Jumaat, 10 September 2010

Hukum Solat Jumaat ketika hari Raya jatuh pada hari yang sama



Berdasarkan hadits-hadits yang marfu’ kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ini dan atsar-atsar yang mauquf dari sejumlah sahabat radhiallahu anhum dan berdasarkan ketetapan jumhur ulama, maka Lajnah Daimah menjelaskan kedudukan hukumnya sebagai berikut:

1- Barangsiapa yang telah menghadiri solat Ied maka diberikan keringanan untuk tidak menghadiri solat  Jumat, dan dia cukup solat Zohor di waktu Zohor, dan jika dia menunaikan solat Jumaat maka itu lebih utama.

2- Barangsiapa yang tidak menghadiri solat Ied maka dia tidak mendapatkan keringanan ini, oleh itu tidak gugur kewajiban Jumaat atasnya, maka dia wajib untuk menghadiri solat  Jumat, dan jika tidak cukup jumlah jamaah untuk sholat Jumat maka dia cukup solat Zohor.

3- Wajib atas imam masjid Jumaat mengadakan solat  Jumat pada hari itu supaya boleh dihadiri oleh orang ramai dan orang yang tidak menunaikan solat ied.

4- Barangsiapa yang telah menghadiri sholat Ied dan mengambil keringanan tidak menghadiri sholat Jumat maka dia perlu solat  Zohor setelah masuk waktu Zohor.

5- Tidak disyariatkan pada waktu ini adzan kecuali dimasjid - masjid yang ditegakkan didalamnya solat Jumaat, maka tidak disyariatkan adzan untuk solat Zohor pada hari itu.

Lajnah Daimah lil Buhuts Ilmiyah wal Ifta:

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad Alu Syaikh.
Anggota: Abdullah bin Abdur Rahman Al-Ghadayan.
Anggota: Bakr bin Abdullah Abu Zaid.
Anggota: Shalih bin Fauzan Al-Fauzan

K R I S T A L  T A S N I M  E N T E R P R I S E
Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pusat Tahfiz Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Kampung Jukaing Kemboja


<

Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

0 ulasan: