Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 3 Mei 2012

Semak arah kiblat 28 Mei 2012


Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul - betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Jemput makan kambing! Ceramah disediakan




Kari kambing Pak Hashim yang lazat

Berita gembira! Jemput ke surau makan kambing pada

Tarikh : 06 Mei 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah disediakan . (lihat jadual)

Download Jadual Kuliah Bulan Mei 2012

Ilmu Suluh hidup!!

Semua kuliah / Ceramah / Program di bawah diadakan di

Tempat : Klik sini untuk lihat lokasi
Surau dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, No 62 Jalan 2A/5, Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Jalan Sg Tua, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Terbuka untuk semua tiada bayaran dikenakan, semua dijemput hadir dan hebahkan.

Insya Allah, jadual ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya. Rajin - rajinlah melayari blog ini.

03.05.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
03.05.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
04.05.12 - Jumaat - Ustaz Zaki Madzar Atham (Kitab Unwanul Falah)
05.05.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
05.05.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
05.05.12 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah ( Hadith 40)
06.05.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
06.05.12 - Ahad 2.00 Ptg.- Ustaz Zaki Madzar Atham Hidayah As Sibyan
06.05.12 - Ahad - Ustaz Dr. Shafie Mohd Amin Al Muqri' (JEMPUTAN KHAS)
08.05.12 - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyah Durus Wa I'bar)
09.05.12 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Kitab Al Islam
10.05.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah
12.05.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
12.05.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
13.05.12 - Ahad 9.00 Pagi - Ustaz Mustafa Desa (PENGAJIAN ALA PONDOK)
14.05.12 - Ahad - Ustaz Zaki Madzar Atham - Hidayatus Sibyan (Selepas Solat Zohor)
16.05.12 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
17.05.12 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah (Kitab Bimbingan Mukminin)
17.05.12- Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
19.05.12 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
19.05.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
19.05.12 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Kitab Riyadus Solihin
24.05.12 - Khamis - Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah selepas solat Isyak
25.05.12 - Jumaat - Ustaz Sobri Mat - (Pendidikan anak - anak Dalam Islam)
26.05.12 - Sabtu - Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab pilihan)
26.05.12 - Sabtu 9.00 Pagi - Ustazah Salehah Kuliah Fardhu Ain Muslimat
27.05.12 - Ahad Kuliah Subuh - Ustaz Mustafa Desa
27.05.12 - Ahad - Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh (Sirah Nabawiyyah Durus Wa I'bar)



Ahad, 29 April 2012

Azan di gereja Manhattan


Azan yg dilaungkan oleh Abdelwahab Ben Youcef di Gereja Marble Collegiatedi kawasan Manhattan, New York. Suara azan yg dikumandangkan oleh anggota jemaah Marble Collegiate Church itu merupakan salah satu acara awal ketika berlangsungnya dialog segi tiga agama dalam kalangan penganut agama Islam, Kristian & Yahudi di New York



 
 

Khamis, 26 April 2012

Tahniah! 6 pelajar Tahfiz Ad Diniyyah menerima hadiah galakan

Jom bersama kami menyemai benih untuk dituai!
Sukacita dimaklumkan bahawa 6 pelajar tahfiz Ad Diniyyah telah dipilih untuk menerima insentif hadiah galakan berupa wang tunai sebanyak RM150.00 seorang setiap bulan selama satu tahun. Sumbangan ini adalah dari individu yang enggan dikenali. Semoga Allah memberkati penyumbang tersebut. Jazahullah khair!

Enam pelajar tersebut ialah
Husni

Fahmi
Aqil
Suhaizad
Amru
Harraz

Yuran Bulanan pelajar ini akan dikurangkan sebanyak RM150.00 mulai Mei 2012 ini sehingga April 2013. Tahniah.

Ingin bersama kami menyemai benih?? Hubungi 013-2791608. Anda infaq kami uruskan. Insyallah

Rabu, 25 April 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 29 April 2012


Selasa, 24 April 2012

Kembali ke Agama Fitrah!



Kembali kepada agama Islam! Islam agama fitrah. Islam kini semakin subur di seluruh dunia

Letupan kuat Meteor di Nevada dan California


CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua - dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna - warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.


Rakaman CCTV

Isnin, 16 April 2012

Menziarahi Ustaz Azhari di Pusrawi


Ustaz Azhari kini di Pusrawi. Wad Al Aman
Bilik 15


Selepas ziarah ustaz, boleh pekena roti arab yang besar ni.
Roti besar ni kalau pekena dengan mughalghal memang menyandar.


Rasai rasa teh sebenar Syai binna'na'

Ahad, 15 April 2012

Kubur 1 Malaysia?


Mohon penjelasan dari pihak berwajib kawasan berkenaan. Benarkah ini tanah perkuburan 1 Malaysia seperti yang didakwa dalam video di atas?