Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 7 April 2011

Kerja - kerja membaiki pagar Pusat Tahfiz

Gambar - gambar baik pulih pagar rosak di bahagian belakang Pusat Tahfiz. SK sempat mencuri masa meninjau kerja - kerja membaik pulih pagar. Alhamdulillah pagar dah 90% siap.
Belakang Pusat Tahfiz - sebelum pagar didirikan
Kerja mengukur dijalankan

Longgokan sampah dibuang sesuka hati di belakang Pusat Tahfiz - Tiada kesedaran sivik.
Tiang besi pagar di pacak
Kawad hijau 8 kaki siap dipasang.


90% siap

ingin menyumbang klik sini

Selasa, 5 April 2011

Kisah Telaga Kautsar - Ustaz Azhar Idrus





 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja








Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Azam Kami - Melahirkan Al Hafiz yang berilmu



Mulai Ahad 10 April 2011 ini, semua pelajar Tahfiz diwajibkan mengikuti kelas Pengajian Kitab Ala Pondok bagi memantapkan lagi pengetahuan Fardhu Ain. Kelas akan dibimbing sepenuhnya oleh Al Fadhil Ustaz Zaki Madzar Attham (AJK Surau Ad Diniyyah).

Semua pelajar akan mengikuti pengajian Kitab Hidayah As Sibyan pada setiap hari Ahad Minggu ke 2 & 3 Jam 3.00 - 4.00 Petang.

SK sedang mengusahakan pembelian kitab. InsyaAllah


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 


















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW bersama Ustaz Khairi Anuar Salleh


Syeikkh Mustafa Siba'ie - Pengarang Kitab Sirah Nabawiyah Durus Wa I'brah

Insyaallah, kalau tiada aral melintang kelas pengajian Sirah Nabawiyah akan bemula di Surau Ad Diniyyah mulai minggu depan. Kuliah ini akan diadakan secara bulanan (setakat ini sekali sebulan ) pada setiap selasa Minggu kedua. Kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Khairi Anuar Bin Salleh.

Semua pelajar Tahfiz diwajibkan menghadiri kuliah ini. Kitab yang digunakan ialah Kitab Sirah Nabawiyah Durus Wal Ibrah oleh Syeikh Mustafa Siba'ie.

Insyallah SK akan mengusahakan pembelian kitab. Harga akan dimaklumkan kemudian

SK: Terimakasih kepada penyumbang pembelian barangan untuk kerja - kerja ubahsuai pintu belakang tahfiz

Isnin, 4 April 2011

Riadhah Bersama Anak - anak Tahfiz - Mencari pengganti Lee Chong Wei



SK sempat turun ke gelanggang badminton bersama anak - anak Tahfiz pada malam Ahad baru - baru ini. Sesi melepas perasaan, selepas berpenat jerih menghafaz ayat - ayat Al Quran. Seronok melihat anak - anak Tahfiz menunjuk skill masing masing. Tahniah Azam dan Fahmi. Ada bakat. Boleh jadi pemain Badminton Kebangsaan bertaraf Al Hafiz!!

Pengadil pun pegang raket hahahhaha!!

Ustaz tunjuk skill sebelum tewas bergaya di tangan Azam dan Fahmi... :)
 
S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Bina pagar di belakang Pusat Tahfiz


Pagar Kawad Hijau akan didirikan disini.
Ada individu yang sengaja membuang sampah ke kawasan Tahfiz dari sini

Hari ini kerja - kerja membina pagar di belakang Pusat Tahfiz bermula. Pagar setinggi 8 kaki ini di pasang untuk menghalang individu yang tidak bertanggungjawab yang sering membuang sampah ke dalam kawasan Pusat Tahfiz dan Surau.

Diharap dengan adanya pagar tinggi ini juga dapat menghalang asrama dari diceroboh .

Pagar kawad 50 kaki x 8 kaki

Ahad, 3 April 2011

Rod Nuklear perlukan masa 100 tahun untuk sejuk



TOKYO, Jepun - Seorang pakar nuklear memberi amaran pencemaran radiasi daripada loji nuklear Fukushima Daiichi akan berterusan kerana batang - batang bahan api nuklearnya mengambil masa hingga 100 tahun untuk sejuk, lapor sebuah akhbar semalam. Bekas anggota dasar keselamatan nuklear Britain, Dr. John Price berkata, tempoh itu diperlukan sebelum batang - batang nuklear itu sejuk dan selamat untuk dipindahkan.

"Cara sekarang (untuk menyejukkan batang - batang nuklear tersebut) iaitu menyemburkan air ke dalam reaktor - reaktor itu kurang berkesan, kerana air kembali mengalir keluar akibat kebocoran dan menyebabkan pencemaran radiasi terus berlaku.

"Perlu ada cara supaya air yang dipam itu kekal di dalam reaktor - reaktor nuklear tersebut," katanya.

Komen beliau disiarkan stesen televisyen Amerika Syarikat (AS), ABC semalam selepas seorang ibu kepada pekerja - pekerja kecemasan yang bergelut untuk menghalang batang - batang nuklear di loji Fukushima Daiichi daripada mencair berkata, mereka semua akan mati akibat kesan radio aktif dalam masa beberapa minggu lagi.

 
"Anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan rakan - rakan sekerjanya sanggup berkorban demi negara," kata kata ibu berusia 32 tahun itu dalam satu wawancara telefon dengan stesen televisyen Fox News. "Mereka sedar mereka akan mati dalam masa beberapa minggu lagi kerana radiasi kerana adalah mustahil untuk mengelakkan pancaran radiasi di dalam loji tersebut," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jepun dilapor bersedia menimbus reaktor - reaktor nuklear itu dengan mencurahkan bertan-tan bahan konkrit sebagai jalan terakhir bagi mengatasi krisis nuklear Fukushima Daiichi sekiranya usaha yang dilaksanakan sekarang gagal.Langkah itu dapat menghalang sinaran dan partikel radioaktif daripada tersebar.
Dalam pada itu, beribu - ribu mayat mangsa bencana gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu masih belum dipungut kerana mayat-mayat itu didapati dicemari tahap radiasi yang tinggi.
Setakat ini, 11,500 orang disahkan terkorban dengan 16,400 lagi masih hilang dan peluang untuk menemui mayat mereka amat tipis
.
Tiga minggu selepas bencana itu berlaku, sejumlah 260,000 kediaman di timur laut Jepun masih terputus bekalan air manakala 170,000 rumah lagi terpaksa bergelap. - Agensi


 sumber kosmo

Farihah Bt Zulikfli mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan

 Farihah Bt Zulkifli di TV1
15 Mac 2011 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan ‘Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1432H /2011M bertempat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Program tahunan JAWI ini diadakan adalah bertujuan untuk memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili Wilayah Persekutuan di Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 ini.

Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan pembudayaan minat membaca dan menghafaz Al-Quran di samping menyuburkan semangat masyarakat Islam untuk memperbaiki Tahsin Qira’atul Quran.

 Pada tahun ini seramai 27 orang peserta terpilih untuk menyertai peringkat akhir yang diadakan selama 2 hari. 11 orang mengambil bahagian dalam kategori 1 hingga 10 juzuk, 7 orang kategori juzuk 1 hingga 20 juzuk dan 5 orang kategori 1 hingga 30 juzuk. Pertandingan ini telah diadili oleh 7 orang hakim.

Sebelum itu, seramai 27 orang peserta telah menyertai peringkat saringan yang diadakan pada 3 Mac 2011 di Tingkat 5,  Kompleks Pusat Islam, JAWI, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Peserta Johan akan mewakili Wilayah Persekutuan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 4-8 April 2011 di Kuantan Pahang.

Berikut keputusan penuh pertandingan:
Tahap 1 – 10 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Mohd Rashid Ridha Bin Mohd Shukri        
Naib Johan      Muhd Amir Bin Rosley       
Ketiga            Muhammad Syakir Bin Mohd Rosnan    

Tahap 1 – 10 Juzuk (Perempuan)
Kategori          Nama Hafizah       
Johan             Putri Nur Nadia Binti Bakri        
Naib Johan      Tuan Puteri Fadwaddiyanah Binti Tuan Mohd Razif       
Ketiga            Maisarah Binti Long Zor     

Tahap 1 – 20 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Mohd Fakhri Bin Othman       
Naib Johan      Muhammad Asim Bin Salleh Sani        
Ketiga            Mohd Bazli Bin Zakaria    

Tahap 1 – 20 Juzuk  (Perempuan)
Kategori          Nama Hafizah       
Johan             Farihah Binti Zulkifli       
Naib Johan      Siti Aishah Jauhara Binti Surtahman       
Ketiga         

Tahap 1 – 30 Juzuk (Lelaki)
Kategori          Nama Hafiz       
Johan             Ahmad Syamil Bin Mohd Esa       
Naib Johan      Mohd Syahid Al-Amin Bin Razali       
Ketiga            Abdul Aziz Bin Mohd Isa     

sumber

Jumaat, 1 April 2011

Yahu!!!! Berita Gumbira Untuk rakyat Marhain



Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu."Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.

Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.


Video Amatur - Hari Jepun digegarkan.