Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Selasa, 14 Februari 2012

Azhar Idrus - Valentine Day


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat www.e-fatwa.gov.my, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.

Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.

Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.

Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.

PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.

“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya.

Isnin, 13 Februari 2012

Rasulullah! Kalaulah Engkau bersama kami......


Salam Maulidur Rasul!


 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ahad, 12 Februari 2012

Awan membentuk tulisan Muhammad di Karachi!!



Kita masih berada di bulan Rabiul Awwal. Bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. Berikut adalah video yang pernah tersebar sekitar tahun 2009 yang lalu. Seorang ulama, Dr Tahir Al Qadri sedang menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul di bandar Karachi. Ketika ulama tersebut sedang mengeja nama nabi Muhammad SAW, takdir Allah kelihatan di langit gumpulan awan membentuk tulisan "Muhammad".  

Samaada video ini benar atau tidak, bukanlah menjadi isu. Yang penting sebagai orang islam kita tetap wajib beriman dengan Allah dan RasulNYA.

Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW di bulan mulia ini.


Dr Tahir Al Qadri
Wallahu a'lam.







Jumaat, 10 Februari 2012

Subhanallah!! Rakaman Aurora Borealis dari satelite.


IMEJ yang dirakamkan angkasawan yang menunjukkan cahaya aurora pada 25 Januari lalu.


FLORIDA - Satu cahaya hijau yang dikenali sebagai Aurora Borealis dirakamkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 25 Januari lalu. Imej itu dirakamkan dekat sempadan British Columbia dan negeri Washington berhampiran Pulau Vancouver di selatan Alberta berhampiran Calgary.
Cahaya itu terjadi akibat perlanggaran partikel yang telah dicaj. - Agensi



Rakaman Aurora Borealis dari bumi klik sini 


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Ikan Yu Gergasi di Karachi


DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.



KARACHI - Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap pada Selasa lalu oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

"Saya telah membeli ikan itu yang pada kebiasaannya tidak mempunyai kepentingan nilai komersial, dengan bantuan rakan-rakan saya hanya untuk menghargai usaha-usaha para nelayan yang sepatutnya mendapat sedikit ganjaran selepas menghabiskan masa satu hari di laut terbuka," kata Qasim seperti dilaporkan akhbar Pakistan Dawn.

Menurut akhbar The Express Tribune semalam, orang dewasa yang ingin melihat ikan yang dianggarkan seberat 7,013 kilogram dan sepanjang 12.19 meter itu dikenakan bayaran manakala kanak-kanak dibenarkan melihatnya dengan percuma.
 
Ketika ditanya kenapa ikan tersebut masih berdarah, Qasim berkata, ia menunjukkan haiwan tersebut masih berada dalam keadaan segar. Pemilik sebuah kapal nelayan, Muhammad Yousuf menyatakan kepada akhbar The Express Tribune bahawa para pekerjanya menemui ikan tersebut yang telah mati di laut sebelum ia dibawa ke pelabuhan di sini.

Ribuan orang telah menyaksikan ikan itu selepas dua buah kren digunakan untuk mengangkatnya di pelabuhan pada Selasa lalu. - Agensi
 
 

 





Selasa, 7 Februari 2012

Microsoft pada tahun 2019



Masih banyak ilmu Allah S.W.T belum dapat dibongkar oleh manusia. Mahasuci Allah yang menjadikan otak manusia. Moga Allah buka gedung ilmuNya kepada kita untuk dimanfaatkan ke jalanNya.


Video 10 Perkembangan teknologi terkini

Geng Tak Solat - Ustaz Azhar Idrus

Isnin, 6 Februari 2012

Gempa di kepulauan Negros Filipina




KUALA LUMPUR 6 Feb. – Gempa bumi sederhana dengan magnitud 6.5 pada skala Richter melanda Pulau Negros di Filipina pada 6.10 petang ini.


Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menyebut gempa itu berpusat di 16km timur laut Pulau Negros di Filipina dan 708km timur laut Sandakan, Sabah.

Tiada ancaman tsunami direkodkan. – BERNAMA







Download Borang Badan Khairat Kematian di sini

Keahlian Badan Khairat sudah tamat tempoh!!!


PERHATIAN!!
Kepada semua penduduk Taman Bandar Baru Selayang fasa 2A, Batu Caves

Sila kemaskini maklumat badan khairat kematian anda

(Pelan perlindungan 20 Februari 2012 – 20 Februari 2013)
  • Perlindungan sehingga RM6,000 untuk ahli yang berumur 64 tahun dan ke bawah yang meninggal dunia.
  • Perlindungan sehingga RM1,000 untuk ahli yang berumur 65 tahun ke atas
  • Perlindungan sehingga RM1,000 untuk pasangan ahli yang meninggal dunia
  • Perlindungan sehingga RM500.00 untuk anak ahli yang meninggal dunia
  • Anak – anak yang sudah berkahwin tidak di bawah tanggungan ibu bapa
  • Suami isteri digalakkan menjadi ahli
  • Semua ahli (lama dan baru) diminta kemaskini semua maklumat yang diperlukan .Sila sertakan salinan kad pengenalan ahli / pasangan / tanggungan. Salinan surat beranak untuk anak yang belum mempunyai kad pengenalan . 
PERHATIAN

(Sila serahkan borang ini bersama dokumen dan duit yuran yang diperlukan pada hari KHAMIS 09 Februari 2012 di surau Ad Diniyyah jam 8.00 – 10.30 Malam) .

Borang ini juga akan diedarkan ke dalam peti surat rumah masing masing sedikit masa lagi
Klik sini untuk download borang

Ahad, 5 Februari 2012

Ceramah Perdana Maulidur Rasul 1433 - Ustaz Yusaini Yahya



Jemputan ke Ceramah Perdana Bersama Ustaz Yusaini Yahya

Tempat : Surau / Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Tarikh : 16 Februari 2012
Hari : Khamis
Masa : Selepas Solat Maghrib
Semua dijemput hadir