Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Sabtu, 1 Mei 2010

Buku Resit Pembinaan Surau dilupuskan



AJK mengambil kesempatan pada hari ini untuk melupuskan semua buku - buku resit yang berkaitan dengan pembinaan surau. Tugasan melupus ini telah diamanahkan kepada juruaudit surau. Ni kira gambar bukti la ni.



Gambar Juruaudit sedang tersenyum melupuskan resit.


antara buku resit yang dilupuskan




Ni pula ialah gambarjuruaudit yang sempat dirakam sebelum kerusinya patah.

Saksikan blog pembinaan Ad Diniyyah di http://www.addiniyyah.blogspot.com

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Gotong Royong Berjaya

 
Sarapan dulu ... apa tengok tengok?
 
Alhamdulillah program gotong royong pagi ini berjalan dengan lancar dan teratur. Terimakasih kepada semua yang terlibat. Berikut adalah sebahagian rakaman untuk tatapan semua.Semoga Allah memberkati Anda..
 
 
 
 
Ruang solat dibersihkan.


Sapu kasi bersih

Ops! Bersih Pejabat. Pejabat dah bersih dah...
 
Nabil ambil bahagian menjimatkan air.
 
Muslimat tolong buat sarapan

 
Projek Recycle Jualan Barangan terpakai mendapat sambutan. Surat khabar lama, barangan plastik, besi dan barangan elektrik seperti TV terpakai pun boleh dikitar semula. Untuk dapat pahala lebih anda boleh bawa TV 49 inci  ke sini.
 
Rumput dah panjang

ada banyak lagi gambar - gambar yang belum sempat di upload... nanti senang 2 SK masukkan la yer.... Salammm

Rabu, 28 April 2010

Percaya kepada Malaikat!!


RUKUN iman yang kedua ialah percaya kepada malaikat. Setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah wajib mempercayai adanya malaikat yang juga makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya.

Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah S.W.T yang tahu. Namun, berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan makhluk lain.

Ia berakal, boleh berkata-kata dan mampu bergerak ke satu jarak yang jauh dalam masa singkat. Kewujudan malaikat semata-mata untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah SWT. Malaikat tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih. Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah SWT saja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.

  1. JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.
  2.  MIKAIL: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.
  3. ISRAFIL: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.
  4. IZRAIL: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.
  5. MUNKAR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  6. NAKIR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.
  7. RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.
  8. ATID: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.
  9. RIDHWAN: Penjaga syurga.
  10. MALIK: Penjaga neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 66: “Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka membuat apa jua perintah oleh-Nya.”








Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam Digital Berbentuk Kuku

Jam digital berbentuk kuku yang permukaannya diperbuat daripada bahan lut sinar ini, boleh terus ditempel pada kuku anda. Warna angka pada permukaan jam ini boleh disesuaikan. Malahan, dalam keadaan gelap, angka itu juga boleh diterangi untuk memudahkan anda melihat waktu. Apabila terasa tidak mahu menggunakannya, anda boleh memadamkan terus angka itu pada bila-bila masa.


K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selasa, 27 April 2010

Awas! Penipuan Kad Kredit

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya. Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:
 
Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000. Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.
 
Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa - apa barang. Kad kredit ada pada saya.
 
Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.
 
Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.
 
Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.
 
Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?
 
Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.
 
Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.
 
Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya (Penjenayah 2 dari Bank Negara). Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa - apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak - agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata - mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :
  • Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang - terang penipuan.
  • Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba - tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.
  • Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.
  • Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.
  • Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon
  • Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana - mana pihak.
  • Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula.


Isnin, 26 April 2010

Petua Mendapat Rahmat!!!

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib r.a., bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda,"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(Tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.,bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Selepas 30 hari beroperasi


Selepas lebih kurang 30 hari blog ni beroperasi, blog ini telah dilawati oleh pengunjung dari negara - negara berikut. Tanda merah pada peta ini adalah tanda di mana IP pengguna di kesan melayari blog ini. Teknologi mengesan ini menggunakan teknologi clutrmaps.com.

Terimakasih kepada anda kerana memberi sokongan mengikuti perkembangan blog ini.


Jumaat, 23 April 2010

Peraturan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah







GARIS PANDUAN pelajar
 PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH (PTA) 2018


A-     PAKAIAN PELAJAR PTA

Pakaian Waktu pengajian

1.      Pelajar dikehendaki memakai pakaian kemas iaitu berjubah putih dan berserban pada setiap hari belajar dan sewaktu kuliah Maghrib
2.      Pelajar mesti memiliki sekurang – kurangnya 2 helai jubah rasmi berwarna putih berlogo dan mempunyai tag nama
3.      Pelajar tidak dibenarkan memakai T-shirt atau apa - apa jenis pakaian selain yang dibenarkan.

Pakaian Luar waktu pengajian

1.       Pelajar dikehendaki memakai pakaian kemas berkopiah (kopiah putih merah) dan pakaian  yang menutup aurat.
2.       Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans, seluar pendek, pakaian yang tertera gambar yang tidak layak sebagai seorang pelajar tahfiz
3.       Dilarang memakai pakaian yang membuka aurat.

B-     ASRAMA

1.       Kebersihan di luar dan di dalam asrama adalah tanggungjawab bersama.
2.       Katil hendaklah sentiasa kemas bercadar putih / biru cair
3.       Pelajar hendaklah menyimpan buku - buku dan pakaian pada tempat yang disediakan.
4.       Kebersihan dan kekemasan bilik asrama hendaklah dipastikan sebelum keluar dari bilik asrama.
5.       Para pelajar hendaklah mengikut giliran membersih untuk setiap pagi / petang.
6.       Pelajar tidak dibenarkan makan di dalam asrama.
7.       Pelajar tidak dibenarkan membawa air yang manis di dalam asrama. (Kecuali botol air mineral). Air panas dan sejuk sentiasa disediakan di aras bawah asrama
8.       Pelajar dilarang membuat perlakuan sumbang, bising, bermain sehingga mengganggu ketenteraman di dalam asrama.
9.       Pelajar tidak dibenarkan membawa barangan terlarang seperti HP, seluar jeans, baju bergambar, barangan berunsur lucah, komik, barangan eletronik, rokok dan sebagainya.
10.   Segala kelengkapan di dalam asrama hendaklah diguna dan dijaga dengan baik.
11.   Kerosakan yang dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti olehnya samada dalam bentuk barang atau wang.
12.   Pelajar dikehendaki tidur pada jam 10.30 malam dan bangun selewat - lewatnya jam 5.00 Pagi
13.   Pelajar dilarang keras bermain di tembok koridor asrama dan koridor luar tingkap dibelakang asrama.

C-     PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR DAN GURU

1.       Perhimpunan mingguan hendaklah diadakan pada setiap pagi hari Isnin.
2.       Perhimpunan hendaklah didahului dengan bacaan Asmaul Husna.
3.       Guru hendaklah  menyampaikan amanat mingguan dan sentiasa mengingatkan pelajar tentang peraturan di PTA.

D-     BILIK AIR / TANDAS

1.       Pelajar dilarang meninggalkan pakaian, tuala, baldi, ubat gigi, syampu, sabun atau barang persendirian di dalam bilik mandi / tempat wudhuk / sinki tempat wudhuk / kawasan mesin basuh.
2.       Pelajar mestilah membersihkan bilik air / tandas mengikut giliran.
E-      KELAS PENGAJIAN

1.       Pelajar hendaklah bangun dari tidur pada jam 5.00 pagi melakukan solat tahajjud dan melancarkan bacaan saba’.
2.       Kebersihan dalam bilik kelas adalah tanggungjawab bersama.
3.       Pelajar hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih samada sebelum atau selepas pengajian.
4.       Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman yang dibeli ke dalam kelas.
5.       Pelajar dilarang membuat perlakuan sumbang, bising dan bermain di dalam kelas.
6.       Segala kelengkapan di dalam kelas hendaklah diguna dengan baik.
7.       Kerosakan yang dilakukan pelajar hendaklah di ganti olehnya samada dalam bentuk barang atau wang.
8.       Al - Quran yang telah dibaca hendaklah disimpan di tempat yang sesuai dan di rak yang disediakan.
9.       Suis - sius elektrik hendaklah dimatikan selepas digunakan.
10.   Pelajar mesti berada didalam kelas pada waktu ditetapkan.
11.   Sesi pengajian adalah seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual. Pihak PTA berhak mengubah jadual harian pelajar jika difikirkan perlu.
12.   Para pelajar di larang membuli antara satu sama lain. Hukuman keras terhadap pembuli.
13.   Pelajar mesti menghadiri kuliah pada waktu yang dijadualkan oleh guru, pelajar yang sakit dikecualikan menghadiri kuliah dengan mengemukakan surat sakit doktor.

F-      UJIAN TAHAP PENCAPAIAN

1.       Ujian tahap pencapaian pelajar akan diadakan 3 kali setahun. Iaitu pada bulan April, Ogos Dan November.
2.       Guru akan  menyediakan laporan pencapaian pelajar kepada AJK selewat – lewatnya seminggu selepas ujian selesai diadakan.
3.       Salinan keputusan Ujian akan diberi kepada semua Ibu bapa pelajar.

G-     BILIK MAKAN

1.       Semua pelajar hendaklah makan secara berjamaah pada setiap masa yang telah ditetapkan.
2.       pelajar hendaklah membasuh dan menyusun kembali pinggan atau dulang yang telah digunakan.
3.       Pelajar dilarang makan bersendirian atau berkumpulan di dalam asrama, kelas pengajian dan surau.
4.       Ibubapa atau penjaga yang melawat anak / jagaan hendaklah makan di dewan makan.
5.       Pelajar mesti menyapu bersih lantai, meja dan dapur dewan makan setiap hari selepas makan mengikut giliran.

H-     SURAU

1.       Pelajar hendaklah menyusun semua meja mengaji, kitab dan sejadah selepas mengaji dan solat.
2.       Pelajar mesti melakukan solat fardu secara berjamaah. Solat sunat rawatib / dhuha / witir / qiamullail adalah dimestikan kepada semua pelajar
3.       Pelajar hendaklah menjaga kebersihan surau mengikut giliran dan memastikan surau sentiasa di dalam keadaan bersih.
4.       Pelajar hendaklah memastikan suis lampu, kipas sentiasa di tutup selepas mengaji dan solat.
5.       Menjaga tata tertib di dalam surau, tidak membuat bising dan tidur di dalam surau.
6.       Pelajar akan digilirkan untuk memimpin solat jemaah dan azan sebagai praktikal bermasyarakat

I-        KELAS AKADEMIK / KELAS FARDHU AIN / KULIAH MAGHRIB

1.      Pelajar wajib menghadiri kelas akademik yang telah ditetapkan 2 kali seminggu.
2.      Guru akademik akan menyediakan laporan pencapaian akademik pelajar 3 kali setahun.
3.      Guru akan mengatur ujian secara sistematik pada bulan April, Ogos , dan November.
4.      Pelajar perlu menghadiri semua kelas Pengajian Kitab Fardhu ain dan kuliah Maghrib


J-       RIADAH

1.      Pihak PTA menyediakan kemudahan 1 set meja ping pong, utk riadhah. Pelajar dibenarkan membawa raket badminton / ping pong. Ruang ground floor hanya sesuai utk bermain badminton dan ping pong sahaja. Permainan bola sepak adalah dilarang di ground floor.
2.      Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan sepertimana yang termaktub dalam peraturan menutup aurat.
3.      Pelajar tidak dibenarkan bermain ketika hujan.
4.      Alatan sukan hendaklah digunakan dengan baik dan dikembalikan ke tempat asal.
5.      Kerosakan alatan / kemudahan surau atau hilang adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
6.      Pihak AJK berhak mengatur aktiviti sukan / riadhah pelajar PTA.

K-     KELUAR KE KEDAI DAN PERGERAKAN DALAM TAMAN

1.      Pelajar hanya dibenarkan keluar dari kawasan taman perumahan untuk ke kedai membeli keperluan hanya 2 kali seminggu. Iatu pada jam 5.00 – 6.00 Petang setiap hari Khamis sahaja.
2.      Makanan ringan / jajan tidak dibenarkan kerana boleh merosakkan hafazan
3.      Pelajar ditegah makan sambil berjalan ketika keluar membeli.
4.      Pelajar dilarang membuat bising / berakhlak buruk ketika berada di kawasan taman perumahan.
5.      Pelajar dilarang berhimpun di tempat – tempat terlindung di dalam kawasan taman perumahan.
6.      Pelajar tidak dibenar sama sekali memasuki mana – mana rumah di kawasan perumahan melainkan diatas jemputan rasmi pihak tuan rumah
7.      Pelajar diwajibkan berpakaian kemas setiap kali keluar ke kedai dan pergerakan dalam taman

L-      KELUAR KE MASJID UNTUK SOLAT JUMAAT

1.      Pelajar akan bergerak ke masjid Kampung Bendahara untuk menunaikan solat Jumaat. Pelajar hendaklah berjalan dalam kumpulan utk ke masjid pada setiap hari Jumaat selewat – lewatnya 30 minit sebelum masuk waktu zohor.
2.       Pelajar diwajibkan solat sunat Tahiyatul Masjid ketika memasuki Masjid dan solat sunat Ba’diah selepas Solat Jumaat.
3.      Pelajar dilarang keras bermain dan bergelak ketawa ketika di masjid.
4.      Pelajar dikehendaki berjalan pulang secara berkumpulan selepas selesai solat Jumaat.

M-   JEMPUTAN KENDURI

1.      PTA hanya akan membenarkan pelajar keluar untuk menghadiri jemputan  kenduri tahlil arwah / doa selamat (jemputan luar kawasan)  pada setiap hari Sabtu sahaja.
2.      Kebenaran menghadiri jemputan tahlil / doa selamat dalam kawasan taman adalah atas budi bicara AJK PTA.
3.      Pelajar mestilah berpakaian rasmi , baju raihan atau jubah dan serban lengkap ketika menghadiri jemputan.
4.      Pelajar perlu mengetahui adab – adab ziarah dan menghadiri jemputan kenduri.


N-     MENYERTAI PERTANDINGAN / MUSABAQAH

1.       Pihak PTA berhak menghantar pelajar memasuki pertandingan / musabaqah yang difikirkan sesuai oleh pihak PTA
2.       Ibu bapa akan dimaklumakan jika penyertaan luar negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

O-    CUTI / KELUAR ASRAMA

1.       Pelajar hendaklah mematuhi tempoh cuti yang diberikan.
2.       Pelajar hanya dibenarkan pulang selepas waktu asar sehari sebelum cuti bermula dan kembali ke asrama sebelum jam 6 petang pada tarikh akhir cuti.
3.       Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi pelajar setiap kali keluar/ pulang dan kembali ke asrama.
4.       Dilarang membawa barang larangan ketika kembali ke asrama.
5.       Pelajar hanya dibenarkan keluar asrama setelah mendapat izin warden / guru dan menulis nama dalam buku catatan keluar masuk pelajar.
6.       Pelepasan keluar asrama bersama ibu bapa hanya dibenarkan pada hari sabtu minggu mulai jam 8.00 am – 6.00 pm
7.       Pelajar tidak dibenarkan menghadiri majlis kenduri kecuali dengan izin warden / guru.
8.       Pelajar hanya boleh keluar dengan ibubapa / penjaga.

P-     IBUBAPA / PENJAGA / YURAN

1.       Ibubapa  /  penjaga tidak dibenarkan untuk naik ke asrama pelajar kecuali dengan keizinan pihak AJK.
2.       Ibubapa dibenarkan membawa keluar anak mereka pada Sabtu minggu kedua mulai jam 8.00 pagi – 6.00 petang
3.       Ibu bapa perlu menjelaskan bayaran  yuran di awal bulan sebelum 7 haribulan setiap bulan
4.       Yuran Pendaftaran yang dikenakan berjumlah RM200 sahaja. Manakala Yuran Bulanan berjumlah RM380.00
5.       Ibu bapa yang gagal membayar yuran 3 bulan berturut – turut akan diberi notis. Pihak PTA berhak memberhentikan pelajar jika ibu bapa gagal membuat bayaran yang dalam tempoh yang ditetapkan.
6.       PTA tidak beroperasi untuk mencari keuntungan kewangan. Kos keseluruhan yuran masih tidak mampu menampung kos operasi PTA. Ibu bapa diminta komited untuk membuat bayaran yuran bulanan sebagi tanda sokongan.

Q-    HAL EHWAL KESIHATAN PELAJAR

1.       Tanggungjawab pengurusan kesihatan diri setiap pelajar dipantau oleh guru sepanjang masa.
2.       Apabila berlaku masalah kesihatan kepada pelajar, PTA akan menguruskan rawatan di klinik kesihatan berdekatan dengan prosuder mendahulukan segala kos rawatan dan ubatan, kos sebenar akan ditanggung oleh pihak ibubapa pelajar. Resit kos rawatan akan diserahkan kepada ibu bapa.




R. HAD HUKUM BAGI SALAH LAKU  PELAJAR PUSAT TAHFIZ AD- DINIYYAH

BIL
JENIS KESALAHAN
HUKUMAN YANG DIKENAKAN
1
Membawa, menonton VCD lucah atau bahan-bahan yang berunsur lucah
DIBERHENTI
2
Membawa, menjual dan menghisap rokok
DIBERHENTI
3
Mencuri atau mengambil secara paksa
DIBERHENTI
4
Menimbul atau melakukan pergaduhan / mencederakan / mendera fizikal dan emosi
DIBERHENTI
5
Lari dari asrama / pulang ke asrama lewat dari masa yang ditentukan
ROTAN
6
Berambut panjang atau membuat fesyen rambut yang di larang
BOTAK
7
Tidak menghadiri pengajian tanpa sebab yang munasabah
ROTAN
8
Keluar dari pusat tahfiz tanpa izin
ROTAN
9
Berkelakuan tidak senonoh di dalam atau diluar PTA
ROTAN
10
Mengingkari atau tidak menghormati arahan guru
ROTAN
11
Lalai atau tidak menunaikan solat
ROTAN
12
Membawa atau memakai pakaian yang dilarang seperti jeans, pakaian ketat atau mempunyai gambar yang tidak senonoh, telefon bimbit dan komik
DIRAMPAS DAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN

13
Merosak atau menyalah gunakan harta benda tahfiz
DIGANTI SEMULA

NOTA PENTING

1.       Semua kesalahan diatas dijalankan setelah diberi amaran kepada pelajar berkenaan.
2.       Bagi 4 kesalahan teratas hukuman akan dilaksanakan setelah diadakan pertemuan dengan ibubapa atau penjaga.
3.       Bagi kesalahan selain dari 4 teratas pihak guru atau pentadbir boleh mengenakan tindakan yang setaraf dari apa yang tertulis jika difikirkan perlu.
4.       Rotan akan dilakukan dari paras pinggang dan kebawah bagi tujuan mendidik, bukannya untuk mendera.

S. SENARAI BARANG YANG PERLU DI BAWA KE ASRAMA
1.       Jubah Putih sekurang kurangnya 2 helai
2.       Jubah hitam sekurang kurangnya 2 helai
3.       Kopiah putih kepala merah sekurang kurangnya 2
4.       Serban putih sekurang kurangnya 2 helai
5.       Stoking sekurang kurangnya 2 helai
6.       T-Shirt (tanpa gambar) sekurang kurangnya 2 helai
7.       Kain Pelekat sekurang kurangnya 2 helai
8.       Seluar panjang sekurang kurangnya 2 helai
9.       Seluar sukan
10.   Kasut utk bersukan
11.   Pakaian dalam
12.   Kain basahan
13.   Peralatan mandian
14.   Peralatan membasuh pakaian (Mesin basuh automatic disediakan)
15.   Hanger & penyepit pakaian
16.   Cadar & sarung bantal (BIRU CAIR / BIRU MUDA)
17.   Selipar getah
18.   Bekalan Ubat
19.   Kunci / manga locker

T. SENARAI BARANG YANG TIDAK PERLU DI BAWA KE ASRAMA

1.     BAHAN / ALAT Semua peralatan elektrik (radio, perakam kaset, vcd, televisyen, cerek air, peti sejuk), telefon bimbit, laptop, sebarang senjata tajam adalah DILARANG membawa, menyimpan atau menggunakannya.
2.     PAKAIAN Seluar jeans, pakaian yang bergambar, baju berwarna hitam (kecuali jubah) dan sebarang pakaian yang mendedahkan aurat dan mempunyai gambar, imej dan tulisan adalah DILARANG membawa, memakai atau menyimpannya.
3.     BAHAN BACAAN Novel, komik, majalah dan sebarang hasil penulisan yang melalaikan dan menyalahi syariat adalah DILARANG membawa, menyimpan atau membacanya.




K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A