Isnin, 25 Oktober 2010

SUMBANGAN UNTUK PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH




Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
No 62, Jalan 2A/5 Taman Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Jalan Sungai Tua Bharu, Batu Caves, 68100
Selangor Darul Ehsan

25hb Oktober 2010
Kepada

Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
Muslimin dan Muslimat
Assalamualaikum Warahmatullah!

PER: SUMBANGAN UNTUK PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH

Perkara diatas mohon dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Tahfiz ini telah siap dibina pada tahun 2007 dan akan mula beroperasi pada 03 Januari 2011. Satu Jawatankuasa Pengelola telah dilantik untuk menjayakan operasi Pusat Tahfiz ini.

3. Bagi menjayakan hasrat murni ini AJK Pusat Tahfiz Ad Diniyyah merayu untuk mendapatkan komitmen sumbangan kewangan dari pihak Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik untuk mempastikan Pusat Tahfiz ini dapat terus bertahan sehingga melahirkan Para Hafiz.

4. Semoga sumbangan dan komitmen yang diberikan ini dapat menjadi bekalan yang berguna di akhirat kelak. Mudah – mudahan Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / dapat menerima syafaat dari para hafiz yang bakal dilahirkan ini.

Sabda Rasulullah SAW

Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, “Barang siapa membaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.

SEKIAN TERIMAKASIH
BERSAMA MEMBINA GENERASI AL QURAN

Setiausaha Pusat Tahfiz Ad Diniyyah
013-2791608
(Untuk sumbangan melalui cek bayaran boleh dibuat ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama
NAMA AKAUN: PUSAT TAHFIZ AD DINIYYAH
BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
NO AKAUN: 14069010024005








0 ulasan: