Aib menurut kamus dewan ialah hina atau malu oleh sebab
sesuatu perbuatan yg tidak sopan. Pastinya setiap diantara kita mempunyai aib
dan tidak ingin ianya terbongkar. Ianya merupakan salah satu perkara yang
berkaitan dengan maruah. Di dalam Islam terdapat larangan membuka aib saudara
Islam.
Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :
Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :
"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim Allah
s.w.t akan menutup keaibannya di hari kiamat".
Hadis Riwayat
Muslim.
Hadis ini merupakan salah satu hadis yang memberi
secukupnya didikan yang paling penting bagi umat Islam. Menutup aib dan rahsia
seorang muslim merupakan sesuatu pertolongan yang demi menjaga maruahnya di depan
khalayak dalam semua masyarakat muslim mahupun bukan muslim.
Membongkarkan keaiban orang lain merupakan satu sifat
keji dan hati yang busuk yang tidak mahu mendapat rahmat Allah s.w.t bukan
sahaja didunia bahkan dihari kiamat dimana rahsia- rahsia manusia akan
dibongkarkan atau tetap dirahsiakan bagi orang yang tidak membongkarkan rahsia
orang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan