Isnin, 26 Julai 2010

Sahkah solat beimamkan imam seperti ini?


Berikut ialah beberapa persoalan fekah yang timbul berhubung solat berjemaah. Hukum mengikut mazhab Syafie'

1. Imam budak kecil yang mumayiz

Apabila budak kecil itu sudah pandai berfikir dan dia cukup syarat sah solat maka sah solatnya. Sah dia menjadi imam kepada lelaki dan perempuan yang baligh. Harus juga dia menjadi imam solat jumaat sekiranya makmumnya cukup 40 orang tidak termasuk dia.

Ini berdasarkan hadis dari sahabat Nabi s.a.w Amru bin Salamah r.a. Beliau berkata:"Aku menjadi imam di zaman Rasulullah s.a.w ketika aku masih berumur tujuh tahun." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini kerana beliau paling elok bacaannya dikalangan kaumnya. Nabi s.a.w bersabda:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله

Maksudnya: "Imam kepada satu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya." (Hr Muslim)

2.Imam yang solat duduk, solat baring atau solat dgn isyarat


Harus bagi orang yang solat berdiri untuk bermakmumkan orang yang sembahyang duduk. Ini berdasarkan hadis rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya Nabi S.A.W sembahyang duduk ketika baginda sakit yang membawa kepada kewafatannya. Abu Bakar dan sahabat lainya menjadi makmum dalam keadaan berdiri dibelakangnya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Seperti mana diharuskan imam yang duduk ini, diharuskan juga imam yang baring dan memberi isyarat.

3. Imam yang bertayammum, Imam yang menyapu atas khuf (kasut menutup buku lali) dan imam yang mempunyai keuzuran.

Harus ketiga jenis di atas untuk menjadi imam. Harus orang yang bertayammum menjadi imam kepada yang tak bertayammum atau bertayammum selagi solat imam tidak perlu diulang. Ini kerana sebahagian orang yg bertayammum perlu mengulang balik solatnya seperti yang bertayammum kerana ketiadaan air di tempat yang biasa ada air.

Maksud imam yang mempunyai keuzuran seperti perempuan yang istihadah, kencing tak berhenti dan lain2. Dia boleh jadi imam kepada orang yang tidak mempunyai uzur tersebut.

4. Imam yang solat sunat dan solat qada

Imam yg solat sunat boleh diikuti oleh makmum yang solat wajib dan sebaliknya. Imam yang solat qada boleh diikuti makmum yang solat tunai (dalam waktu) dan sebaliknya. Imam yang solat fardu zuhur boleh diikuti makmum yang solat subuh dan sebaliknya.

Tidak sah berlainan solat imam dan makmum yang berlainan caranya seperti solat jenazah (tidak ada sujud dan ruku') dan solat gerhana (ada dua ruku' dan qiam dalam satu rakaat) berimamkan solat biasa dan sebaliknya.

Dalilnya adalah: Jabir bin Abdullah r.a telah meriwayatkan hadis:

"Sesungguhnya Muaz r.a. solat Isya bersama Rasulullah s.a.w. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan mengimami solat isya mereka." (Hr Bukhari dan Muslim).Solat isya pertama Muaz adalah yang fardu dan yang kedua adalah sunat.

Seorang lelaki datang ke masjid untuk solat.Sesampai dia ke masjid Nabi dan para sahabat r.a telah selesai sembahyang fardu. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:

" Siapa yang hendak sedekah kepada orang ini (dengan solat berjemaah dgnnya)?" Maka bangun seorang lelaki solat berjemaah dengannya." (Hr Abu Daud)

Orang yang lambat datang adalah solat fardu dan yang menyahut seruan Nabi s.a.w itu solat sunat.

5. Orang yang jamak dan qasar berimamkan orang yang tidak jamak dan qasar

Orang yang solat jamak sahaja tanpa qasar boleh menjadi imam kepada orang yang tidak jamak dan sebaliknya. Manakala orang yang qasar tidak boleh menjadi makmum kepada imam yang tak qasar walaupun sebentar (sekadar tahiyat akhir). Adapun sebaliknya dibenarkan.

Dalilnya adalah seperti berikut:

Ibnu Abbas r.a ditanya "Kenapa orang musafir sembahyang dua rakaat (qasar) ketika solat sendiri dan solat sempurna (4 rakaat) ketika jadi makmum dgn orang yg solat sempurna." Ibnu Abbas menjawab: "Itulah Sunnah" (Hr Ahmad-sahih)

6. Imam Yang fasik

Sah berimamkan orang yang fasik tetapi makruh. Dalam hadis menyebut: "Sembahyanglah kamu di belakang orang baik atau yang fasik." (Hr Baihaqi)

7. Imam yang dibenci

Makruh berimamkan orang dibenci oleh kebanyakan makmumnya. Dalilnya sabda Nabi s.aw:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka: (salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan).

Semua ini adalah dalam mazhab Syafie.


S U R A U K I N I

Menyokong penuh usaha

 

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A

Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak

Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja

 

 












Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: