Air Zam - zam 10 liter? Bagaimana ia dibotolkan??
SK ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog Suraukini yang telah berurusan dengan SK untuk membuat kerja - kerja badal Haji 1433. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Semua amanah urusan badal haji telah SK tunaikan. Insyaallah semua petugas badal haji sudah bersedia di Makkah ketika ini menunggu detik 9 Zulhijjah untuk memulakan amanah badal haji.
Insyallah badal Haji akan dilaksanakan dengan sempurna !
Sebagai cenderahati tanda penghargaan, SK telah menguruskan penghantaran air zam - zam sebanyak 10 liter (seperti gambar di atas) kepada semua waris yang membuat Badal Haji tahun ini. SK difahamkan semua proses penghantaran telah sempurna dan selamat sampai ke alamat rumah masing - masing.
SK ingin berkongsi dengan semua pembaca blog dalam entri kali ini - Bagaimana air zam - zam 10 liter ini dibotolkan?. Jom! Saksikan video ini untuk tambah ilmu pengetahuan anda!
Urusan Badal Haji untuk tahun 2012 /1433 ini telah ditutup! Kuota sudah penuh. Insyallah kalau berhajat untuk buat badal haji tahun hadapan 2013 / 1434 hubungi SK 013-2791608. Daftar awal lebih bagus kerana kuota terhad. Insyallah tahun hadapan SK usahakan untuk tambah kuota.
Syukran ye! Klik Iklan di bawah untuk badal haji 2013 / 1434
SK
0 ulasan:
Catat Ulasan