Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Jumaat, 30 Mac 2018

Gambar sekitar Majlis penyampaian Al Quran Wakaf Anjuran Kristal Tasnim di Maahad Sultan Ahmad Shah Jengka Pahang 30 Mac 2018


Alhamdulillah selesai majlis penyampaian Al Quran Wakaf di Maahad Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka Pahang Darul Makmur pagi ini Jumaat 30 Mac 2018. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ustaz Faridzul Izan Mohamad Norawi yang mewakili pihak Kristal Tasnim. Sumbangan diterima oleh Ustaz Norsufian Asmuni selaku YDP PIBG MaahadSAS.

Sejumlah 150 naskhah Al Quran adalah sumbangan pewakaf yang diuruskan oleh Kristal Tasnim Enterprise. Al Quran wakaf ini akan dimanfaatkan oleh pelajar aliran Tahfiz di Maahad ini.

Pembelian Al Quran wakaf ini adalah hasil lebihan wang peserta Korban Aqiqah di Kemboja tahun 2017.

Pihak Kristal Tasnim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini, Semoga Allah berkati para pewakaf. Mudah mudahan pahala pewakaf mengalir berterusan saat nafas terhenti.







Ustaz Faridzul Izan menyampaikan Al Quran wakaf kepada YDP PIBG Ustaz Norsufian Asmuni 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja



Khamis, 29 Mac 2018

Peluang untuk menaja majlis berbuka Puasa di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah




Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dengan berbesar hati membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk meraih pahala berganda di Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Jawatankuasa membuka peluang untuk infaq  penajaan Majlis berbuka puasa di Pusat Tahfiz ini. Kos anggaran untuk berbuka puasa ialah RM500.00 sehari.

Kepada yang berhajat, boleh menghubungi nombor yang tertera pada iklan.

FHMN
Mudir Tahfiz Ad Diniyyah
013 7557011



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Rabu, 28 Mac 2018

Ustaz Hasbullah Najib ] Hadith akhir zaman


Ustaz Hasbullah Najib ] Hadith akhir zaman
Rakaman kuliah Maghrib di Surau / Tahfiz Ad Diniyyah

Jom! Menyumbang untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah. Kami berazam melahirkan Generasi pewaris Al Quran. Untuk menyumbang anda boleh salurkan ke Nama Akaun - Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Nombor Akaun Bank Islam Malaysia Berhad 14069-01-002-4005

"Siapakah manusia yang paling bijak? 
Manusia yang berhenti nafasnya. Namun Tidak berhenti pahalanya"



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Ahad, 11 Mac 2018

Video Gambar sekitar Projek telaga Wakaf di Masjid Abdul Rahman di Kampung Aur Chkeang Cambodia


Gambar Sebelum 

Gambar sekitar Projek telaga Wakaf di Masjid Abdul Rahman di Kampung Aur Chkeang Cambodia. Terima kasih kepada para pewakaf. Jazakumullah Khairan


Video semasa gali dan memasukkan kerek



Bagaimana cara nak wakaf klik sini

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pembinaan Kompleks Islam Al Farabi, Jor Kaeng Kemboja 
Pembinaan Surau Nurul Iman, Daerah Snoul, Wilayah Keracheh Kemboja


Selasa, 6 Mac 2018

Kisah Pengislaman Saidina Abu Bakar As Siddiq ] Ustaz Khan Daei Muhajir Madani



Kisah Pengislaman Saidina Abu Bakar As Siddiq ] Ustaz Khan Daei Muhajir Madani



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Jumaat, 2 Mac 2018

Gambar sekitar Ziarah Silaturahim Cambodia 16 - 19 Feb 2018 di Kampung Rokapram Klauk - Ziarah telaga wakaf


Gambar sekitar Ziarah Silaturahim Cambodia 16 - 19 Feb 2018 di Kampung Rokapram Klauk - Ziarah telaga wakaf


Telaga Wakaf Tuan Haji Mohamad Noor dan Hajah Munah




Telaga Wakaf Allahyarham Hajjah Halijah Bt Haji Ahmad siap untuk dimanfaatkan oleh fakir miskin

Terima kasih kepada semua yang berwakaf

Jazakumullah Khairan!

Bagaimana proses utk wakaf telaga utk fakir miskin di Kemboja?

Buat Dulu. Bayar kemudian.

Langkah

1. Pihak Kristal Tasnim akan kenal pasti lokasi yg sesuai.

2. Wakil kami di Kemboja akan ambil gambar lokasi dan hantar kpd pewakaf utk dapatkan persetujuan.

3. Jika pewakaf setuju, kerja gerudi / gali akan dimulakan. Jika lokasi tiada punca air, kami akan cadang lokasi kedua yg lebih sesuai.

4. Wakil kami di Kemboja akan kirim gambar dan video sewaktu gerudi.

5. Kami akan hantar lagi video dan gambar sewaktu pemasangan tanda nama pewakaf pada telaga. Setiap telaga ada nama tuan pewakaf.

6. Telaga siap. Pewakaf puas hati. Baru buat bayaran. Jika tidak puas hati. Tidak perlu bayar apa apa.

Semoga Allah berkati semua pewakaf


بادروا بالاعمال الصالحة

Berlumba - lumbalah dlm perbuatan amal soleh!

Ustaz Faizal Haizad Mohamad Norawi
Pengarah
Kristal Tasnim
013 7557011

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Rabu, 28 Februari 2018

Jom! Dengarkan kelunakan bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi



Seorang lagi anak muda Kelantan kali ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana kelunakan suaranya apabila melontarkan kalimah-kalimah Allah melalui bacaan Al-Quran mendapat perhatian dunia dan mencetus fenomena sehingga di Arab Saudi dan negara rantau Asia Barat yang lain akhir-akhir ini.


Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.



Fenomena ini telah membawa berita Yusuf dan mewawancaranya di salah sebuah stesen televisyen terkemuka, Al-Arabiya kerana keterujaan mereka terhadap beliau yang berjaya menghafaz Al-Quran sejak berumur enam tahun.




Meyakini kebolehan anaknya, bapa Yusuf telah mendaftkarkan anaknya mengikuti kelas disebuah masjid untuk mempelajari tajwid serta hukum bacaan dan lantas, pada usianya 13 tahun, Yusuf sudah mahir mendalami maqamat iaitu salah satu kaedah melunakkan suara bacaan.



Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara tersebut, Yusuf menyampaikan terima kasihnya kepada kedua orang tua, guru serta sokongan orang sekeliling yang selalu meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.



Malah, beliau juga berkongsi beberapa tokoh tersohor yang menjadi inspirasinya seperti Sheikh Mustafa Ismai, Sheikh al-Shanat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.



Menjawab salah satu persoalan daripada pihak televisyen tersebut dimana ramai qari-qari muda meniru gaya bacaan daripada mereka yang lebih berpengalaman, namun Yusuf menjawab bahawa tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari senior.  Walaubagaimana pun bagi dirinya, seseorang qari itu harus bijak merancang dan meningkatkan gaya bacan baru untuk membina imej yang unik.



Pada masa ini, Yusuf masih menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail dan beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan diperingkat universiti Malaysia.



Menurut laporan lagi, Yusuf berkongsi bahawa beliau akan sentiasa berusaha untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati.





K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Sabtu, 24 Februari 2018

Gambar sekitar Ziarah Silaturahim Cambodia 16 - 19 Feb 2018 di Kampung Rokapram Klauk


Gambar sekitar Ziarah Silaturahim Cambodia 16 - 19 Feb 2018 di Kampung Rokapram Klauk


Jamuan Silaturahim bersama Fakir Miskin di Kampung Rokapram Klauk


Ustaz Zahri menyampaikan tausiah kepada fakir miskin


Sumbangan zakat / Quran / Telekung dari rakyat Malaysia untuk fakir Miskin


OKU


Wakil Sekolah Agama 


Terima kasih kepada semua yang menginfaq - Jazakumullah khair

K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Jumaat, 23 Februari 2018

Tahniah! Lokman Fahim Bin Ismail menduduki tempat Pertama Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor


Tahniah! Adik Lokman Fahim Bin Ismail menduduki tempat Pertama Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Selangor. Lokman memenangi tempat pertama Kategori 1 - 10 Juzuk dengan memperolehi markah 98%.

Majlis penutupan Rasmi Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Selangor dan Penyapaian hadiah diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada 23 Februari 2018.

Johan tempat pertama menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.


Ahmad Fahmi Abdul Rahman dan Lokman Fahim Ismail - 2 Wakil Ad Diniyyah ke Peringkat Negeri.
Alhamdulillah Lokman melangkah ke peringkat Kebangsaan. 



Tahniah Pusat Tahfiz Ad Diniyyah



Video Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Peringkat Negeri Selangor 2018



K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja



Rabu, 21 Februari 2018

Permulaan Alam Barzakh ] Ustaz Muhammad James Abdullah.


Permulaan Alam Barzakh ] Ustaz Muhammad James Abdullah.

Setiap Jiwa pasti merasai mati