Shinkawa
Seorang lelaki berusia 65 tahun telah ditemui di atas atap rumahnya yang dijadikan rakit, hampir 10 batu di tengah lautan. Beliau ditemui oleh pasukan penyelamat dua hari selepas tsunami yang melanda pantai utara-timur Jepun.
Beliau ditemui oleh sebuah kapal angkatan pertahanan diri maritim yang mengambil bahagian dalam usaha menyelamat. Shinkawa ditemui ketika melambaikan bendera merah buatan sendiri selepas dua hari berada di tengah lautan
Shinkawa berkata :"Tidak ada helikopter atau perahu yang datang dekat melihat saya, saya mengira hari itu akan menjadi hari terakhir dalam hidup saya .. Para pegawai kerajaan mengatakan Shinkawa berada di dalam "keadaan baik" setelah dibawa ke rumah sakit dengan helikopter.
"Saya melarikan diri ketika mendengar tsunami datang," katanya kepada Jiji Press. "Saya pulang ke rumah untuk mengambil sesuatu dari rumah dan ketika itu saya hanyut di bawa ombak. Saya sempat berpaut pada serpihan atap rumah saya .."
Pasukan penyelamat mengatakan, cuaca yang baik dan air yang tenang telah membolehkan Shinkawa untuk tetap hidup selama 48-jam.
0 ulasan:
Catat Ulasan