Keahlian Badan Khairat sudah tamat tempoh!!!
PERHATIAN!!
Kepada semua penduduk Taman Bandar Baru Selayang fasa 2A, Batu Caves
Sila kemaskini maklumat badan khairat kematian anda
(Pelan perlindungan 20 Februari 2012 – 20 Februari 2013)
- Perlindungan sehingga RM6,000 untuk ahli yang berumur 64 tahun dan ke bawah yang meninggal dunia.
- Perlindungan sehingga RM1,000 untuk ahli yang berumur 65 tahun ke atas
- Perlindungan sehingga RM1,000 untuk pasangan ahli yang meninggal dunia
- Perlindungan sehingga RM500.00 untuk anak ahli yang meninggal dunia
- Anak – anak yang sudah berkahwin tidak di bawah tanggungan ibu bapa
- Suami isteri digalakkan menjadi ahli
- Semua ahli (lama dan baru) diminta kemaskini semua maklumat yang diperlukan .Sila sertakan salinan kad pengenalan ahli / pasangan / tanggungan. Salinan surat beranak untuk anak yang belum mempunyai kad pengenalan .
(Sila serahkan borang ini bersama dokumen dan duit yuran yang diperlukan pada hari KHAMIS 09 Februari 2012 di surau Ad Diniyyah jam 8.00 – 10.30 Malam) .
Borang ini juga akan diedarkan ke dalam peti surat rumah masing masing sedikit masa lagi
Klik sini untuk download borang
0 ulasan:
Catat Ulasan