Jumaat, 14 November 2014

Sejarah Pulau Poveglia yang mengerikan. - Video




MUNGKIN ramai yang tidak tahu sejarah di sebalik keindahan Pulau Poveglia, iaitu salah satu pulau kecil yang terletak di Itali. Terletak di antara sempadan Itali dan Lido, pulau in dikatakan menyimpan sejarah yang agak menakutkan.

Sejarah bagi pulau ini bermula pada tahun 1379 apabila ia dikatakan menjadi tempat persembunyian bagi pelarian perang ketika berlakunya siri peperangan di Eropah. Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa pada abad-abad berikutnya.

Kisah hitam pulau ini dicatatkan pada tahun 1793 apabila serangan wabak penyakit melanda Itali.

Dikatakan, pulau tersebut menjadi lokasi ‘ideal’ bagi kerajaan Itali untuk mengkuarantin pesakit bagi wabak bubonik, taun, denggi dan sebagainya daripada menjangkiti atau menyebarkan virus kepada penduduk di tanah besar Itali.

Menurut masyarakat tempatan, pesakit yang dihantar ke pulau itu akan dibakar hidup-hidup atau dibiarkan kelaparan sehingga mati.

Malah ada yang mengatakan, sebilangan pesakit yang dibawa ke pulau itu akan dicampakkan ke dalam sebuah lubang yang dipenuhi rangka dan tengkorak manusia.

Pada tahun 1922, sebuah rumah sakit jiwa dibangunkan di pulau indah itu.

Namun wujud pelbagai laporan mengatakan, kesemua pesakit jiwa yang mendapat rawatan di pulau tersebut mati akibat kekejaman doktor yang melakukan pelbagai uji kaji dan eksperimen kejam ke atas pesakit mereka.

Dikatakan, doktor yang merawat pesakit-pesakit di hospital sakit jiwa itu membunuh diri dengan terjun dari menara lama yang terdapat di hospital berkenaan.

Pulau itu terbiar tanpa penghuni sejak tahun 1968.

Sehingga kini, Pulau Poveglia seluas 68 kilometer persegi ini mencatatkan kematian sehingga 160,000 nyawa.

Menurut laporan portal The Telegraph pada April tahun ini, pulau tersebut sedang dilelong oleh kerajaan Itali untuk dibangunkan kepada pusat peranginan mewah.

Hasil carian Sinar Harian Online menerusi aplikasi satelit Google Map menunjukkan bangunan lama pulau tersebut masih dikekalkan sehingga kini.

Namun pulau itu dilaporkan mulai dikawal ketat oleh pihak kerajaan dan ditutup kepada pelawat mulai tahun ini. - SH 






K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: