Rabu, 12 November 2014

Terkini dari Kedah - Video Puting beliung di Kedah




Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini. 

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih lima buah rumah rosak teruk apabila sebahagian struktur rumah ranap dan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Seorang penduduk, Che Tom Ahmad, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengemas bahagian dapur rumah.

"Pada mulanya saya dengar bunyi angin yang kuat sebelum bahagian bumbung bergegar seperti nak runtuh.

"Saya terus panggil dua anak dan kami berpelukan sambil menangis sehingga bunyi hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, selepas keadaan reda dia terkejut apabila melihat keseluruhan bumbung rumah sudah diterbangkan angin. 





K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: