Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 22 Oktober 2010

Tahniah atas perlantikan AJK Tahfiz Ad Diniyyah

AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah yang terpilih.

Mesyuarat malam tadi telah memutuskan untuk melantik 10 orang AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah.7 AJK Muslimin dan 3 AJK Muslimat. Tahniah atas perlantikan. InsyaAllah Mesyuarat AJK TAhfiz kali 1 akan diadakan pada malam esok Sabtu 23 Oktober 2010 Di Surau Jam 8.50 Malam

Khamis, 21 Oktober 2010

Mak oii!! Besarnya ikan Piranha



LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'. Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.


Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade.

Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya. - Agensi

Cerita ni ada kat paper metro hari ni. Perghhh! Besaunya mulut. Gigi macam rimau. Haji Halim mungkin seronok ni. Bila nak buat trip tangkap piranha???

Pak cik ni memang popular kat chanell Animal Planet. Tengok kat youtube

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 20 Oktober 2010

Kertas Kerja Penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah - Hak Cipta Tidak terpelihara - Copy paste maklum kpd 0137557011





InsyaAllah esok 20 Oktober 2010 kertas kerja Penubuhan Pusat Tahfiz ini akan dibentangkan. Mudah - mudah Allah memudahkan urusan dan menerima amal yang sedikit ini.

1.0 MUQADDIMAH

Usaha - usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al- Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sama ada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah mendokong cita - cita dan semangat perjuangan Islam.





Pada 16 Oktober 2010, AJK Surau Ad Diniyyah telah mengadakan perbincangan secara serius cadangan untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A. Perbincangan ini telah mengambil kira pelbagai aspek dengan mendapat nasihat dari tenaga mahir yang berpengalaman menguruskan Pusat Tahfiz. Hasil dari perbincangan tersebut Jawatan kuasa Surau sebulat suara menyatakan sokongan untuk menjayakan rancangan untuk membuka sebuah pusat Tahfiz

Di samping itu, AJK Surau Ad Diniyyah juga telah merangka satu sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu - ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah"

Bermula dengan keprihatinan inilah terbinanya idea untuk membuka sebuah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah - celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

2.0 MATLAMAT PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
  • Melahirkan generasi Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al Quran.
  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu. ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.
3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah adalah
  • Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak - kanak sebelum baligh.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 1/2 tahun.
  • Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
  • Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah S.A.W yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)
4.0 SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN


Hasrat untuk membina sebuah Pusat tahfiz di Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A sebenarnya telah pernah disuarakan sekitar tahun 2006. Kebetulan pada tahun tersebut surau sedang dalam proses pembesaran bangunan dan pengubahsuaian. AJK pada ketika itu telah merangka pelan pembinaan dewan kuliah. Bangunan baru ini telah siap sepenuhnya pada 07.07.2007.

Selepas pembinaan selesai, dewan kuliah ini didapati tidak dimanfaatkan secara maksimum. Atas keprihatinan AJK maka timbullah idea untuk mewujudkan Pusat tahfiz Ad Diniyyah ini

5.0 KURIKULUM

Kurikulum Pusat Tahfiz Ad Diniyyah adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar diperuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.

6.0 PROGRAM HAFAZAN

Mesyuarat telah bersetuju untuk mewujudkan Program hafazan


Program Hafazan Sepenuh Masa (Jangka masa hafazan 3  - 4 tahun)   
  • Pelajar Lelaki Sahaja berumur 10 tahun – 12 Tahun
  • Pelajar akan menginap di asrama yang disediakan di surau
  • Bagi Pelajar tempatan dibenarkan berulang alik pulang ke rumah dengan bersyarat   

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Yuran yang ditetapkan kepada setiap pelajar adalah RM380.00 seorang. Di antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :
  • Guru Hafiz Bersanad- 1 Guru memantau 10 orang murid 
  • Pelajaran Agama dan Akademik
  • Makan dan minum
  • Asrama
  • Kawalan warden 24 jam
Sumber kewangan yang diperolehi adalah daripada yuran pelajar, sumbangan derma daripada pertubuhan, orang ramai dan sumbangan daripada individu.

 8.0 ANGGARAN BELANJAWAN TAHUNAN

Anggaran belanjawan adalah seperti berikut

TARGET PENDAPATAN
  • Yuran pelajar RM380.00 x 30  Pel x 12 Bulan
  • Sumbangan pertubuhan orang ramai RM600 x 12 bulan RM 7,200
  • Sumbangan Individu RM5,000 x 12 bulan RM 60,000

PERBELANJAAN
  • Makan dan Minum RM10.00 x 15 pelajar x 30 hari x 12 bulan RM 54,000
  • Api / Air RM 1,000 x 12 bulan RM 12,000
  • Gaji 3 orang kakitangan (3 guru, 1 Pembantu Tadbir,). RM 6,000 x 12 bulan RM72,000
  • Tuisyen Akademik /guru luar RM 1,000 x 12 bulan RM 12,000
ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN  SETAHUN RM150,000

 9.0 PAKAIAN
 Pakaian seragam di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah adalah jubah, serban dan kopiah putih



 10.0 TARIKH MULA OPERASI
03 JANUARI 2011

 11.0 LANTIKAN AJK BADAN PENGELOLA PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH

PENAUNG:
PENASIHAT :
PENGERUSI :
SETIAUSAHA:
BENDAHARI:
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (LELAKI)
AJK (PEREMPUAN)
AJK (PEREMPUAN)
AJK (PEREMPUAN)

11. PENUTUP

Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. Mudah – mudah Allah memberkati Taman kita ini dengan dilipat gandakan amalan dan pahala dan menjauhkan taman kita ini dari bala dan bencana dengan adanya golongan Huffaz di sini.

Disediakan oleh

Haji Faizal Haizad Bin Mohamad Norawi
013 7557011

Setiausaha Surau Ad Diniyyah
www.suraukini.com

Ahli Jawatan Kuasa Pusat Tahfiz Ad Diniyyah 2020 - 2022 
Peraturan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
Perasmian Bangunan Oleh Allahyaraham Tuan Guru Dato Ismail Kamus

Pertanyaan / Sumbangan hubungi 013-7557011

Tuan / puan yang bercadang untuk membuka Pusat Tahfiz amat digalakkan untuk menciplak kertas kerja di atas. HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA - 013 7557011 Ustaz Faizal


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)


Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Selasa, 19 Oktober 2010

Amalan khurafat ketika membina rumah


Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalam majlis-majlis atau perayaan tertentu. Antara adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.


Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.


Gambar hiasan
Acara khurafat mengikat ancak ke tiang seri oleh Dato' seri yang wajib dihindari

Untuk mengetahui amalan - amalan yang patut dilakukan ketika membina rumah baru sila dapatkan buku ini


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Hari ini dalam sejarah - Meyuarat Penubuhan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


Surau Ad - Diniyyah
Jalan 2A/5 Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
68100 Selangor Darul Ehsan.

Ruj. Kami:( JKSAD 07-10 / 18 / 10)
Ruj tuan:

19 OKTOBER 2010

Kepada
Semua Penduduk
Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A
Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa AJK surau telah bersetuju untuk membuka Pusat Tahfiz Ad Diniyyah (Pusat Tahfiz sepenuh masa / Separuh masa) yang akan beroperasi pada 03 Januari 2010 di dewan kuliah Surau Ad Diniyyah. Justeru itu satu mesyuarat akan diadakan bagi melantik Jawatankuasa Pengelola pusat tersebut. Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / cik dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat akan diadakan pada
  • Tarikh : 21 OKTOBER 2010
  • Hari : KHAMIS
  • Waktu : 9.00 Malam
  • Tempat : Surau Ad Diniyyah
3. Kepada Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik yang berminat memberi sumbangan untuk tujuan tersebut sila hubungi AJK Surau


Sekian Terima kasih
Yang Benar

Ustaz Faizal Haizad Bin Mohamad Norawi
Setiausaha Surau Ad Diniyyah

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Ahad, 17 Oktober 2010

Guru Hafiz Sepenuh Masa diperlukan

Kami sedang mencari tenaga pengajar Guru Al Quran Al Hafiz.
  • Kelas Tahfiz akan bermula 03 Januari 2011.
  • Tempat penginapan dan makan disediakan
  • Hafaz 30 juzuk Al Quran
  • Ustaz bujang diutamakan
  • Mempunyai lesen memandu
  • Lokasi Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Berminat hubungi 013-2791608

Cicak tokek bernilai tinggi??


Tokek dikatakan mempunyai nilai tinggi di pasaran

Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong - bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya.

Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah / bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral. 

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang masuk ke dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).

Di awal video ini anda boleh mendengar suara cicak tokek.



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Sabtu, 16 Oktober 2010

Perkara - perkara khurafat yang dilakukan oleh Jamaah Haji


Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:

خرف خرافة خرافات

Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.
Di dalam al-Munjid disebut:

خرف قسد اخرفة افسده
الخر افة حديث الخرف المضحك

Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali. Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.

Berikut adalah beberapa perkara khurafat yang mesti dihindari.

KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

  • Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  • Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
  • Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
  • Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI
  • Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  • Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
  • Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
  • Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
  • Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
  • Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
  • Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
  • Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
  • Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
  • Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
  • Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
  • Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
  • Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
  • Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
  • Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
  • Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
  • Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 15 Oktober 2010

Etika melawak dan bergelak ketawa.


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita - wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Di sini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)
Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا

Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain." (Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2." (Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.
(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt: "Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."

Said bin al-'As berkata:

"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas

LAWAK MACAM NI DAH DIKIRA KES NAYA

 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Kami Menawarkan Perkhidmatan Upah Haji, Wakaf  Telaga di Kemboja dan Bangladesh,
Korban dan Aqiqah di Kemboja

Kristal Tasnim Menyokong Penuh Usaha

Pondok Tahfiz Bustanul Arifin di Kampung Songkum Thmey Kemboja
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Khamis, 14 Oktober 2010

Hukum berkaitan Haji Badal / Upah Haji


Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia

PENGENALAN:

Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU. Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

DALIL:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh: Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Syarat orang yang mengerjakan haji badal:
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah niabah haji untuk bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...

Pembaca yang berhajat untuk menunaikan haji badal / upah haji sila hubungi SK 013-2791608
 
Insyaalah Upah Haji ditunaikan oleh pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Fathani yang berada di Makkah dan Madinah . Pembayaran hanya dibuat selepas aqad dibuat antara waris dengan individu yang akan menunaikan haji badal tersebut. Aqad dibuat secara langsung melalui telefon ke Makkah.
 
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut
  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil dan urusan penghantaran hadiah
Hubungi SK 013-2791608

HAJI BADAL YANG AKAN DILAKSANAKAN MUSIM HAJI 1431 INI

1. Hajat Daripada En Hamdan (Selayang) menunaikan haji badal untuk arwah isterinya Allahyarhamah Rosni Bt. Ahmad. Kerja Haji akan disempurnakan oleh pelajar Makkah Ustazah Nian Ismail Udin. (Sudah Akad ) - akad antara waris dan pelajar yang akan menunaikan haji badal dibuat melalui telefon)

Jika benar - benar berhajat sila hubungi saya lebih awal untuk pastikan ada pelajar yang bersanggupan menunaikan haji tersebut.