Jumaat, 30 Mac 2018

Gambar sekitar Majlis penyampaian Al Quran Wakaf di Maahad Sultan Ahmad Shah Jengka Pahang


Alhamdulillah selesai majlis penyampaian Al Quran Wakaf di Maahad Sultan Ahmad Shah di Bandar Pusat Jengka Pahang Darul Makmur pagi ini Jumaat 30 Mac 2018. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ustaz Faridzul Izan Mohamad Norawi yang mewakili pihak Kristal Tasnim. Sumbangan diterima oleh Ustaz Norsufian Asmuni selaku YDP PIBG MaahadSAS.

Sejumlah 150 naskhah Al Quran adalah sumbangan pewakaf yang diuruskan oleh Kristal Tasnim Enterprise. Al Quran wakaf ini akan dimanfaatkan oleh pelajar aliran Tahfiz di Maahad ini.

Pembelian Al Quran wakaf ini adalah hasil lebihan wang peserta Korban Aqiqah di Kemboja tahun 2017.

Pihak Kristal Tasnim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini, Semoga Allah berkati para pewakaf. Mudah mudahan pahala pewakaf mengalir berterusan saat nafas terhenti.







Ustaz Faridzul Izan menyampaikan Al Quran wakaf kepada YDP PIBG Ustaz Norsufian Asmuni 


K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja


0 ulasan: