Insya Allah Sempurna

Pendaftaran dibuka sekarang , hubungi 013 755 7011

Projek Pembinaan Surau Wakaf di Kemboja - Anjuran Kristal Tasnim

“Amal jariah pahala terus mengalir”"

Projek Wakaf Telaga Pam Tangan di Kemboja

Sebaik baik sedekah adalah sedekah air

Projek Wakaf Air di Bangladesh

“Sesungguhnya Orang Islam itu adalah bersaudara”"

Agihan Beras Fidyah

Untuk asnaf fakir miskin di Kemboja’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

Al Quran Terjemahan Bahasa Khmer’.

Projek Wakaf Al Quran di Kemboja

“Ukhuwwah Tanpa Sempadan”"

Infaq untuk Operasi Pusat Tahfiz Ad Diniyyah

“Akaun Bank Islam 14069010024005”"

Wakaf Lampu Solar dan Bateri

“Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum Kemboja”"

Projek Wakaf Panel Solar

“Bekalan tenaga letrik Suria menerangi kegelapan malam di pedalaman Kemboja ”"

Khamis, 11 Julai 2013

Video Tazkirah Ramadhan 1434 - Sayangi Anak Yatim!! - Ustaz Ahmad Awang


 
Video tazkirah Ramadhan oleh  Ustaz Ahmad Awang bertajuk sayangi anak - anak yatim!!

HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA. CETAK ROMPAK SANGAT DIGALAKKAN. BERIKAN SEDIKIT KREDIT KEPADA LINK INI www.suraukini.com UNTUK KEMBANGKAN MEDIA DAKWAH.
 
SILA DOWNLOAD VIDEO INI DAN SEBARKAN SELUAS - LUASNYA!
 
Nabi S.A.W bersabda:
: إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِه

"Sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kebaikan (mendapat pahala) sama seperti orang yang melakukannya".

Untuk Video Suraukini yang lain klik sini
 
Untuk Upah Haji yang sempurna - RM1,500.00 - Hubungi 013-2791608
 

 





Saksikan video keretapi terapung di Jepun

 
TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam. Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.

Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini. Jurucakap pasukan operasi berkata, Maglev  bakal digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

"Kereta api terapung ini tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap," katanya yang dipetik dari MailOnline. Perjalanan rasmi Maglev dijadualkan pada September depan dan bakal beroperasi sepenuhnya di antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027 depan. 
 
 

 


Semoga Ustaz Nurul Khalil cepat sembuh.

Ustaz Nurul Khalil

SK mendoakan agar Ustaz Nurul Khalil cepat sembuh. Ustaz Nurul terbabit dalam kemalangan semalam. Ustaz Nurul kini terlantar di Hospital Selayang. Sahabat yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau.
 
Semoga Ustaz sabar menghadapi ujian di ambang Ramadhan ini.
 
Syafahullah! 
 


Rabu, 10 Julai 2013

Jom! Tazkirah Ramadhan Bersama YB. DUN Taman Templer

 
Jom! Bersama meriahkan Ramadhan anda dengan Majlis Ilmu. Tazkirah dan Solat tarawikh diimamkan oleh YB. Tuan Zaidi Bin Abdul Talib
 
Hari : Khamis
Tarikh : 11 Julai 2013
Masa : Solat Isyak dan tarawikh
Tempat : Surau Ad Diniyyah.
 
Muslimin muslimat dijemput hadir!!
 



Selasa, 9 Julai 2013

JOM! Ke taman Syurga- Tazkirah dan kuliah Subuh sepanjang Ramadhan 1434

 
Klik gambar banner untuk besarkan

JOM!! Ke Taman Syurga. Jadual Tazkirah dan kuliah subuh sepanjang Ramadhan 1434. sebarkan gambar ini ke FB / Twitter / Blog / Whatsapp dan lain - lain. Ramadhan Bulan ilmu. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.
 
Mungkin berlaku perubahan pada jadual di atas. Klik sini untuk lihat perubahan.





 

Saksikan suasana Solat Isyak 29 Sya'aban Di Masjidil Haram - Sehari sebelum menjelang Ramadhan 1434


 
Menjelang Ramadhan 1434. Kota suci Makkah sekali lagi menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia. Kelihatan dalam video ini pemasangan tempat tawaf bertingkat (Mataf) masih belum siap sepenuhnya. Khabarnya kerajaan Arab Saudi akan mengurangkan kuota kemasukan ke Makkah sempena Ramadhan ini.
 
Saksikan video malam terakhir sebelum Ramadhan 1434
 






Isnin, 8 Julai 2013

Siaran Langsung dari Mesir!!


HATI - HATI MENERIMA MAKLUMAT . Elakkan dari mendapatkan maklumat yang salah dari media utama Mesir yang dikuasai junta tentera. Semoga Allah lindungi saudara kita di sana.

Ikuti perkembangan terkini di Mesir.

Klik Sini











Sabtu, 6 Julai 2013

Ulama' Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa!

Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir.

MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya.

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya.

Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Badal Haji / Upah Haji RM1,500.00 Hubungi 013 2791608

Ekoran rampasan kuasa yang berlaku, beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

"Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

“Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan," katanya.
-HD
 


 

Forum Hebat!! Rampasan Kuasa di Mesir. Jemput hadir dan hebahkan!!

YB. Nasruddin Tantawi - Ahli Panel Forum Rampasan Kuasa di Mesir!!

 
Jom dengarkan kupasan isu semasa "Rampasan Kuasa di Mesir" bersama 3 panelis hebat
 
1. YB. Ustaz Nasruddin Tantawi
2. Ustaz Riduan Mohamad Nor
3. Ustaz Kamaruzaman Mohamad
 
Tarikh : 07 Julai 2013
Hari : Ahad
Masa : Jam 9.00 Malam (SELEPAS SOLAT ISYAK)
 
Ustaz Riduan Mohamad Nor - Ahli Panel 2
 
Ustaz Kamaruzaman Mohamad - Ahli Panel 3
 
 
Mohon sebarkan di blog / whatsaap / fb / twitter dan lain lain media 

 









Terowong talian hayat Mesir-Gaza dimusnahkan!!

Terowong Gaza digunakan untuk membawa masuk keperluan dari Mesir ke Gaza
 
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang. Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai. Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.
 
Sinar Harian

 Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan. Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.

Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu - satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.
 
Sinar Harian