Rabu, 16 Mac 2011

Fenomena 19 Mac. Bulan Paling hampir dengan bumi?


SK mendapat maklumat awal tentang fenomena bulan menghampiri bumi selepas membaca sebuah akhbar tempatan beberapa hari lepas. Untuk menambah maklumat tentang fenomena ini SK telah membuat beberapa tinjauan ke beberapa website yang berkaitan falak dan astronomi. Selepas membuat beberapa tinjauan, SK tidak terjumpa pula apa yang dikatakan fenomena bulan besar pada tarikh 19hb Mac. Mungkin SK belum jumpa maklumat itu.

Bagaimanapun pun fenomena tersebut memang pernah berlaku dan memang ada istilah - isilah yang digunakan pada fenomena tersebut. SK sertakan maklumat ini untuk dikongsi bersama

Supermoon, Syzygy & Adi Bulan

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.

Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).

Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo)

Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?

Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Menurut akhbar harian yang SK baca fenomena ini akan berlaku sekali lagi pada 19 Mac ini. Wallahu 'alam. Mungkin ada pembaca SK ada maklumat yang boleh dikongsi bersama.

Bulan purnama akan kelihatan lebih besar daripada biasa di langit malam itu apabila bulan menghampiri titik di dalam kitarannya yang dipanggil sebagai 'lunar perigee'. Para pencerap boleh menikmati pemandangan yang menarik apabila Bulan menghampiri Bumi pada jarak 221,567 batu pada orbitnya yang berbentuk ellips orbit – jarak paling dekat sejak tahun 1992.

Bulan purnama kali ini akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang di langit terutamanya pada sekitar pukul 12-2 pagi (20 Mac) di Jasin, Melaka mengikut simulasi Stellarium.

Antara Fenomena Alam yang akan berlaku pada bulan Mac ini
 
16 Mac - Planet Utarid akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Planet Musytari
21 Mac - Fenomena Equinoks - Keaadan Matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
 
Mahasuci Allah Tuhan Semesta Alam
Wallahu a'lam. Jika benar apa yang dilaporkan, kita berpeluang menyaksikan satu dari tanda - tanda kebesaran Allah.

Kongsi video ini untuk menambah maklumat tentang alam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nk tau lebih lanjut di sini :
http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/mukjizat-dahulu-matahari-kini-bulan/197089046980455

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan ritual berasaskan kesyaitanan akan memilih hari2 sebegini kerana dpercayai keadaan sebegini menyebabkan ketidakstabilan alam.. ini mempengaruhi campurtangan dunia ghaib ke dunia kita..

sekadar info

syukran

-lightspeed traveller.