Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 18 Ogos 2010

Ayat Penggerak yang molek diamalkan


Ayat Pengerak, Doa yang sangat wajar diamalkan di zaman ini.

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
Ingin memiliki buku ini?
Bayaran termasuk POS RM25.00 sahaja
Akaun CIMB 14120015038524 - Faizal
Sms alamat anda ke 0132791608. InsyaAllah POS LAJU 

• Bila hendak memulakan perjalanan sama ada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat - sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yang asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Isnin, 16 Ogos 2010

Tangki air utama di jalan 2A/7 pecah


13 Ogos 2010 : Jam 7.30 Petang Jumaat, ketika SK sedang menikmati juadah berbuka puasa bersama keluarga, kedengaran bunyi curahan air yang kuat dan menakutkan di luar rumah. SK bergegas keluar rumah menyiasat apa yang berlaku.

Di luar rumah SK dapati beberapa orang jiran juga telah berkumpul. Hujan renyai - renyai ketika itu. Selepas disiasat punca bunyi, rupanya tangki air utama di Jalan 2A/7 pecah . Air mencurah keluar dari tangki. Alhamdulillah tiada siapa yang cedera. Beberapa buah kereta yang di parkir di kawasan sekitar tangki kemek dan ada yang kotor terkena percikan lumpur.

Saya sempat merakam gambar - gambar ini pada keesokan harinya.

lubang besar kesan hentaman air


Nanti SK upload lagi gambar. Insyaallah

S U R A U K I N I
Menyokong penuh usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja
 

 
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Video Ribut di Negeri Melaka



Salam Ramadhan

Bulan Ramadhan ini, banyak surau dan masjid pasang khemah tambahan untuk ruang solat tambahan dan ruang untuk jamuan moreh serta berbuka puasa. Ikat molek - molek khemah tuan - tuan tu, lihat video ini, Khemah diterbang angin macam kapas.

Saksikan kekuasaan Allah melebihi segala - galanya. Kita terlalu kerdil
 









Di hari kiamat nanti Allah taala jadikan gunung - ganang terbang macam debu dan macam kapas juga


Surah Al waqiah
[56:4] apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,
[56:5] dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,
[56:6] maka jadilah ia debu yang beterbangan,
Semoga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita semua

Rangkuman gambar sekitar aktivi Ihya' Ramadhan 1431

Tadarrus Kanak - kanak dan Remaja
 
65 orang Peserta Taddarus Remaja Lelaki 
 
Jadual Sepanjang Ramadhan 7 kaki x 12 Kaki
 
Fasilitator Tadarrus Haji Solahudin Yusof
 
Langsir Baru siap di awal Ramadhan 1431. Wakaf dari Muslimat
 
Petang sebelum kedatangan Ramadhan

Ahad, 15 Ogos 2010

Subhanallah!! Video Dua lautan bertemu

Tanda-tanda Kebesaran Allah, Dua Lautan Bertemu Namun Terpisah

Allah Berfirman
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ 

55.19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

55.20. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing

Maha Benar Allah atas segala firman-Nya.

Lihatlah dua lautan (air) yang berbeza warna, yang terpisah, dan hanya Allah yg membatasinya
 
 

 





Jumaat, 13 Ogos 2010

Ayat Syifa' di dinding Surau Ad Diniyyah

Salam Ramadhan!

Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah dari taman ini, berbesar hati untuk menyumbang Khat ayat Al Quran untuk diletakkan di dinding surau kita. SK telah diminta untuk memilih ayat yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selepas berbincang dengan beberapa orang sahabat, pihak surau bersetuju untuk memilih  ayat - ayat Syifa' yang menjadi amalan sebahagian pengamal - pengamal perubatan Islam..

Syifa' kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud Penyembuh. Ayat - ayat syifa' bermaksud ayat - ayat yang boleh menyembuh dan merawat pelbagai jenis penyakit. Mudah - mudahan apabila adanya ayat ini di dinding surau nanti dapatlah jemaah surau beramal dan menghafal ayat - ayat tersebut. Nak tahu fadhilat ayat syifa'? Belilah buku ini.

Dalam buku ini banyak diterangkan fadhilat dan kegunaan ayat- ayat syifa'. Molek dihafal dan dijadikan bacaan harian.

Insya' Allah dalam minggu depan khat ini akan siap dipasang. 2 -3 hari ini SK cuba meruangkan masa untuk menyemak ayat - ayat yang bakal dicetak. Kerja menyemak ini kena buat dengan betul - betul teliti. Maklumlah semuanya ayat Al Quran. Kalau tersalah cetak, nak diulang cetak kosnya besar juga. Mohon jasa baik ustaz - ustaz di taman boleh bantu menyemak ayat ini nanti.

Setakat hari ini, sudah 2 kali SK membuat semakan membetulkan kesalahan menaip ayat. Risau juga dibuatnya. Kali pertama buat semakan terdapat lebih dari 50 kesalahan taipan. Hari ini SK buat semakan lagi, masih ada 21 kesalahan ejaan dan baris.Insya'alla ayat ini akan dicetak selepas disemak oleh 3 - 4 orang Ustaz di taman kita.

Kat bawah ni adalah contoh ayat yang tersalah cetak. Sekali pandang macam takde apa yang salah. Kalau diteliti betul - betul , sebenarnya terdapat beberapa kesalahan .Cuba gunakan kemahiran anda mencari kesalahan tersebut. Kalau jumpa, SK belanja Mandy Laham!

Jangan save ayat ini. Ini ayat yang salah.

Ini adalah salah satu ayat Syifa' yang akan diletakkan di dinding surau. Terdapat 4 kesalahan dalam ayat tersebut.

Insya'Allah kalau dah siap pasang nanti kita ambil gambar. Tunjuk kat Lan di London.

wassalam
SK

Gerakan sia - sia dalam solat


Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid
BAB BANYAK MELAKUKAN GERAKAN SIA-SIA DALAM SOLAT
Ramai dikalangan umat Islam pada hari melakukan gerakan sia - sia dalam solat. Yakni melakukan gerakan yang tidak ada gunanya dalam solat.  Mereka tidak mematuhi perintah Allah yang tersebut dalam firman-Nya, “Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyu’.” (Al-Baqarah: 238)

Mereka juga tidak memahami firman Allah, “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang - orang yang khusyu’ dalam solatnya.” (Al- Mukminun: 1-2)

Suatu ketika Rasulullah SAW ditanya tentang hukum meratakan tanah ketika sujud. Beliau menjawab,

لاَ تَمْسَحْ وَأَنْتَ تُصَلِّي فَإِنْ كُنْتَ لاَبُدَّ فَاعِلاً فَوَاحِدَةً تَسْوِيَةَ الْحَصَى.

Jangan engkau mengusap ketika engkau dalam keadaan solat. Jika (terpaksa melakukannya) harus melakukannya, maka (cukup) sekali meratakan kerikil.”( Hadits riwayat Abu Dawud, 11/581; dalam Shahihul Jami’ no. 7452 (Imam Muslim meriwayatkan hadits senada dari Mu’aiqib, Ibnu Baz).)

Para ulama menyebut, banyak gerakan secara berturut - turut tanpa sebab yang membolehkannya, dapat membatalkan solat. Apalagi orang yang melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya dalam solat seperti melihat jam tangan, membetulkan pakaian, menggeleng -gelengkan kepala, memasukkan jari ke dalam hidung, melempar pandangan ke kiri, dan ke kanan atau ke atas langit. Ia tidak takut kalau - kalau Allah mencabut penglihatannya atau syaitan melalaikannya dari ibadah solat

Khamis, 12 Ogos 2010

Abraj Al Bait : Menara Jam Besar Makkah dirasmikan 1 Ramadhan 1431


Semalam sewaktu sedang bermoreh dengan Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang selepas solat tarawikh, ustaz ada menyebut tentang perasmian Menara Jam terbesar di Makkah. Katanya perasmian telah berlangsung semalam ketika masuknya waktu Maghrib 1 Ramadhan 1431.

Pagi ini SK cuba membuat carian di internet melihat kut kut ada gambar terbaru perasmian. Ada bebarapa video yang SK jumpa di youtube, tetapi tidak pula berjumpa rakaman video acara perasmian tersebut.

Ketika menyaksikan klip di bawah ini teringat SK kepada Sabda Rasulullah S.A.W dalam sepotong hadith tentang tanda - tanda hari kiamat.

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”

 


Masyallah betapa hebatnya Rasullullah. Baginda telah tahu apa yang akan berlaku pada hari ini. Siapa yang memberitahu Rasulullah tentang perkara ini 1431 tahun yang lalu? tidak lain dan tidak bukan itulah tanda bukti kebenaran Rasul sebagai utusan Allah.

Belakang jam

Jarum jam

berubah - ubah warna lampunya

 


Sekadar berkongsi maklumat dengan sahabat, molek juga kita tonton beberapa klip ini. Selamat menonton!

 

INI FAKTA YANG LEBIH MENARIK !!. MAKKAH TERLETAK DI PUSAT DUNIA DAN MENARA JAM INI AKAN MENJADI WAKTU STANDARD  GREENWICH MEAN TIME (GMT)

Sumber Mymetro
MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi

2 juta LED
 
Kiamat kian Hampir.. Semoga Ramadhan ini yang terbaik. Salam Ramadhan Al Mubarak dari suraukini.











Rabu, 11 Ogos 2010

Video Sungai dalam Laut


Gemukkan Iman, Kuruskan Badan!


Kelebihan Lapar dan keburukan kenyang

1. Allah melarang kita melampau dalam makanan.

Firman Allah s.w.t:"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang-orang yang melampau."(Al-A'raf)

2. Hanya dua pertiga perut.

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada bekas yang dipenuhi oleh manusia lebih teruk dari perutnya. Cukuplah manusia itu memakan beberapa suapan yang menegakkan tulang tulang sulbinya. Jika dia tetap nak jugak makan banyak maka satu pertiga perutnya untuk makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi dikosongkan."(Hr Tirmizi dan Abu Daud)
 
3. Lapar menyukarkan syaitan.

Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya syaitan lalu di dalam tubuh manusia seperti lalunya darah. Sempitkan laluan syaitan dengan lapar dan dahaga."(Hr Ibnu Abi ad-Dunya-daif)

4. Kenyang di dunia lapar di akhirat.

Nabi s.a.w bersabda:"Maka sesungguhnya orang yang paling lama lapar pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak kenyang di dunia."(Hr Baihaqi dan at-Tirmizi -Hasan )

5. Lapar adalah sunnah Nabi s.a.w

Abu Hurairah r.a berkata:"Nabi s.a.w dan ahli keluarganya tidak pernah kenyang selama tiga hari berturut dengan roti gandum sehinggalah baginda meninggal dunia."(Hr Muslim - sahih)

6. Perut yang boroi tidak disukai Nabi s.a.w

Suatu hari Nabi s.a.w melihat kepada lelaki yang boroi perutnya. Maka Nabi s.a.w menunjukkan kearah perut lelaki itu dgn jarinya, seraya bersabda:
"Kalaulah makanan-makanan ini (yang menyebabkan perut boroi) diberikan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik."(Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi -sanadnya jaid)

7. Orang yang kuat makan tidak ada nilai disisi Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Maka didatangkan pada hari kiamat seorang yang besar, panjang, kuat makan dan kuat minum tetapi apabila ditimbang amalannya tidak ada sebesar nilai kepak nyamuk pun disisi Allah."(Hr Bukhari dan Muslim -sahih)

8. Hukum - hukum makan

Makan ini ada beberapa hukum:

1. Wajib: makan yang mengelakkan kematian.
2. Sunnah: Makan beberapa suap ketika lapar.
3. Harus: makan dan minum sehingga dua pertiga perut.
4. Makruh: Lebih dua pertiga dan tidak penuh perut.
5. Haram: Makan sehingga penuh perut.

Pengharaman makan sehingga penuh perut disebut oleh dalam kitab al-Maraqil Ubudiah karangan Imam Nawawi bentan.

9. Keburukan Kenyang

Abu Sulaiman ad-Darani telah berkata: "Sesiapa yang kenyang maka mendapat enam keburukan:

1. Kehilangan kemanisan bermunajat.
2. Susah hendak mengahafal mutiara ilmu.
3. Kurang rasa kasihan pada manusia lain kerana menganggap orang lain pun semuanya kenyang.
4. Malas hendak beribadah.
5. Bertambah nafsu syahwat.
6. Orang-orang beriman sentiasa duduk di masjid dan orang-orang yang kenyang duduk ditempat - tempat kotor dan maksiat.

10. Lapar sedikit adalah ubat yang mujarab.

Khalifah Ar-Rasyid menghimpun beberapa pakar perubatan dan mencari apakah ubat yang tidak ada kesan buruk langsung.

Ada timbul beberapa jawapan seperti air suam, kurma dan sebagainya. Tetapi telah ditolak oleh seorang yang paling banyak ilmu dikalangan mereka dengan jawapan2 yang bernas dan diterima oleh pakar yang lain.

Maka yang lain pun bertanya kepadanya apakah jawapan yang sebenar. Maka dia menjawab:
"Ubat yang tidak ada kesan buruk disisiku adalah janganlah engakau makan melainkan setelah benar-benar lapar dan selesai makan dalam keadaan engkau masih ingin makan lagi (iaitu makan sedikit sahaja)."

AKHISALMAN


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 










Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com