Isnin, 23 Mei 2011

Video Rangkuman Aktiviti Surau Ad Diniyyah 2010 - 2011

Salam untuk semua

SK merakamkan ucapan terimakasih kepada semua yang menghadiri Mesyuarat Agung Surau Ad Diniyyah Kali ke 9 yang diadakan malam tadi. Kehadiran memberangsangkan. Terimakasih juga atas kesudian Tuan Haji Zainal Abidin Bin Darudin - Nazir Masjid Sungai Tua untuk merasmikan mesyuarat pada tahun ini. Tema mesyuarat Agung tahun ini ialah : DI SINI MUAMMALAH BERMULA


Hujan sederhana lebat malam tadi memaksa mesyuarat bertukar tempat. Pada awalnya mesyuarat diadakan di perkarangan surau di bawah khemah. Apabila hujan mula turun, pengerusi mesyuarat mencadangkan supaya mesyuarat berpindah ke dalam surau.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir mesyuarat malam tadi pastinya anda tidak berkesempatan menonton persembahan multimedia Rangkuman Aktiviti 2010 - 2011. Buahtangan kenang - kenangan dari SK untuk semua. Pagi ini SK telah memuatnaikkan persembahan tersebut ke youtube untuk tatapan semua.

Selamat menonton Rangkuman Aktiviti Surau Ad Diniyyah sepanjang setahun yang lalu.

0 ulasan: