Salam Ramadhan!
Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah dari taman ini, berbesar hati untuk menyumbang Khat ayat Al Quran untuk diletakkan di dinding surau kita. SK telah diminta untuk memilih ayat yang sesuai untuk tujuan tersebut. Selepas berbincang dengan beberapa orang sahabat, pihak surau bersetuju untuk memilih ayat - ayat Syifa' yang menjadi amalan sebahagian pengamal - pengamal perubatan Islam..
Syifa' kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud Penyembuh. Ayat - ayat syifa' bermaksud ayat - ayat yang boleh menyembuh dan merawat pelbagai jenis penyakit. Mudah - mudahan apabila adanya ayat ini di dinding surau nanti dapatlah jemaah surau beramal dan menghafal ayat - ayat tersebut. Nak tahu fadhilat ayat syifa'? Belilah buku ini.
Syifa' kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud Penyembuh. Ayat - ayat syifa' bermaksud ayat - ayat yang boleh menyembuh dan merawat pelbagai jenis penyakit. Mudah - mudahan apabila adanya ayat ini di dinding surau nanti dapatlah jemaah surau beramal dan menghafal ayat - ayat tersebut. Nak tahu fadhilat ayat syifa'? Belilah buku ini.
Dalam buku ini banyak diterangkan fadhilat dan kegunaan ayat- ayat syifa'. Molek dihafal dan dijadikan bacaan harian.
Insya' Allah dalam minggu depan khat ini akan siap dipasang. 2 -3 hari ini SK cuba meruangkan masa untuk menyemak ayat - ayat yang bakal dicetak. Kerja menyemak ini kena buat dengan betul - betul teliti. Maklumlah semuanya ayat Al Quran. Kalau tersalah cetak, nak diulang cetak kosnya besar juga. Mohon jasa baik ustaz - ustaz di taman boleh bantu menyemak ayat ini nanti.
Setakat hari ini, sudah 2 kali SK membuat semakan membetulkan kesalahan menaip ayat. Risau juga dibuatnya. Kali pertama buat semakan terdapat lebih dari 50 kesalahan taipan. Hari ini SK buat semakan lagi, masih ada 21 kesalahan ejaan dan baris.Insya'alla ayat ini akan dicetak selepas disemak oleh 3 - 4 orang Ustaz di taman kita.
Kat bawah ni adalah contoh ayat yang tersalah cetak. Sekali pandang macam takde apa yang salah. Kalau diteliti betul - betul , sebenarnya terdapat beberapa kesalahan .Cuba gunakan kemahiran anda mencari kesalahan tersebut. Kalau jumpa, SK belanja Mandy Laham!
Jangan save ayat ini. Ini ayat yang salah.
Ini adalah salah satu ayat Syifa' yang akan diletakkan di dinding surau. Terdapat 4 kesalahan dalam ayat tersebut.
Insya'Allah kalau dah siap pasang nanti kita ambil gambar. Tunjuk kat Lan di London.
wassalam
SK
0 ulasan:
Catat Ulasan