Ahad, 21 Ogos 2011

Angkasa nafi bulan kelilingi Kaabah



Jangan percaya SMS ini

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang menghebahkan dakwaan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang berlaku di Mekah malam kelmarin.

Fenomena yang kononnya berlaku sehingga semalam itu turut tersebar meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana tiada kejadian unik atau ganjil dari segi pergerakan atau kedudukan bulan pada malam tersebut.

“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.

Fairos menambah, dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat demikian.









 

0 ulasan: