KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.
BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin. Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi. Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.
Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya
BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi. Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi
Jom lihat video ini. Mengembara bersama belon helium
0 ulasan:
Catat Ulasan