Sabtu, 2 Jun 2012

Gerhana Bulan 4 Jun 2012


Makin kerap fenomena gerhana. 4 Jun ini akan berlaku lagi fenomena gerhana bulan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

GERHANA BULAN SEPARA PADA 4 JUN 2012 Umat Islam di Pulau Pinang berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012 ini. Gerhana akan bermula jam 6.00 petang dan akan berakhir pada 8.06 malam. Memandangkan matahari hanya akan terbenam pada jam 7.31 malam di Pulau Pinang pada hari itu, umat Islam di Pulau Pinang boleh menyaksikan gerhana sekitar jam 7.45 malam, iaitu ketika bulan berada pada ketinggian lebih kurang 5 darjah daripada ufuk Timur.

Memandangkan jarak masa berlakunya gerhana bulan ini agak singkat, umat Islam di Pulau Pinang dicadangkan keluar melihat fenomena gerhana pada jam 7.45 malam dan menunaikan solat sunat gerhana bulan pada 7.50 malam. Seterusnya bolehlah diikuti dengan Khutbah Gerhana Bulan. Maklumat mengenai solat sunat gerhana boleh didapati dengan memuat turun buku 'peristiwa gerhana menurut perspektif falak' di ruangan/ menu muat turun.    

sumber 











0 ulasan: