Khamis, 14 Oktober 2010

Hukum berkaitan Haji Badal / Upah Haji


Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia

PENGENALAN:

Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU. Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.

DALIL:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh: Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."

Syarat orang yang mengerjakan haji badal:
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.

Dalil:
Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."

Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah niabah haji untuk bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...

Pembaca yang berhajat untuk menunaikan haji badal / upah haji sila hubungi SK 013-2791608
 
Insyaalah Upah Haji ditunaikan oleh pelajar dari Malaysia, Indonesia dan Fathani yang berada di Makkah dan Madinah . Pembayaran hanya dibuat selepas aqad dibuat antara waris dengan individu yang akan menunaikan haji badal tersebut. Aqad dibuat secara langsung melalui telefon ke Makkah.
 
Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut
  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air; urusan penghantaran wang, urusan penghantaran sijil dan urusan penghantaran hadiah
Hubungi SK 013-2791608

HAJI BADAL YANG AKAN DILAKSANAKAN MUSIM HAJI 1431 INI

1. Hajat Daripada En Hamdan (Selayang) menunaikan haji badal untuk arwah isterinya Allahyarhamah Rosni Bt. Ahmad. Kerja Haji akan disempurnakan oleh pelajar Makkah Ustazah Nian Ismail Udin. (Sudah Akad ) - akad antara waris dan pelajar yang akan menunaikan haji badal dibuat melalui telefon)

Jika benar - benar berhajat sila hubungi saya lebih awal untuk pastikan ada pelajar yang bersanggupan menunaikan haji tersebut. 

1 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Salam,

Nasihat kakak sebelum sakit, sebelum uzur ketika itulah masa sesuai untuk menunaikan ibadah yang menuntut kudrat yang kuat. Jangan masa berkemampuan (wang/kesihatan)lupa; bila dah uzur (wang/kesihatan) baru nak menunaikannya. Jangan tunggu usia lanjut. Fikir-fikirkanlah....

Apa-apa pun waris buatlah apa yang wajib/patut seperti N3 ini.