabkan pelbagai pihak tidak putus-putus bertanya mengenai keadaan terkininya.

Takziah En. Amirdin 2A/5, dan Pak Hashim 2A/1


SK merakamkan ucapan takziah dia atas 2 kematian dalam minggu ini. Bapa kepada mantan siak Surau Ad Diniyyah yang meninggal 3 malam lepas dan ibu kepada En. Amirdin yang meninggal awal pagi tadi jam 2.00 pagi.

Jenazah ibu En. Amirdin akan dikebumikan pagi ini di Melaka.

Takziah moga kedua mereka mendapat rahmat di sisi Allah. Lebih - lebih lagi kedua - dua mereka kembali ke rahmatullah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Al Fatihah

Download tazkirah Ustaz Ahmad Awang di sini



Tazkirah santai bersama Ustaz Ahmad Awang sebentar tadi. Tazkirah berkisar tentang peristiwa - peristiwa yang berlaku dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Klik sini untuk download Tazkirah Ustaz Ahmad Awang.

Dengar secara online pun boleh

Jumaat, 5 Ogos 2011

Meriahkan pesta Tazkirah Ramadhan - Malam ini Tazkirah ustaz ahmad Awang



Meriahkan malam ini dengan pesta tazkirah. Jemput datang ke surau. Malam ini giliran Ustaz Ahmad Awang. Untuk makluman semua, Ustaz Ahmad awang mengajar tetap secara bulanan di surau ini. Kuliah Bulanan beliau ialah pada setiap hari Rabu minggu ke 2. 

Kenali Ustaz Ahmad Awang di sini

Hukum berzikir dan selawat di celah Solat Tarawikh

Meriahkan Ramadhan ini!! Jamuan berbuka Puasa - Sabtu dan Ahad ini -

Jemput datang - Kambing disediakan 

AJK surau Ad Diniyyah membuka peluang dan ruang untuk para jemaah bersama - sama memeriahkan Ramadhan ini dengan menganjurkan Majlis berbuka Puasa (Iftar Jamaie). Alhamdulillah atas sokongan padu dan para jemaah jamuan tersebut insyaallah akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini.6 dan 7 Ogos 2011.

Smart Puasa.  Melipatganda pahala puasa dengan menyahut saranan Rasulullah dalam hadith ini.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya,i "Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi)

Ingin menaja majlis buka puasa di hari yang lain? hubungi 013-2791608.




Download Tazkirah Ustaz Hamzah Ngah di sini



Maaf kerana terlewat memuatnaik tazkirah Ustaz Hamzah Ngah ini. Terdapat seikit masalah teknikal. Tazkirah Ustaz Hamzah Ngah ialah tazkirah untuk malam kedua Ramadhan yang lalu.

Klik di sini untuk download tazkirah Ustaz hamzah Ngah

Anda juga boleh mendengar Tazkirah Ustaz Hamzah Ngah secara online di sini,


Download Tazkirah Ustaz Wan Azhar di sini



Salam ceria pagi Ramadhan

Malam tadi tazkirah Ustaz Wan Azhar dari Trengganu di surau Ad Diniyyah. Anda yang tak berkesempatan hadir jangan susah hati kerana masih boleh muat turun tazkirah di sini.

Klik sini untuk download Tazkirah Ustaz Wan Azhar

Khamis, 4 Ogos 2011

Tazkirah malam ini!!! Lagi hangat - Ustaz Wan Azhar dari Ganu

Ustaz Wan Azhar

Meriahkan malam - malam Ramadhan anda dengan Tazkirah bermanfaat. Jemput hadir ke surau malam ini ye!. malam ini giliran Ustaz wan Azhar dari Negeri Trengganu Darul Iman.

SK: Tahniah haji Zulkifli telah pun selamat tiba di KLIA jam 8.00 malam tadi. Selamat Pulang Pahlawan Gaza!!

Pesta Ramadhan - Edaran juadah percuma petang ini.



Makluman setempat.

Lajnah Muslimat Ad Diniyyah akan mengedarkan juadah berbuka puasa secara percuma petang ini. Ini adalah program tahunan yang sangat meriah. Edar makan percuma!!.Penduduk setaman bolehlah datang ke padang permainan mulai jam 6.00 petang ini.

Edaran juadah berbuka secara percuma ini akan dibuat 4 kali seminggu. Iaitu pada setiap hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad. Jemput datang ambil juadah. Semuanya FREE!!

Sila datang ramai - ramai makan free

Yang capik datang bertongkat
yang lumpuh datang bertandu
yang buta datang berpimpin
yang pekak leka bertanya
yang pendek tinjau meninjau

yang korap mengekor angin.
si pekak pembakar meriam

si buta pengembus lesung
si lumpuh penghalau ayam
si capik jadi penanggah
si korap pemikul buluh

Pesta Ramadhan sungguh meriah. Anda ingin menyumbang utk program ini?? Sila hubungi SK.