PENYELIDIK New Zealand, Alan Jamieson
menunjukkan spesies udang gergasi yang ditemui pada kedalaman 7,000 meter.
HIDUPAN laut dalam adalah sangat pelik dan sukar dibayangkan. Ini termasuk timun laut lut cahaya yang mempunyai sesungut, cacing tiub pemakan sisa minyak dan sotong primitif yang mengepakkan sirip berbentuk telinga.
Minggu ini pula, sekumpulan saintis telah berjaya menemui haiwan krustasia seperti udang gergasi pada kedalaman tujuh kilometer (km) di perairan New Zealand dengan saiznya dianggarkan 10 kali ganda berbanding spesies berkaitan yang bersaiz normal.
Haiwan laut dalam yang tergolong dalam kumpulan kategori amphipod itu ditemui dalam satu ekspedisi menuju ke Kermadec Trench yang terletak di utara New Zealand oleh saintis dari Universiti Aberdeen dan Institut Penyelidikan Marin NIWA, Wellington. Haiwan amphipod biasanya membesar sehingga tiga sentimeter (sm).
“Penemuan ini membuktikan bahawa kita hanya tahu sedikit mengenai hidupan laut dalam di New Zealand,” jelas ketua saintis NIWA, Ashley Rowden. Lautan merupakan misteri alam yang belum diterokai sepenuhnya. Ia meliputi 70 peratus permukaan bumi dengan kapasiti 1.3 bilion kilometer padu air.
0 ulasan:
Catat Ulasan