Insya Allah Sempurna
Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011
Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim
“Amal jariah pahala terus mengalir”"
Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja
Sebaik baik sedekah adalah sedekah air
Projek Wakaf Air di Bangladesh
“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"
Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja kini dalam pembinaan
“Jom! Rebut saham wakaf”"
Agihan Beras Fidyah
Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.
Kristal Tasnim menguruskan Program Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja dan Makkah
“8 Tahun Pengalaman. Insya Allah Sempurna ”"
Projek Wakaf Al Quran di Kemboja
“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"
Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
“Akaun Bank Islam 14069010024005”"
Perspektif Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kemboja - Kini dalam pembinaan
“Mengurus Saham Akhirat ”"
Wakaf Lampu Solar dan Bateri
“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"
Projek Wakaf Panel Solar
“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"
Rabu, 9 Mac 2011
Jumaat, 4 Mac 2011
iPad 2 dilancarkan
Seperti yang dinantikan sebelum ini, Apple hari ini secara rasminya telah pun melancarkan iPad generasi kedua. Melalui iPad 2 ini, Apple memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk rekabentuk baru, kamera hadapan dan belakang padanya, selain turut membawakan cip pemprosesan yang serba baru, iaitu Apple A5 dan turut sama didatangkan dalam warna putih.
Kamera hadapan dan belakang pada iPad 2 telah diperkatakan untuk sekian lama sebelum ini. Dengan adanya kamera hadapan, ianya kini membolehkan para pengguna menikmati panggilan video melalui FaceTime dengan mudah, selain pada masa yang sama turut membolehkan mereka merakamkan pelbagai detik menarik melalui kamera belakang padanya.
iPad 2 turut sama membawakan cip pemprosesan yang serba baru, yang membawakan prestasi CPU dua kali ganda lebih pantas, bersama-sama dengan sokongan grafik sehingga 9 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.
Pada masa yang sama, Apple iPad 2 juga lebih 1/3 nipis berbanding generasi sebelumnya, dan beratnya lebih ringan berbanding iPad yang pertama. Dengan pelbagai penambah-baikkan ini, iPad 2 masih lagi mengekalkan penjimatan dan penggunaan tenaga yang lebih kurang serupa seperti sebelumnya, dengan bateri yang bertahan lebih daripada 10 jam.
iPad 2 akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 11 Mac, dan akan diperkenalkan diseluruh dunia secara berperingkat selepas itu. Harga jualan iPad 2 juga dijangka akan kekal seperti iPad yang pertama -
kredit untuk love perak.
kredit untuk love perak.
Khamis, 3 Mac 2011
Betul ke UFO kat Brazil ni???
SAO PAOLO - Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor laman Fox News kelmarin.
Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.
Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar. Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.
Imej UFO itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi
Selasa, 1 Mac 2011
Budak Muka Serigala di Bangkok
SK: Apa kabor Hj Sapuan Di Bangkok??? Jumpa tak budak ni? :)
Allah Maha Pencipta. Bersyukur dengan apa yang anda miliki.
BANGKOK - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'budak serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu, lapor sebuah akhbar semalam.Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sini berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.
"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.
Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.
Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula. - Agensi
Ahad, 27 Februari 2011
Solat jenazah Selepas Zohor - Hukum berkaitan jenazah bayi berusia 4 bulan
Salam,
Al Fatihah!!
Anak En Azhar Hashim 2A/7 meninggal dalam kandungan. Jenazah cukup sifat (berusia 6 Bulan. Kembar lelaki) Solat jenazah akan diadakan di Surau Ad Diniyyah selepas Solat Zohor. Kebumi lepas zohor
SK. tolong panjangkan maklumat ini. Al Fatihah
HUKUM BERKAITAN JENAZAH BAYI BERUSIA 4 BULAN - 6 BULAN
Sabda Rasululah SAW
السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).
Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing - masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)
Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda - tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.
Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;
إذا استهل السقط صلى عليه وورث
“Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).
Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda - tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).
Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).
Tambahan;
Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak - ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;
- Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.
- Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).
Rujukan;
1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.
Wallahu A’lam.
Jadual Kuliah Bulan Mac 2011
Insyaallah, jadual ini akan di update dari masa ke semasa. Ada beberapa orang ustaz yang belum dapat disahkan kehadirannya
02.03.11 - Rabu - Ustaz Zaki Madzar Atham
03.03.11 - Khamis - Ustaz Dr. Rahmat Abdullah - (Kitab Bimbingan Mukminin)
05.03.11 - Sabtu - Ustaz Muda Bin Abdullah
05.03.11 - Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
08.03.11- Selasa - Ustaz Fauzan Mazlan - Al halal Wal Haram Fil Islam (tidak dapat hadir)
09.03.11 - Rabu - Ustaz Ahmad Awang - Tafsir ayat Pilihan
12.03.11- Sabtu - Ustaz Khairil Anuar
12.03.11- Sabtu - 3.00 Petang - Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
13.03.11- Ahad- 3.00 Petang - Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
14.03.11 - Ahad - Ustaz Jemputan Bab Kematian
14.03.11 - Isnin - Ustaz Khairul Zaman - Tafsir Surah Al Baqarah
16.03.11 - Rabu- Ustaz Sidek Noor- Kitab Minhajul Abidin
19.03.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
20.03.11 - Ahad - Ustaz Zulkifli Ahmad - Kitab Bahrul Mazi Jilid 17
25.03.11- Jumaat - Ustaz Sobri Mat KitabPendidikan Anak - anak Dalam Islam
26.03.11- Sabtu- Ustaz Mohd Rapi Bin Mohd Nor Kuliah Subuh (Kitab Minyatul Musolli)
26.03.11- Sabtu 10.00 Pagi Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
26.03.11 - Sabtu - Ustaz Nurul Khalil - Riyadus Solihin
27.03.11 - Ahad - Kuliah Subuh Ustaz Mustafa Desa - Kitab Daqaik Akhbar
27.03.11 - Ahad 10.00 Pagi Ustaz Mustafa Desa (Fiqh dan Tasawwuf)
28.03.11 - Isnin - Ustaz Nazmi Abdul Karim
Jumaat, 25 Februari 2011
Pelajar Tahfiz - Terbaik untuk bulan Februari
Muhamad Zulhusni Bin Othman
Pelajar Terbaik Februari 2011
Tahniah!! kerana berjaya menghafaz mengikut sasaran yang ditetapkan. Usaha lagi.
Muhamad Zulhusni Bin Othman - Berjaya menghafaz Surah Al Sajadah, Al Mulk, Al Waqiah, Al Insan, Yassin, An Naba', An Nazi'at, Abasa, semua surah Juzuk 30 dan Juzuk Pertama dalam masa 2 bulan.
Turut cemerlang bulan Februari 2011
- Muhamad Aqil Bin Asri
- Ahmad Fahmi Abdul Rahman
- Muhamad Syafiq Ismat Bin Mahdir
- Muhamad Afif Mirza
- Hafizieamru Bin Mohd Radzi
- Suhaizad Bin Sulaiman
- Mohamad Harraz Azhad
VIDEO HIASAN - untuk memberi motivasi kepada anak - anak dan ibu bapa.
Semangat betul budak ni.....
SK : Ni bukan pelajar Tahfiz Ad Diniyyyah. Sekadar video hiasan. Anak Pak Arab mana tah ni... Comel jerrr :)
Selasa, 22 Februari 2011
Gempa Bumi di new Zealand 7.1 sr
Gempa itu berpusat 14 kilometer di tenggara Christchurch, bandar raya terbesar di South Island dan kedua terbesar di New Zealand
petikan dari Kosmo
KUALA LUMPUR – Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).
“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.
Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.
Ahad, 20 Februari 2011
Maklumat Setempat : Badan Khairat Kematian - tamat tempoh hari ini
Terima kasih kepada semua ahli kariah yang respon membuat bayaran tahunan Keahlian Badan Khairat kematian. 20 Februari 2011 adalah tarikh tamat tempoh Keahlian 2010 - 2011.
Sepanjang Tahun ini 3 kematian ahli telah dicatatkan. Semoga Arwah ditempatkan bersama para Solihin.
S U
R A U K I N I
Menyokong penuh
usaha
Pusat Tahfiz Ad
Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz
Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al
Farabi Kampung Jukaing Kemboja
Isnin, 7 Februari 2011
Maklumat Setempat : Notis Badan Khairat Kematian
NOTIS PEMBAHARUAN KEAHLIAN
BADAN KHAIRAT KEMATIAN
Surau Ad Diniyyah Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Tarikh Tamat Tempoh Keahlian : 20 Februari 2011.
YURAN AHLI
Ahli Baru - Pendaftaran RM10.00 + Yuran tahunan RM49.00
Ahli Lama - Yuran Tahunan Sahaja RM49.00
- Suami dan isteri adalah digalakkan untuk menjadi ahli.
- Ahli Baru perlu mengisi borang yang disediakan dan menyertakan salinan kad pengenalan sendiri dan pasangan serta salinan surat beranak anak
- Ahli lama yang mempunyai tambahan jumlah tanggungan hendaklah menyerahkan salinan surat beranak kepada setiausaha./ bendahari
- Keahlian terbuka kepada semua penduduk Islam yang menetap di Kariah Masjid Sungai Tua
- Sila dapatkan borang di Surau Ad Diniyyah TBBS2A atau hubungi setiausaha
- Sila serahkan borang pendaftaran dan wang yuran keahlian kepada setiausaha, pengerusi atau bendahari
- Surau Ad Diniyyah. Resit rasmi akan dikeluarkan.
- Jika berlaku kematian atau kemusykilan tentang keahlian sila hubungi talian berikut - Bendahari Haji Sapuan - 013-3320300
DAFTAR / PERBAHARUI KEAHLIAN MULAI SEKARANG !!
Langgan:
Catatan (Atom)



























