Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Selasa, 3 Ogos 2010

Pemasangan Aircond 2.5hp 4 unit di surau Ad Diniyyah

 
Pagi ini sekitar jam 11.00 kerja - kerja pemasangan 4 unit Aircond 2.5 hp di surau bermula. Alhamdulillah.Terimakasih kepada semua penyumbang. Amal jariah adalah bekalan yang pasti menjadi hak milik kekal abadi! Jazakallah Khairan Kathira!
 
4 unit 2.5hp = 10hp
 
siap pasang
 
Cinagambar dah beli baju tebal?

Isnin, 2 Ogos 2010

Kenali Semut


Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana - mana namun tidak pernah benar - benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.

Siapakah Semut?

Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya.Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.

Manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.

Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut juga dikisahkan dalam lagu -lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.

Keajaiban dan fakta menarik tentang semut

1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)

2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.

3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.

Bulldog semut paling berbisa

4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Istimewanya makhluk Allah ini

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong -r oyong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.

Firman Allah yang bermaksud:“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.”

(QS. Al-Hasyr, 59:24)

Semut Dalam Al Quran
Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Surah yang ke 27 dalam al quran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Allah mengisahkan dengan firmannya yang bermaksud: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.(Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata - kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisah perbualan semut dan nabi Allah Sulaiman. Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.

Dalam hadist riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidak membahayakan dan tidak menyerang manusia.*

Adapun semut - semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*

Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya dan harus dipisahkan dari daging yang dimasak.*

Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidak harus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.*

Pengajaran

Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda - tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia - sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)

sumber Najhie.blogspot.com
edited suraukini


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Ahad, 1 Ogos 2010

Waktu berbuka Puasa ketika dalam penerbangan


As-syeikh Dr. Yusuf Al-qaradawi, ketua persatuan ulama' sedunia telah mengeluarkan fatwa mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

Mengikut fatwanya, setiap penumpang - penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender mereka.

Asyeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal ramadhan baru - baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang - penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang - orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat – tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.

Akhirnya, Al-qaradawi telah meminta pesawat Qatar(yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul - betul selepas terbenamnya matahari.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Insyaallah! pemasangan Aircond Di Surau Ad Diniyyah sebelum Ramadhan 1431!!


Sejuk kita Yeop!

Insyaallah tahun ini, kalau tiada halangan, sebelum kedatangan Ramadhan, surau kita akan menerima sumbangan aircond dari seorang hamba Allah. Alhamdulillah hajat untuk memasang aircond seperti yang diwar -warkan dalam blog ini beberapa minggu lepas akhirnya menjadi kenyataan juga.

Syukur kepada Allah yang telah memakbulkan hajat kita semua.

Insya'allah tahun ini kita tak berpanas - panas lagi ketika solat Tarawikh. Maklumlah bulan puasa, surau padat, jemaaah ramai, suhu badan masing - masing pun tentu meningkat selepas berbuka puasa. Badan berpeluh - peluh berhimpit dalam saf. Kipas yang sedia ada kadang - kadang tak mencukupi untuk menyejukkan suhu panas tubuh badan.

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini ibadah kita lebih baik dari tahun  lepas! Jangan sampai terlena kesejukan macam gambar kat atas tu udah ler yeop!!

p/s: Terimakasih kepada semua yang mengambil bahagian memebersihkan kawasan persekitaran surau pagi tadi. Semoga Allah mencatatkan sebagai amal soleh.

iklan sebelum ini


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Jumaat, 30 Julai 2010

Posisi tidur menurut Islam dan Sains


Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak - kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya pada kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Khamis, 29 Julai 2010

Amil Zakat Fitrah 1431 Surau Ad Diniyyah 1431


Urusan Zakat dan zakat Fitrah Sepanjang Ramadhan : Untuk sebarang urusan zakat hubungi Tuan Haji Zulkifli Bin Wahijan (No. 33 Jalan 2A / 7) No telefon 013-3672260

Jika anda mempunyai sebarang maklumat tentang anak yatim dan fakir miskin sila maklumkan juga kepada Amil Tuan Haji Zulkifli.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 


















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Rabu, 28 Julai 2010

Ramadhan 1431 yang kian hampir


Mudah - mudahan kita sempat bertemunya

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan - ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba hamba Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban - beban dan mereka akan datang kepadaKu."

4. Dirantaikan syaitan - syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.

Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja



















 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Isnin, 26 Julai 2010

Sahkah solat beimamkan imam seperti ini?


Berikut ialah beberapa persoalan fekah yang timbul berhubung solat berjemaah. Hukum mengikut mazhab Syafie'

1. Imam budak kecil yang mumayiz

Apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah solatnya. Sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh. Harus juga dia menjadi imam solat jumaat sekiranya makmumnya cukup 40 orang tidak termasuk dia.

Ini berdasarkan hadis dari sahabat Nabi s.a.w Amru bin Salamah r.a. Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah s.a.w ketika aku masih berumur tujuh tahun." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini kerana beliau paling elok bacaannya dikalangan kaumnya. Nabi s.a.w bersabda:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله

Maksudnya: "Imam kepada satu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya." (Hr Muslim)

2.Imam yang solat duduk, solat baring atau solat dgn isyarat


Harus bagi orang yang solat berdiri untuk bermakmumkan orang yang sembahyang duduk. Ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Nabi S.A.W sembahyang duduk ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya. Abu Bakar dan sahabat lainya menjadi makmum dalam keadaan berdiri dibelakangnya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Seperti mana diharuskan imam yang duduk ini, diharuskan juga imam yang baring dan memberi isyarat.

3. Imam yang bertayammum, Imam yang menyapu atas khuf (kasut menutup buku lali) dan imam yang mempunyai keuzuran.

Harus ketiga jenis di atas untuk menjadi imam. Harus orang yang bertayammum menjadi imam kepada yang tak bertayammum atau bertayammum selagi solat imam tidak perlu diulang. Ini kerana sebahagian orang yg bertayammum perlu mengulang balik solatnya seperti yang bertayammum kerana ketiadaan air di tempat yang biasa ada air.

Maksud imam yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang istihadah, kencing tak berhenti dan lain2. Dia boleh jadi imam kepada orang yang tidak mempunyai uzur tersebut.

4. Imam yang solat sunat dan solat qada

Imam yg solat sunat boleh diikuti oleh makmum yang solat wajib dan sebaliknya. Imam yang solat qada boleh diikuti makmum yang solat tunai (dalam waktu) dan sebaliknya. Imam yang solat fardu zuhur boleh diikuti makmum yang solat subuh dan sebaliknya.

Tidak sah berlainan solat imam dan makmum yang berlainan caranya seperti solat jenazah (tidak ada sujud dan ruku') dan solat gerhana (ada dua ruku' dan qiam dalam satu rakaat) berimamkan solat biasa dan sebaliknya.

Dalilnya adalah: Jabir bin Abdullah r.a telah meriwayatkan hadis:

"Sesungguhnya Muaz r.a. solat Isya bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan mengimami solat isya mereka." (Hr Bukhari dan Muslim).Solat isya pertama Muaz adalah yang fardu dan yang kedua adalah sunat.

Seorang lelaki datang ke masjid untuk solat.Sesampai dia ke masjid Nabi dan para sahabat r.a telah selesai sembahyang fardu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

" Siapa yang hendak sedekah kepada orang ini (dengan solat berjemaah dgnnya)?" Maka bangun seorang lelaki solat berjemaah dengannya." (Hr Abu Daud)

Orang yang lambat datang adalah solat fardu dan yang menyahut seruan Nabi s.a.w itu solat sunat.

5. Orang yang jamak dan qasar berimamkan orang yang tidak jamak dan qasar

Orang yang solat jamak sahaja tanpa qasar boleh menjadi imam kepada orang yang tidak jamak dan sebaliknya. Manakala orang yang qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang tak qasar walaupun sebentar (sekadar tahiyat akhir). Adapun sebaliknya dibenarkan.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a ditanya "Kenapa orang musafir sembahyang dua rakaat (qasar) ketika solat sendiri dan solat sempurna (4 rakaat) ketika jadi makmum dgn orang yg solat sempurna." Ibnu Abbas menjawab: "Itulah Sunnah" (Hr Ahmad-sahih)

6. Imam Yang fasik

Sah berimamkan orang yang fasik tetapi makruh. Dalam hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu di belakang orang baik atau yang fasik." (Hr Baihaqi)

7. Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka: (salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan).

Semua ini adalah dalam mazhab Syafie.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Sabtu, 24 Julai 2010

Nama Akaun Surau Ad Diniyyah yang baru


Salam kepada semua!

Untuk makluman, nama akaun Surau telah kini telah ditukar.Sebelum ini nama akaun surau ialah
AJK SURAU AD DINNIAH TAMAN BANDAR BARU SELAYANG FASA 2A

Nama baru akaun surau ialah
 
SURAU AD DINIYYAH

Semua urusan selepas ini akan menggunakan nama akaun baru. Nombor Akaun masih lagi sama iaitu BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

14069010001875.

Kepada semua penduduk Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Sumbangan tetap bulanan untuk Tabung Surau Ad-Diniyyah ialah sebanyak RM10.00 sebulan. Sila hubungi Bendahari Surau Haji Sapuan Daman di talian 013-3320300

Simpan resit dan serahkan kepada Bendahari, Resit rasmi pembayaran akan dikeluarkan.

SK


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja





















Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Jumaat, 23 Julai 2010

Amalan di malam Nisfu Syaaban 1431


Tahun ini 14 Syaaban 1431 Hijriah ialah pada hari Isnin (26 Julai 2010) dan nisfu Syaaban ialah pada hari Selasa (27 Julai 2010). Isnin malam Selasa iaitu malam nisfu Syaaban. Antara amalan yang disunatkan ialah berpuasa pada hari 14 Syaaban iaitu pada hari Isnin 26 Julai dan Qiyaamullail pada malamnya.
 
PENGERTIAN NISFU SYAABAN DAN AMALAN AMALAN  DI MALAMNYA
 
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Sya'aban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul qadr.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Daripada Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis : "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersolat dengan sungguh - sungguh serta lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan kaki baginda bergerak.
 
Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan keampunanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripada kemurkaanMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti mana Kamu memuji diriMu sendiri.”
 
Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada isterinya Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepeda mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang - orang yg dengki.”

Hari nisfu syaaban adalah hari di mana buku rekod catatan amalan kita selama setahun Hijriah diangkat ke langit dan diganti dengan buku rekod catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan di buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula iaitu pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).
 
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa samada besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa - dosa kedua ibubapa kita dan ahli keluarga kita samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Amat baik sekali dibacakan penghulu
 
Istighfar (Sayyidul istighfar). Allahumma anta rabbii. Laa ila ha illaa anta kholaq tanii. Wa ana 'abduk. Wa ana 'ala 'ahdika wa wa' dika mas tato'tu A'u zubika min syarrimaa sona'tu. Abu u laka bini' matika 'alaiya wa abu u bizambi. Faghfirlii fa innahu laa yagh firuz zunuuba illa ant (sila rujuk tulisan arab untuk bacaan dan makhraj yang lebih tepat).
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70 hingga 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih Subhanallah. (100 kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat - solat sunat; antaranya: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknyamemohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal ibadat untuk meningkatkan ketaatan, dan jangan sekali-kali menangguhkannya kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja











 

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com