Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Rabu, 1 Mac 2017

Jom! Dengarkan Azan Subuh yang menyentuh hati


Jom! Dengarkan Azan Subuh yang menyentuh hati




K   R   I   S   T   A   L      T                E   N     E         I   S   E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Kompleks Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja


Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013-2791608 - layari www.suraukini.com

Khamis, 16 Februari 2017

Ambil upah baca doa satu eksploitasi agama



KOTA BHARU – Perkhidmatan Valet Doa atau mengambil upah membaca doa di Masjidil Haram yang diuruskan oleh sebuah syarikat perniagaan dalam media sosial disifatkan sebagai mengeksploitasi ajaran agama.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata,ini kerana promosi menggunakan doa-doa dengan mengenakan bayaran adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Valet Doa ini tidak sesuai sebab doa ini sebenarnya masing-masing boleh buat, kalau masih tidak termakbul jangan putus asa teruskan berdoa, kerana orang yang sentiasa berdoa tandanya orang yang tidak takbur.



“Kalau doa kita belum makbul itu adalah menunjukkan kesayangan ALLAH SWT kepada orang itu, lagi banyak berdoa lagi banyak pahala kita dapat kerana doa itu adalah ibadah,” katanya kepada Sinar Harian.



Beliau diminta mengulas berhubung sebuah laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu bagi tujuan mengambil upah membaca kiriman-kiriman doa di depan Kaabah telah menarik perhatian ramai.



Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan tersebut boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang  ditawarkan.



Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, mengirimkan doa kepada saudara semasa Islam tidak menjadi masalah tetapi jangan sampai menggunakan elemen agama untuk tujuan perniagaan kerana ia tidak sesuai.



"Jika tolong berdoa bagi pihak seseorang tanpa balasan ia tidak menjadi masalah kerana tindakan itu adalah usaha yang baik.



“Dalam konteks Valet Doa apa yang dia jamin doa dia depan Kaabah termakbul, sebenarnya kalau doa kita belum makbul kita kena cari halangan-halangan yang membuatkan kita susah nak dapat apa yang dihajati.



Beliau mendakwa , perkara sebegini juga mudah terdedah kepada unsur-unsur penipuan. - SH



Ahad, 29 Januari 2017

Majlis Khatam 30 Juzuk Al Quran Sempena Perasmian Pusat Tahfiz Ad Diniyyah


Sempena Majlis Perasmian Pusat Tahfiz Ad Diniyyah pada Jumaat 17 Februari 2017, pihak Ad Diniyyah akan menganjurkan majlis Khatam Al Quran 30 Juzuk dan Tahlil Arwah pada jam 3.00 Petang.

Tuan / Puan yang ingin menyertai majlis tersebut boleh muat turun borang tahlil di sini.

Keterangan lanjut hubungi SK 0137557011


Rabu, 25 Januari 2017

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Pusat Tahfiz Ad Diniyyah pada 17 Februari 2017


Pusat Tahfiz Ad Diniyyah dirasmikan pada 17 Februari 2017 oleh Al Fadhil Dato' Ismail Kamus.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberi sokongan padu sehingga tercapainya hasrat  untuk membina Pusat Tahfiz ini.

Jazakumullah Khairan!!!



Antara VIP yang hadir . 


Sembelih lembu untuk kenduri Majlis Perasmian disebelah pagi. Sumbangan lembu dari Tuan Jamal Kedai Runcit Acheh


Gotong Royong melapah daging




Persiapan Meja VIP selepas solat asar


Ujian Suara - persiapan terakhir sebelum majlis bermula


Antara VIP yang hadir



Ucapan Perasmian oleh Dato' Ismail Kamus


Persembahan Qasidah 


Sumbangan dari ADUN Taman Templer.


Gambar kenangan bersama Dato' Ismail Kamus


Team Kompang memeriahkan suasana








K   R   I   S   T   A   L      T   A   S   N   I   M      E   N   T   E   R   P   R   I   S   E
(No Pendaftaran SSM 002118796-U)

Menyokong Penuh Usaha
Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Surau Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslimcare Malaysia di Kampung Jor Kaeng Kemboja

Selasa, 17 Januari 2017

Alhamdulillah lagi telaga wakaf di Cambodia siap disempurnakan



Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan inayahNya pihak Kristal Tasnim berjaya menyempurnakan penggalian 2 telaga wakaf di Kampung Rakapram Klauk pada 7 Januari baru ini. Terima kasih kepada semua pewakaf . Semoga pahala terus mengalir hingga ke hari qiamat.



Berhajat untuk wakaf di Cambodia - Hubungi Kristal Tasnim 013 755 7011


Telaga wakaf akan dikongsiguna oleh penduduk sekitar kampung. Berminat untuk menyertai program wakaf sila 
hubungi  013 7557011

Lagi Projek Wakaf Telaga Tasnim


Berminat untuk menyertai Projek Wakaf Telaga Tasnim?
Anda mungkin pewakaf seterusnya




K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608

Sabtu, 14 Januari 2017

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari


Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Iqbal Zain di Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

Jom!!



K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608

Jumaat, 13 Januari 2017

Pasca Kudeta di Turki - Tanda awal kebangkitan Kerajaan Osmaniyah


Pasca Kudeta di Turki - Tanda awal kebangkitan Kerajaan Osmaniyah



K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608

Sabtu, 10 Disember 2016

Video Suasana solat subuh di perkarangan Aya Sofya / Hagia Sofya Istanbul



Video Suasana solat subuh di perkarangan Hagia Sofya Istanbul, sempena  memperingati 563 tahun pembebasan Constantinopel. Solat subuh penuh emosional dipimpin oleh Syeikh Abdullah Basfar.

Semoga roh jihad Mehmet Al Fatih menjalar ke generasi baru Turki. Semoga Allah kembalikan khilafah Islam memimpin dudia


Sultan Mehmet Al Fateh

Sultan Mehmet Al Fateh sebaik - baik raja yang yang disebut oleh Rasullah S.A.W

 " لتفتحن القسطنطينية، فلنعم الأمير أميرها، ولنعم الجيش ذلك الجيش "

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik  -baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik - baik tentera.- Al Hadith

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad Al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah bererti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. 

Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. 


Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat - sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan olehRasulullah S.A.W
Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.


Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.



K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,600.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608



Khamis, 8 Disember 2016

Rome pasti akan ditawan selepas Constantinople


Colloseum di Rome Italy, Islam pasti kembali bersinar disini! 

Gema  pembebasan Constantinopel telah bergema di kalangan kaum muslimin semenjak Rasulullah S.A.W menyampaikan sabdanya,dari Abu Qubail, ia berkata: “Kami pernah berada di sisi Abdullah bin Amr bin al-Ash, ia ditanya: 

“Yang manakah di antara dua kota yang akan ditakluki terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rome?”, kemudian Abdullah meminta peti kitabnya yang masih tertutup. Abu Qubail berkata: “Kemudian ia mengeluarkan sebuah kitab dari padanya. 

Lalu Abdullah berkata: ‘Ketika kami sedang menulis di sekeliling Rasulullah S.A.W tiba - tiba beliau ditanya: ‘Yang manakah di antara dua kota yang akan ditakluki terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rome?” Kemudian Rasulullah menjawab: “Kota Heraklius akan ditakluki terlebih dahulu, yakni Konstantinopel.”


Menurut Husain hadis ini dikeluarkan oleh Ahmad dan terdapat di dalam Al-Mustadrak di beberapa tempat. Disahihkan oleh Al-Hakim dan disepakati oleh Az-zahabi, juga disepakati oleh Al-Bani di dalam Silsilah Al-hadis Sahihah 1/8.
Pembebasan Constantinopel seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W telah pun berlaku selepas tempoh masa yang amat panjang, iaitu selepas 8 abad Rasulullah menyampaikan sabdanya. 
Berikut adalah kronologi pembebasan Constantinopel. Mudah - mudahan semakin mengukuhkan keimanan kepada Rasulullah S.A.W; mewujudkankan sifat yakin diri  dan memandang masa depan Islam dengan optimis
627 M:

Rasulullah S.A.W mengutus surat dakwah kepada pembesar Rom, Herkules


629 M:

Berlaku perang Mu’tah di mana berlakunya pembunuhan pendakwah Islam oleh orang - orang Ghasasanah (Rome). Dalam perang ini Kerajaan Rome menghantar bantuan seramai 100,000 orang dan dibantu oleh sekutunya orang - orang Qadha’ah  sebanyak 100,000 orang, sehingga jumlah pasukan berjumlah 200,000 orang, sedangkan jumlah pasukan kaum muslimin adalah seramai 3,000 orang. Pertempuran dalam perang ini seimbang selama 7 hari. Pasukan muslim yang dipimpin Khalid bin Walid kemudian berundur secara teratur, langkah ini dipuji Rasulullah S.A.W.


630 M:

Terjadi perang Tabuk, kerana terdengar berita bahawa Kerajaan Rome telah mengatur pasukannya untuk menyerang Madinah. Jumlah pasukan kaum muslimin ketika itu antara 30,000 - 50,000 orang, mereka keluar dari Madinah menuju Tabuk yang terletak 600 km dari Madinah. Bagaimanapun ketika pasukan sampai di Tabuk, tentera Rome telah berundur.


648 M:

Pada zaman Khalifah Osman bin Affan, atas cadangan Mu’awwiyah kaum muslimin membangunkan armada angkatan laut sebanyak 1,600 buah kapal. Armada ini bertujuan menjaga keamanan wilayah Afrika Utara yang telah dikuasai oleh kaum muslimin, dan juga diperlukan juga untuk pembebasan Rome

Kerana tidak seperti Parsi yang terletak dalam suatu wilayah daratan, Rome wilayahnya terletak di tiga benua yang dibatasi oleh Laut Tengah dan ibukotanya, Konstantinopel, terletak di selat antara Laut Tengah dengan Laut Mati. Dari manapun arahnya, penyerangan ke arah Konstantinopel sama ada melalui Asia atau Afrika mesti melaui jalan laut. 


650 M: 

Armada Islam yang dipimpin Abdullah bin Abu Sarah bertemu Armada Rome di Mount Phoenix yang dipimpin Raja  Konstantin II. Armada Rome hancur lebur, konon 20,000 orang pasukannya dikalahkan. Pertempuran ini sangat sengit. Selangkah lagi kaum muslimin menghampiri ibukota Rome. Namun sayang, kemelut yang terjadi di Madinah akibat timbulnya fitnah terhadap Khalifah Osman bin Affan membuat Mu’awiyah lebih tertarik mengurus persoalan dalam negeri.


668 M:

Pada masa kekhalifahan Mu’awiyah, kaum muslimin menyerang Rom dengan menggunakan dua jalur, laut dan darat. Dari laut armada Islam dikerahkan ke Hellespont menuju Laut Marmara sampai ke Selat Bosporus. Dari darat, mereka menerobos Asia kecil menuju kota Chalcedon yang berada di selat Bosporus. Pasukan darat kemudian dijemput armada laut dan diseberangkan ke pantai kota benteng Konstantinopel. Namun sayang, kekuatan benteng Konstantinopel diluar perhitungan Muawiyah. Benteng itu sukar ditembus. Kesulitan lebih besar lagi ketika pasukan Romawi menggunakan senjata terbarunya yang disebut Greek Fire atau Wet Fire. Senjata ini berupa bola-bola berisi cairan naftha yang dilontarkan dan pecah sehingga bertebaran di permukaan laut. Kemudian dari atas benteng pasukan Romawimenembakkan panah api ke laut, sehingga laut pun terbakar. Pasukan muslim hancur dalam penyerbuan ini. Salah seorang sahabat yang rumahnya pertama kali dikunjungi Rasulullah ketika hijrah, Abu Ayyub Al-Anshary, syahid dan dikubur di balik dinding Konstantinopel yang kokoh itu. Berikutnya kaum muslimin menghindari pengepungan langsung terhadap ibu kota Romawi, pertempuran-pertempuran darat selanjutnya selama berabad-abad diarahkan untuk menyempitkan wilayah Romawi.


717 M: 

Maslamah bin Abdul Malik meninggal pada saat melakukan pengepungan Constantinpel. Peristiwa ini terjadi pada masa kekhalifahan Sulaiman bin Abdul Malik (Bani Umayyah).


717 – 719 M:

Ini adalah masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, pada masanya pengepungan Constantinopel terhenti, pasukan Islam ditarik mundur.


1389 M:

Sultan Murad I bin Urkhan menyerang semenanjung Balkan. Menakluki Adrianapole dan menjadikannya sebagai ibukota . Dia memperluas wilayah dan menguasai Shopia ibukota Bulgaria dan Salanika ibukota Yunani. Juga mengalahkan Serbia.


1396 M:

Atas dorongan Paus, orang - orang Eropah bergerak ke Constantinopel untuk menyerang Beyazid I bin Murad yang sedang melakukan pengepungan Constantinopel. Namun pasukan besar tersebut dapat dikalahkan oleh Beyazid. Tapi Timurlank dengan pasukan Tartarnya menyerbu tempat ini. Mereka memasuki Ankara dan menghancurkan sejumlah besar pasukan Usmaniyah. Lalu menahan Sultan Beyazid yang kemudian meninggal dalam tahanannya. Timurlank mengembalikan pemerintahan - pemerintahan Anatolia kepada pemiliknya. Pemerintahan - pemerintahan Eropah ini lalu memisahkan diri seperti Bulgaria, Serbia, dan Valacie.


1420 – 1451 M:

Ini adalah zaman pemerintahan Murad II bin Muhammad, ia mengepung Constantinopel dan mengembalikan seluruh pemerintahan yang memisahkan diri ke dalam perlindungan pemerintahannya. Juga berusaha mengembalikan pemerintahan - pemerintahan Eropah (Bulgaria, Serbia, dan Valachie) serta menguasai Albania.


1452 M:

Sultan Muhammad II memerintahkan pasukannya mendirikan benteng di pantai selat Bosphorus. Benteng itu dikerjakan selama 3 bulan, lalu mereka bertahan mengepung Constantinopel.



Benteng yang dibina oleh Sultan Muhammad Al Fatih di Selat Bosphorus. Video disini


1453 M:

Pada suatu malam armada Turki Usmani menyusur selat Bosphorus menuju Constantinopel. Sebanyak 70 buah kapal terpaksa diseret ke darat sejauh 5 km untuk kemudian dilayarkan lagi di laut. Rom memang memasang rantai - rantai besar yang menghalangi perjalanan laut. Pada malam itu meriam  - meriam Turki menyalak dengan dahsyatnya. Seiring kegoncangan dalam benteng, masuklah tentera Islam menyerbu. Pertempuran pecah di laut dan juga di benteng. Pagi subuh, 29 Mei 1453 M jatuhlah Constantinopel ke tangan kaum muslimin. Pekik takbir menggema dimana -mana. 

Tertunai sudah janji Rasulullah S.A.W, melalui perjalanan panjang perjuangan kaum muslimin.


Ketika  ini kita sedang menanti dan terus bergerak untuk merealisasikan janji Rasulullah berikutnya: Menaklukkan Rom Italy. 

Insya Allah.







K R I S T A L  T A S N I M   E N T E R P R I S E

Menyokong penuh usaha

Pusat Tahfiz Ad Diniyyah Bandar Baru Selayang Fasa 2A
Pondok Tahfiz Moden Idrisiah Bagan Datoh Perak
Sekolah Islam Al Farabi Muslim Care Kampung Jor Kaeng Kemboja
Upah Haji RM1,500.00 Insyallah sempurna 013 - 755 7011 / 013 279 1608