Ahad, 26 Jun 2011

Mahasuci Allah menjadikan alam semesta - Pokok yang lapar!!



Tidak kiralah ia motosikal, basikal, kereta, penunjuk jalan, pagar atau batu nisan, gambar ini menunjukkan pokok akan memakan apa saja yang menghalang tumbesaran mereka.Walaupun kebanyakan gambar dirakam di Amerika Syarikat, ada beberapa yang diambil di negara lain, termasuk satu di Britain yang menunjukkan sebuah peti surat hampir dimakan oleh pokok di sebelahnya.

Kebanyakan gambar menakjubkan ini menunjukkan betapa kuatnya pokok, membesar di sekitar objek yang ditinggalkan di laluan mereka, tidak kira besar atau kecil.
Imej ini menjadi sensasi Internet dengan ramai yang melayari hungrytrees.com untuk melihatnya atau menambah gambar yang mereka rakam sendiri, menunjukkan pokok ‘kebulur.’ Menariknya, untuk sampai ke peringkat seperti ini, pokok biasanya memakan objek berkenaan secara perlahan-lahan sepanjang 30 tahun.


berapa tahun agaknya nak jadi macam ni???

Menakutkan

Penanda jalan dibaham pokok lapar

0 ulasan: