Selepas selesai 3 program besar hujung minggu baru - baru ini, AJK Ad Diniyyah akan menghadapi 2 lagi program besar hujung minggu ini pula. Program Kursus Pengurusan Jenazah pada 28 Mei bermula jam 8.30 pagi berakhir jam 4.30 Petang.
Jam 5.00 Petang hari yang sama dan tempat yang sama akan diadakan Majlis Aqad Nikah anak Perempuan Haji Abdul Rahim. Haji Abdul Rahim adalah salah seorang AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Majlis berakhir sekitar jam 6.30.
Jam 9.00 malam hari yang sama, ada majlis doa selamat di rumah pengantin. Esok paginya kita gotong royong kenduri kendara di rumah Pengantin pula.
Untuk selaraskan 2 program besar ini, satu mesyuarat akan diadakan sekali lagi pada
Tarikh : 26 Mei 2011
Hari : Khamis
Jam : Selepas Isyak
Tempat : Surau Ad Diniyyah
Jemput datang tanda sokongan - "Di sini Muammalah bermula"
SK: Anak - anak tahfiz berperah otak minggu ini untuk ujian penggal.
jumlah peserta berdaftar sehingga hari ini
jumlah peserta berdaftar sehingga hari ini
0 ulasan:
Catat Ulasan